SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

22 September 2009

aku dan kenangan


HI GUYS !!!

Macam lame jer rasanye aku tak jadi penglipurlara kat snie, amat sibuk dengan keje. Lagipun aku tak ade apa sangat nak khabarkan pada kalian kang jemu lak korang bace cerite dongeng aku nih huhu. Dalam beberapa hari ni memang aku busy sebab keje pagi kalau keje malam aku memang goyang kaki aka goyang inul gak la haha..Semalam aku lepak dengan Mukhriz, dah lama tak jumpa dia, kali terakhir jumpa masa aku pegi Nilai dengan Syirah bulan JUn tahun lepas. Mukhriz ni la kawan yang paling banyak tau hal aku luar dalam yang memang 'something'.

Aku ingat lagi lepas jer aku jumpe Mukhriz dan Syirah, petang tu aku dah tak boleh tahan lagi, lepas pade tol Serdang tu aku stop kat R&R dan dengan tak malunye aku menangis macam dah lame gile tak menangis, tak tau la kenapa aku sedih sangat petang tu, boleh dikatakan macam aku dah tak akan jumpa dorang lagi lepas nie. Sedih beb, dorang memang kawan yang baik especially MUkhriz, dia memang kawan yang sebenarnya kawan, kawan yang banyak bagi aku semangat, kawan yang selalu tolong aku, kawan yang selalu bersabar dengan karenah aku yang tak berapa betul nih. Sayang betul kalau kehilangan kawan yang macam nih, FYI aku memang tak dapat jumpa dorang lagi ada sebabnye yang sukar untuk dikatakan di sini. Aku bukan jenis yang ramai kawan sebab aku amat selective dan cerewet. Fahamilah aku wahai kawan - kawanku, yang aku nie sukar untuk difahami. So buat - buat faham je la ek

Semalam MUkhriz bagi kad jemputan kawen dia mase kitaorang lepak kat Khulafa Seksyen 20 Shah Alam. Kebetulan Mukhriz ade urusan kat sane so dia ajak aku lepak sesama. Mase tengok kad kawen dia aku malu sendiri, bile la giliran aku lak nak kawen. Ala omak kawen kan den ! MUkhriz ni muda setahun daripada Syirah, rasanye aku pun mungkin macam tu jugak kot, tak kisah la asal aku kawen dan ada peneman hidup. InsyaAllah aku akan pegi kenduri kawen ekau Mukhriz,nak amek berkat hehehe..Tak banyak kitaorang dapat borak sebab ade member Mukhriz sekali, kalo kami berdua jer dah tentu ade hal something yang kitaorang akan borak. Balik umah aku terus jer tido malas lak nak online. Selalunye ade je mase nak update FACEBOOK & TAGGED tak pun YM jap dengan sape - sape, lately YM dengan Bro EQBAL yang ade blog gile gempaq hehehe...baru jer kenal dengan Bro Eqbal ni, hope boleh la jadi kawan baik macam aku dengan Mukhriz. Aku enjoy gak le bace blog dia yang macam - macam ada, keep it up bro !!

Sorry Ash ye semalam tak boleh nak YM sebab keluar pegi jumpe kawan di Shah Alam, nanti kite YM sampai lebam ek hehehe...NORASHIKIN Md. Nor, kawan paling besh kat TAGGED nie seorang wartawan majalah WANITA yang memang amat baik hati dan memahami aku seadanya yang something nih huhu...You know what?? malam tadi aku mimpikan majlis perkahwinan aku !!! Aduh dah kemaruk nak kawen dah aku ni huhuhu...Cuma yang samar - samar bakal pasangan aku tu, memang tak kelihatan. Sape la agaknye, rasanya aku tau...

Tiada ulasan: