SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

26 September 2009

Ajat rindukan ayah...

Baru jer sampai di rumah ni, tadi keluar kejap dengan mak & adik - adik beli barang - barang dapur dan sempat ziarah kubur arwah ayah. Esok dah nak balik Kota Damansara selepas seminggu cuti hari raya dan esok mak akan raya pose enam syawal. Ini la saat dan ketika yang aku tak berapa berkenan, tetiba jer rasa sebak bagai, baru jer cuti seminggu dah nak kena balik ke sana pulak, belumpun puas dengan family lepas ni kene mengadap balik mesin MVTR, tapes, mengadap monitor depan belakang kiri kanan (atas bawah jer tak ade monitor hehehe), attend to clients, gaduh dengan CVTR, mendengar leteran OTEK yang amat menjengkelkan, banyak lagi la. Ade satu pic ni sure akan membuatkan aku rase rindu kat Gurun, ni dia Gunung Jerai. Sebenarnya sejak stay kat Gurun ni dari tahun 1984 aku tak pernah lagi sampai ke puncaknye. Buat malu betul, sedangkan orang luar sejauh - jauhnye boleh datang naik ke puncaknye sedangkan aku yang berumah di kaki Gunung Jerai sendiri belum pernah sampai, uwaaaaa...memalukan betul. Entah memang belum sampai masa lagi nak ke situ. Nanti la aku pegi dengan Ash, photo shooting kawen kitaorang, wah gitu......tender cameraman dibuka sekarang!


Mengimbas kembali aka flash back ape yang berlaku minggu lepas, aku dah tentu la busy selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan aka JKR. Tapi dalam sibuk - sibuk pun ade la masa untuk membuang masa, ambik pic itu ini yang tak ade faedah tapi pada aku ade sentimental value. Sampai pic pokok - pokok bunga mak aku pun jadi keje, tengok la hasilnye beberapa pic pokok bunga mak aku yang hidup segar mekar.







Tetiba hujan pulak petang Jumaat tu, lebat gile, nasib baik la aku sempat pegi bazar ramadan beli juadah berbuka puasa. Sambil melihat adik bongsu aku membetulkan something pada motorsikalnye, aku sempat la ambik pic dia, pic pokok - pokok bunga mak aku dan kereta - kereta kat depan rumah. Lamanye aku tak rasa suasana hujan di petang hari semasa bulan puasa di Gurun ni. Iye la nama pun Gurun, tapi Gurun ni bukan padang pasir ok. Google map kalau korang nak tengok macam mane rupa bentuk muka bumi Gurun yang indah nan permai ni.




 

Masuk ke dapur, ade la si Mok tengah menanti habuan ikan 'temenung', kesian betul kucing jantan tue ni, sabar betul dia menunggu depan freeze meminta diberi makan. Kucing - kucing lain entah di mana, ada yang terbongkang dalam dan luar rumah dan si cici tengah menyusukan anak - anaknya.





Aku ke depan rumah, dan hujan dah pun berhenti. Sementara nak pegi mandi dan solat aku bersendirian di depan, adik aku dua orang tu leka dengan tv dan mak masih di dapur. Dengan kamera masih di tangan aku sempat snap beberapa pic, salah satu objek yang menjadi mangsa aku adalah van arwah ayah, van yang cukup banyak jasanya. Mak bagitau ade orang nak beli van tu tapi sayang nak dilepaskan ke tangan orang lain. Tak mungkin aku izinkan van arwah ayah dijual, tak mungkin.






Dari jauh kelihatan belakang bas arwah ayah yang sekarang diuruskan seorang lagi adik aku (ozair yang dipanggil adik sedangkan dia ada adik bongsu). Arwah ayah memang langsung tak sempat untuk merasa bas itu menjana pendapatan, mase arwah ayah sakit bas tu masih di bengkel. Sejak pencen arwah ayah terlalu komited dengan basnya, namun masa tak menyebelahi arwah, dan sekarang adik yang akan mengambil alih apa yang telah arwah ayah tinggalkan.





Sunyinya rumah aku, kalau aku dan Ijai tak ade yang tinggal cuma mak & ozair, dan bertiga kalau abang sulung aku ade di rumah. Kelihatan kerusi malas arwah ayah. Bla tengok kerusi tu aku rase macam nak menangis semahu - mahunya. Kali terakhir arwah ayah duduk di atas kerusi tu mase arwah mengagahan diri untuk kelihatan sihat, dan mak aku membebel tak sudah - sudah menyuruh ayah untuk berbaring. Ayah tak membantah, terus diturutnya perintah mak, dan itulah kali terakhir aku melihat ayah di kerusi malas tu. Ayah, Ajat rindu sangat dengan ayah....

Tiada ulasan: