SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

22 September 2009

adoii sakit kepala


Assalamualaikum

hari ni aku tak sihat, headache puncanye. memang dari semalam aku dah mula sakit kepala tapi aku tak layan, ubat dah telan berbijik pun tak nak lega. entah
la apa punca tetiba aku boleh headache. banyak fikir lah nie, hmm...aku redha & terima ujian daripada ALLAH s.w.t. tak selamanya aku akan terus sihat, sesekali akan sakit jugak.

lewat baru dapat pegi klinik, sebab terlalu panas. bukan aku nak manjakan diri tapi lebih baik aku tunggu betul - betul okay sikit. macam biasa & memang dah tau ape doctor akan cakap...aku pun mengiyakan aje apa yang dia bagitau sebab kepala aku tengah pening malas nak berborak sangat. ponstan, stugeron & TS beserol dah jadi ubat lazim untuk aku telan. cume sekarang nie usaha sendiri la untuk turunkan tekanan darah yang selalunye 160/110, kritikal tu, aku pun dah tak tau nak buat ape, bersenam sudah makan pun dah control, may be terlalu stress. hmm...

dari klinik aku singgah mamak & makan, dah lapar sangat, nak tak nak terpaksa le aku makan nasi jugak. then pegi kedai motor beli plug untuk motor aku. sebelum balik umah aku singgah car wash sebab kereta kesayangan aku dah comot sangat. sampai di umah aku terus tengokkan motor dulu & pasang plug baru, alhamdulilah akhirnye hidup, nampak gayanye boleh la aku pegi opis dengan motor jer tak de nak meredah jam tetiap hari.

masuk ke rumah jer aku terus rase macam nak demam. aduhai, baru jer pegi klinik tadi sekarang sakit lain pulak datang, nak tak nak cepat - cepat aku telan
ponstan yang sebenarnye bukan ubat demam tapi untuk mengelakkan hal lain yang jadi terpaksa la 2 in 1, untuk headache & demam. aku cuba untuk tidur tapi
biasa le memang tak akan boleh tidur, dah bukan jenis tidur siang.

untuk hilangkan bosan aku online, tak ade apa yang menarik, macam biasa ade orang add aku tapi ajak join mafia wars, grrr...bosan betul aku. cuba la berkawan betul - betul. ramai gak yang online tapi aku tak semangat nak menegur, maaf ye kengkawan. cume yang buat aku happy sikit bile baca email daripada nik pasal punce stadium kat KT tu runtuh, sekali keje raksasa da...mane la ultraman tak muncul nih. email tu terus aku add dalam jurnal tagged aku, lawak tak ade mesej. ash & azmi ajak YM tapi aku rase sengal & malas, bukan ape memang aku tak ade mood, dengan azmi aku hampir bertekak dalam YM, maaf sangat2 azmi,aku tak sihat.

aku terpaksa tidur awal, walaupun belum mengantuk. moga esok pagi aku akan sihat, doakan aku ye kawan - kawan semua. sebelum tidur, aku mohon ampun maaf pada semua jika ada perbuatan & kata - kata aku mengguris hari & perasaan korang, aku mohon maaf.

selamat malam...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Good dispatch and this post helped me alot in my college assignement. Gratefulness you as your information.