SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

15 Ogos 2016

TAK ADA TAJUK...


Sekarang baru pukul 3.55 petang dan aku masih termenung depan pc tak tau nak buat apa..., synopsis untuk Da'i 4 dan Pop TV semalam pun belum dibuat, kalau malas dah melanda macam ni lah jadinya. Minggu ni aku kerja syif petang 3 petang - 12 malam, dan tugas aku minggu ni kena handle clip migration sama ada untuk tonton team atau request daripada mana - mana production unit dalam primeworks. Kerja ok je cuma kalau dah tak ada apa - apa request tu dok melangut je lah layan drama dekat MAM system, untung nya aku boleh tengok apa - apa program sebelum siaran di tv, kekadang tu kalau dah banyak kerja sangat sampai tak sempat nak kencing, huhuuu...

Aku dah lama sangat tak update blog ni, lagipun aku tak tau nak taip apa dan kekadang tu ada je idea nak bercerita tapi masalahnya tak berapa nak rajin, kekadang tu dah taip panjang dah tetiba aku delete atau tak sempat nak publish. Lagipun, siapa la aku ni kan untuk orang baca pasal kisah aku, bukan boleh diadaptasi buat drama petang - petang tu. Sebab tu kalau aku menaip je aku banyak cakap pasal diri aku saja atau sesiapa saja yang berkaitan daripada nak cakap pasal orang lain tapi kalau tercakap pasal orang lain tu maafkan lah aku ye mungkin aku cuma nak meluahkan rasa hati dek sikap orang - orang tertentu. 

Wife aku sekarang ni tak tau lah dah berapa minggu usia kandungan dia, belum lagi bawa dia pergi check di klinik. Tapi dia memang dah lebih daripada seminggu tak datang period. Dah guna pregnancy test kit tu dua kali, kedua - duanya menunjukkan keputusan nak ke positif lah kot sebab line kedua menatang tu menunjukkan warna pink kemerahan. Aku bersyukur sangat - sangat dengan rezeki yang Allah swt beri kali ini. Bukan senang nak dapat zuriat ni, orang lain ada yang kahwin bertahun - tahun belum berpeluang nak mengandung tapi alhamdulillah sangat di usia perkahwinan kami yang baru menjangkau dua tahun setengah ini kami dah diberikan khabar gembira. Tapi belum confirm lagi, kena dapatkan confirmation daripada doktor dulu barulah nak melompat lepas bumbung sekali pun. YEEAYYY !!!! Apalah reaksi mak aku bila dapat tau wife aku mengandung, mesti mak aku terharu dah berhuhu... Berita pasal kehamilan wife aku pasti akan menjadi gosip hangat makcik - makcik dekat Lubuk Merbau sana, apa taknya, mak mertua aku dah tak larat nak menjawab pertanyaan diorang, tiap kali lalu depat rumah mak mertua aku tu diorang sibuk nak tau wife aku dah mengandung ke belum. Sibuk sangat nak tau hal orang, memang orang - orang yang duduk di kampung macam tu ke? Masa wife aku meniaga sepanjang bulan puasa lepas pun hal itu lah yang menjadi topik pertanyaan orang kampung yang singgah di gerai dia. Mujur wife aku jenis penyabar, buatnya dia jenis menjawab karang meletus perang pulak kat kampung Lubuk Merbau tu huhu...

Sebenarnya, aku kena berterus terang yang aku dah sangat - sangat jemu dengan kerjaya aku sekarang. Krik...krik... Kan, sampai aku dah tak boleh nak fikir apa untuk aku cakap dekat sini. Bosan melakukan kerja yang dah 12 tahun aku buat, bezanya cara kerja dan sistem yang digunakan saja tapi kalau dah lama - lama buat kerja yang sama jangan nak tipu diri sendiri lah kalau memang perasaan jemu dan bosan tu dah berkerak dalam hati. Mungkin silap aku sendiri, dapat offer kerja dalam sektor kerajaan aku tolak, dah tu masa belum ada komitmen dulu tak ada lah pulak aku nak mencari kerja lain konon dah selesa kerja di sini. Faktor penarik tu tetap kuat mengikat aku daripada meninggalkan kerja sekarang, gaji dah boleh tahan, benefit memang banyak, tempat kerja selesa, cuma kena kerja weekend dan kadang kala kena jugak kerja masa public holiday tu yang tak best nya. Dah la sekarang ni kerja weekend dah tak boleh claim OT, kalau duty masa PH je kot boleh claim, itu pun bukan setiap PH nya kerja, mujur lah raya baru - baru ni dapat claim untuk dua hari, tapi kena tax dan deduction memang tak merasa la duit OT tu. Dahulukala setiap weekend kalau kerja boleh claim OT bergantung berapa jam kerja, sebab tu dulu aku rajin gila buat OT, pernah claim RM700 OT sahaja untuk satu bulan. Aku harap pihak pengurusan MPB dapat lah bayar balik OT untuk staf yang bekerja hujung minggu. Kesian kat kami tau huhuuu...

Tadi masa baring - baring depan tv sebelum bersiap datang kerja aku sempat borak dengan bini pasal bulan puasa baru - baru ni. Bini aku memang tak ada dengan aku sebulan puasa lepas sebab dia meniaga kuih muih dan lauk pauk di kampungnya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Aktiviti aku sepanjang bulan puasa lepas pun aku dah lupa, seingat aku lah aku bangun sahur setiap jam 5 pagi, makan minum bla bla bla sambil tengok program Syahadah di TV1 atau dengar orang bertadarus di TV3, lepas solah subuh aku sengaja sambung tidur, bangun balik sekitar 7.30 pagi bersiap pergi kerja, kalau kerja petang aku tidur la selagi boleh tidur, sebelum tengah hari dah bangun dah layan CJ WOW Shop huhuuu... Tahun lepas aku rajin sampai ofis awal lepas subuh je aku dah masuk ofis, bos siap tanya lagi kenapa aku datang awal sangat, aku pun pelik lah yang dia nak tau sangat aku datang awal buat apa, aku terus buat kerja kot seadanya aku di ofis bukan sambung tidur. Sebab tu lah tahun ni aku masuk ofis dekat - dekat nak pukul 9 pagi. Kalau syif pagi semua staf dapat pelepasan balik pukul 5 petang, sebelum balik rumah aku lebih suka solah asar dulu di masjid dekat Kayu Ara nih, balik rumah je kelam kabut nak masak bagai. Walaupun aku seorang diri tanpa isteri di sisi aku tetap masak juadah untuk berbuka daripada membeli dan belah di bazar ramadan, sebabnya aku tak suka nak bersesak berlanggar ponggong dengan orang ramai dekat bazar ramadan dan aku takut aku over spend membeli apa yang tak sepatutnya. Tapi ada lah jugak di hujung - hujung bulan puasa aku beli saja makanan di luar sebab aku rasa malas nak masak atau mengotorkan dapur atau takut tetiba saja gas habis, azab la jawabnya nak mengangkat naik tong gas ke rumah aku di tingkat 5 yang tak ada lif. Dekat - dekat nak raya orang lain sibuk nak shopping aku buat bodoh je, macam tak datang perasaan nak beraya apatah lagi mengenangkan nasib kena kerja 5 hari di hari raya. Cuma dua hari menjelang raya kot baru datang mood nak raya, terhegeh - hegeh la aku mengemas rumah membeli apa - apa barang dapur untuk aku masak juadah hari raya. Dalam bulan puasa lepas sempat lah aku balik ke rumah mak aku di Gurun, cuma balik seorang diri saja sebab wife aku meniaga, rugi lah kalau dia cuti meniaga walau sehari pun, wife ada bagitau dalam sehari dia boleh dapat lebih daripada RM100 tapi saingan dah banyak dah dekat Lubuk Merbau tu. Sehari sebelum raya tu aku kerja pagi, masa rehatnya aku pergi ke pasaraya Segi dekat dengan Kayu Ara untuk beli barang dapur, keadaan sekeliling memang agak lengang. Mudah untuk aku bergerak walaupun naik motor. Dekat rumah flat aku tu jangan cakap lah, daripada beberapa hari sebelum raya sampai lah raya ke lima kot keadaan sangat - sangat lengang. Tempat parking kereta pun boleh dibilang jumlah kereta yang ada kalau nak parking melintang dalam dua kotak parking pun boleh sangat tapi aku tak adalah khianat sangat sampai macam tu sekali nak parking kereta. Sepanjang bulan puasa tu jugak aku tak ada rasa langsung nak dengar lagu raya. Bila aku cuba - cuba dengar pun macam tak rasa apa. Mood raya hilang sebab keja kerja di hari raya kan, bahkan malam raya tu aku sengaja tidur awal. Bangun paginya baru terhegeh - hegeh iron baju melayu padahal malam sebelumnya nekad nak pakai jeans dan t-shirt je pergi kerja esoknya. Bekerja di hari raya ni seronok, cuma rasa macam sendu sikit lah, sepatutnya raya dengan family tapi aku raya dengan komputer tv meja kerusi pintu bagai hahaha... Staf yang bekerja semasa hari raya pun ramai jugak, diaorang la yang rajin bawak juadah dan aku tumpang makan dengan muka tak malu hihiiiii... Hari raya pertama tu ramai pulak yang pakai warna ungu, agaknya tema tahun 2016 ni warna ungu kot. Aku kerja la sampai raya ke-4, hari Sabtu tak silap. Ahadnya aku balik ke Lubuk Merbau beraya di sebelah isteri aku dulu sebelum balik beraya di Gurun. Perjalanan balik memang best, sebabnya trafik menghala ke sebelah utara sangat lancar berbanding dengan kenderaan yang nak menghala ke selatan, MasyaAllah jam nya macam tak ada gap langsung, yang aku perasan dari RNR Sungai Buluh arah selatan ke Kuala Kangsar kereta tak putus - putus, jam yang sangat teruk. Dalam hati aku berfikir cara nak elak daripada jam macam tu tahun depan sebab giliran aku pulak cuti next year dan mungkin aku bakal terperangkap dalam jam seteruk itu untuk balik semula ke sini selepas hari raya. 

Urusan pembelian rumah aku belum lagi settle, entah lah pihak mana yang lambat sama ada peguam SPA atau peguam bank atau aku yang tak mahu langsung nak follow up kasi diaorang bergerak sikit, rumah tu sepatutnya lah menurut agen rumah tu si Encik Irham, dah boleh diduduki sebelum raya tapi tak tahu silapnya di mana sampai sekarang aku belum dapat kunci rumah. Aku memang berharap sangat sebelum wife aku sarat kami dah boleh pindah masuk ke rumah tu. Dan aku sendiri pun dah tak larat nak turun naik flat lima tingkat ni. Lepas ni boleh la nak berangan untuk dekorasi rumah bagai, wife aku siap berangan lagi nak macam tu nak macam ni situ letak mirror setinggi siling lah kabient dapur macam ni lah nak susun pokok bunga berderet di tangga lah, terus aku lenyapkan impian dia tu dengan mengatakan kunci pun belum dalam genggaman dah nak macam - macam. Orang perempuan ni memang suka feeling - feeling kan, hahaaa... layan jelah. 

Dah la kot aku tak tau nak taip apa dah, ikutkan banyak lagi nih nak bercerita, banyak kisah yang tertangguh daripada cerita aku kawin sampai la sekarang memang banyak sangat benda nak cakap, aku harap ada masa yang terluang untuk aku menaip lagi, kbai !

5.18pm baru habis taip... Hik hik :-)