SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

22 September 2009

ASH

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku....

Meminjamkan rangkap pertama lagu 'Suatu Masa' nyanyian M. Nasir, aku memulakan penulisan jurnal ini....Wargh skema la plak, tukar mode hehehe...Sabtu lepas sebenarnye tak plan pun nak jumpa Ash, fren dalam TAGGED nie tapi memang berjanji nak date dengan dia on that day, kebetulan dia ada assignment di Tropicana
Medical Center yang memang dekat jer dengan umah aku so why not aku amek peluang jumpa kawan besh aku nih. Kat entrance hospital tuh aku dah nampak kelibat dia bersembunyi di sebalik tiang besar, peluang baik nih nak sakat dia, nak - nak dia plak yang babacak aku huhu...finally, aku bertemu juge dengan awek cun sorang nih, sebelum ni memang tak pernah jumpe asik borak kat Tagged ni then YM & FB bila berdepan aku jadi malu - malu ikan siakap lak, tapi aku kan jenis selamba zapin. Aku ajak Ash lunch dekat area umah aku pekena western food. Sambil makan kitaorang borak le macam biasa, memang assumption aku pada Ash berlainan bila dah berhadapan dengan dia, apa tu korang check la sendiri. Kalau tak silap aku la Ashantara yang terawal aku kenali di TAGGED, dan sampai sekarang dan mungkin sampai bila - bila she will be remain as friend #1 at my friend list followed by certain individu yang sesungguhnya layak dipanggil KAWAN !!



Then kitaorang gerak ke Kajang & aku sendiri yang nak hantar dia balik so that kitaorang ble la borak lagi, so sorry la Ash at our first meeting nih saye tak bleh nak terus gila - gila macam mane awak kenal saya kat dalam TAGGED, kita pelan - pelan kayuh ek. Apapun saya memang gila hehe...Sampai Serdang kitaorang pegi cuci mata jap kat Jusco Equine Park, tak de mende pun situ. Then aku hantar Ash balik dengan selamatnye ke rumah di Sungai Chua, Kajang. Ikutkan aku nak mintak Ash tunjukkan jalan di Kajang & lepak mane - mane tempat yang besh sebab Kajang la tempat tumpah darah aku pada 1 Mei 30 tahun lalu tapi dah dia ada hal lain so next time jer la. Apapun aku enjoy dapat jumpe Norashikin, wartawan majalah WANITA yang chumel...hehehehe...Nanti kite date lagi ek.

Otw balik aku singgah jap jumpe Syafii di Puchong Perdana nak pulangkan rokok dia yang aku 'songlap' & perkakas untuk preparation majlis kawen dia yang tertinggal
dalam kete aku. Peh berseri jer muke pengantin baru sebulan nih, dia nasihatkan aku supaye cepat kawen!!



Next, aku terus gerak ke Shah Alam, konon nak lepak dengan Vicky pulak nak celebrate birthday dia tapi dia di Bukit Aman, memula aku dapat sms dia di situ cuak jugak ape kejadah dia buat kat Bukit AMAN ?? Katanye ada birthday party di saa dan aku dijemput, err came aku nak pegi sane ek? err...kesian pulak kat Vic yang dah menjemput.




So aku terus je ke Shah Alam dengan tak ada arah tujuan. Lepas solat maghrib di Masjid Shah Alam aku singgah kompleks PKNS, lalu jer kat depan pasaraya Seri Kota tu terhidu bau sweet corn, pergh lepas betul rindu aku kat kompleks tuh macam dah sinonim la bau jagung tu pada kompleks PKNS, mana tak nye dari zaman study di UiTM sampai la sekarang kiosk sweet corn tu masih ada. kat depan KFC ade satu jualan electronic products & yang menarik perhatian aku adalah Iphone pada harga RM2XX tapi MADE IN TAIWAN !!!

Dah tak tau apa nak buat aku balik jer, konon nak pegi Uptown Shah Alam tapi malas sebab tak ada member tapi sesorang pun aku no hal, esok jer aku pegi pasar pagi Section 13. Abeh cerita ari Sabtu 11 July 2009 bersamaan 18 Rejab 1430. Berita seterusnya akan disampaikan lagi pade ari esok, sekian....

Tiada ulasan: