SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

23 September 2009

dua hari menjelangnye raya

Lepas sahur aku terpaksa tidur balik, letih tak hilang lagi, 2 pagi lebih tadi sampai tak sempat puas tido sambil mimpikan Ash aku kene bangun sahur, dan rasa malas memuncak - muncak 23 kali ganda gunung Everest, memandangkan raye dah dekat sangat aku memaksakan diri untuk rajin, rumah ni kene dikemaskan seindah dan secantik dan setampan mungkin hehehe...Tak ada mende sangat pun nak buat, mak dan adik aku sorang lagi tu dan uruskan awal - awal lagi, tau agaknye yang aku penat dan perlu rehat. Tapi memang aku dah ambil kontrak mengemas rumah daripada mak aku sejak bertahun dulu, rasanya mase aku darjah 4 aku dah pandai dalam selok belok pengemasan rumah, kalau ingat balik kekadang tu malu ada geli hati pun ada.



Aku mula sikit demi sikit dan yang paling aku tak suka ialah habuk, kalau dah kena bersin macam nak pecah rumah, hehehe...entah mana la nak ingat untuk bawa balik mask. Kerja mengemaskan luar rumah dah aku sub-kontrak kan adik bongsu aku selaku menteri kerja raya dan hal ehwal dalam rumah menjadi tugas aku selaku menterinya hehehe...Nak buat macam mana aku tak ada saudara perempuan, dan masing - masing dah tau tugas sendiri dan dah tak payah nak disuruh dah tau dah ape nak buat, nak tak nak dan sebab kesian kat mak kena la kami adik beradik nih tolong, dah mak aku menteri masak memasak sure tumpuan dia pada penyediaan juadah berbuka puasa dan juadah hari raya.



Adik nombor tiga aku yang bertindak sebagai menteri luar memang selalu ditugaskan oleh kementerian masak memasak untuk mencari bahan - bahan, cakap jer nak naik apa semua ada kat depan rumah, daripada sekecik basikal ke sebesar bas suka hati la nak naik apa asal dapat benda yang mak aku pesan. Abang sulung aku tu just menteri tanpa portfolio, dia macam Idris Jala, hanya dapat tugas - tugas khas daripada mak dan kalau dah tak ada kerja sangat dia tido, hampeh betol punya menteri. Memang tak achieve KPI la gamaknye hehehe...Cuma Perdana Menteri yang disandang arwah ayah akan tetap kekal tak berpengganti. Arwah ayah tetap Perdana Menteri famili kami.



Petangnya lepas asar aku keluar ke bazar ramadan, tapi sebelum tu aku ke Rimau dulu nak cucuk fulus, mak aih panjang gile kereta Q nak masuk ke kawasan Aneka tu, masak la nak tunggu, blah jer la dan aku terus pergi ke Guar Chempedak, sebabnye aku nak cari kuih raye dan juga juadah berbuka, sampai jer wa cakap lu beb sana sini penuh kereta, parking suka hati perut pankreas semua orang, aku cuba cari parking yang paling dekat tapi gagal. Sebab dah malas aku patah balik ke Gurun, terpaksa singgah jugak di Rimau untuk cucuk fulus, then pergi bazar ramadan Gurun jer, Pekan Gurun ni pun dah makin sibuk dan banyak kereta sangat - sangat entah dari mane datang. Akhirnya kuih yang jarang aku jumpa dapat aku beli - kuih kasidah, yang seakan - akan kuih orang banjar tu, peh rasanya memang sedap, nanti aku nak cari resipinya dan buat sendiri.



kesimpulannya, dua hari menjelang raya memang aku sibuk tak ingat dunia, 1 hari menjelang raya belum tau al kisahnya.....

Tiada ulasan: