SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

23 September 2009

al kisah balik raya di malam hari

Lepas berbuka aku dengan adik aku cepat - cepat isikan barang dalam kereta, terpaksa berhati - hati turun naik tangga licin sebab hujan lebat. Lepas aku pastikan keadaan rumah dah sempurna ditutup dan dikunci apa yang perlu, aku gerak untuk isi minyak kereta. Entah ape kejadah mamat kereta depan nih tunggu kat pam punye lama, rupa - rupanya tak reti bukak penutup tangki minyak...WAKAKAKAKA...gelak besau aku dalam kereta.

Tepat 9.00pm aku & adik aku bertolak balik ke Gurun dengan penuh doa dan harapan untuk cepat sampai dengan selamat, sebenarnya aku letih lagi mengantuk tapi insyaAllah aku akan drive dengan berhati - hati, excited sangat nih nak balik sebabnye aku tak nak balik lepas subuh, ada banyak benda yang nak diuruskan di rumah nanti. Lagipun 18 haribulan kan gaji so boleh pergi shopping hehehehe.....

Sepanjang perjalanan memang hujan tapi tak lebat cume vision agak kurang la nama pun malam dah tu tiap kali vehicles overtake yang ditinggalkannya percikan air kat cermin kereta lagi la tak jelas. Perangai sesetengah drivers to agak menjengkelkan la, @#$% word memang keluar sebagai sumpahan, apa taknye dorang malas bagi signal, dah tu nak overtake sesuka ati nenek moyang dorang jer, ada yang lampu kemain tinggi silau kemain mato pokcik ni ha...lori pun masih banyak, dan tau besau tu maintain le kat lane paling kiri ini tak nak juge overtake macam kereta. Mase kereta mendaki ke terowong Menora ade lori cube overtake dari lorong kiri ke tengah yang memang jadi laluan aku, tiba - tibe pulak tu memang la dia bagi signal tapi terus masuk, kalau aku laju dah tentu aku rempuh lori tu, peh...gila sial lori tu, bukan lori tu yang salah orang yang bawa lori tu patut kene sumpah.

Sepanjang perjalanan aku cume berhenti rehat dua kali sebab melihatkan setiap kawasan R&R penuh jer dengan orang. Tapah dan Simpang Pulai jadi tempat persinggahan walaupun sekejap sebab terpaksa parking kereta di laluan kenderaan kang tak pasal - pasal aku yang kene sumpah. Yang paling aku geram ade satu kereta kancil tu slow gila babi dia ingat dia sorang jer nak guna jalan. Tak tau la aku kenapa dia drive slow macam tu, sakit hati sangat - sangat. Sabar Azat sabar....nak sabar macam mane??? Sabariah je la yang boleh menyabarkan aku hehehe....

Untuk mengelak daripada mengantuk aku terpaksa menyanyi seorang diri sambil minum Lembu Merah, nak dengar lagu raya dah jemu gile, entah la macam bosan pulak dengar lagu raya jadi muak sana sini dengar lagu raya belum puasa pun dah berkumandang lagu raya. Patutnya dorang buat lagu jalan raya ke lebuh raya ke hantu raya ke wakakakaka...

Finally, tepat 0220am sampai la kami dua beradik di rumah kitaorang yang terletak di Taman Gurun Jaya, alhamdulilah lega rasanya. Dapat la aku melepaskan rindu dendam kat bantal - bantal busuk aku. Tahun depan aku nak balik dengan flight jer tak ade la aku nak menyumpah dan kene sumpah, kereta aku bawa balik awal sikit sebabnye tahun depan giliran aku kerja, huhuhu...

1 ulasan:

From Deep berkata...

"Sabariah je la yang boleh menyabarkan aku"

tak pasai2 si saba menjadi mangsa blog ajat...haha