SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

22 September 2009

ape cerita semalam - pt.1


Semalam adalah satu - satunya hari yang aku ade kesempatan untuk bersosial, kalau tak syaffi sms mintak alamat untuk jemputan kahwin dia jangan harap la aku nak keluar dari rumah dengan pakaian tak berbasuh dengan bilik macam tongkang pecah dengan barang rumah tak terbeli nak buat camne asik sibuk memanjang rasa - rasanye Najib pun kalah hehehehe... Semalam rasa - rasanye selepas 2 / 3 bulan kot baru dapat jumpa Syafii di rumahnya di Puchong Perdana, sebab dia nak bagi kad jemputan kahwin yang aku tergerak hati nak pegi kat dia dan dia pun mintak tolong aku kemas - kemaskan rumah dia maklum la orang nak kahwin 13 Jun nanti. Tengah hari aku pegi amek syaffi kat rumah family dia. Destinasi pertama yang Syafii ajak aku adalah sebuah kedai lampu berdekatan rumah dia jugak katanye nak cari lampu untuk dining hall. Aku sebagai pemandu hanya menurut perintah hehehe..tak ape kawan punye pasal tak ade masalah nak bawa dia ke mana pun. Sampai di kedai lampu tu aku pulak yang excited melihatkan banyaknye lampu - lampu hiasan yang memang cantik le mata memandang tapi kalau aku beli pun nak letak kat mane, cume aku memang plan nak beli stand lamp nak decorate sikit bilik aku biar macam bilik raja...raja gopal hahahah

sementara Syafii tengah belek - belek lampu aku call mak nak wish untuk hari ibu, mak aku excited sangat bila aku call nak - nak kat part aku nk wish mothers day kat dia syahdu betul time tuh, iye la anak kesayangan dia yang paling jauh huhu, rase nak nangis pun ade cume aku bertahan jer sebab aku tau kalau aku nangis mak aku dah tentu nangis kang banjir lak huhu.... Lepas call mak, aku sempat la snap lampu - lampu kat kedai tu termasuk la apa saje yang ade di luar kedai bosan menunggu Syafii buat keputusan untuk pilih lampu yang dia berkenan. untuk beli lampu mana. Akhirnye lepas beberapa lama membelek lampu Syafii angkat lampu yang berharga RM145, suke hati ekau la bro duit ekau aku tolong tengok jer hahaha. Pas tu kitaorang gerak pegi cari tempat makan sebab perut aku dah lapar sangat. Kami makan kat sebuah kedai yang diberi nama "Kak Ani Sup Utara'. Hmm.. memandangkan aku nie orang Kedah so sup - sup nie memangfmenu aku la, aku pilih untuk makan bihun sup ayam dan Syafii hanye sup daging bersama telur masin. Sambil - sambil makan Syafii bercerita pasal persiapan perkahwinan dia, memang banyak lagi belum siap dan dia akan ke Bandung lagi next week, hmm berjalan saje mamat nie bukan nak ajak aku pun. Syafii sempat racun aku untuk cepat - cepat kahwin, come on la bai ape kau ingat kawen nie hal kecik ke? aku tengah ade problem besar nie memang tahap masalah negara tapi aku akan tetap kahwin juga satu hari nanti dengan seseorang..sape tu? ade la, sibuk jer nak tau. Orang nye ade kat Tagged ni korang cari jer mane satu sampai jumpe, nanti aku belanje korang makan ek



part 1 sambung kat bawah...

Tiada ulasan: