SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

23 September 2009

kisah balik gurun

Perjalanan balik yang memenatkan...kaki, hehe. Aku pun tak tau nak habaq lagu mana, dengan mata kelat menahan mengantuk, mau tak mau redah ja lah. Aku bertolak balik Gurun lepaih maghrib, konon lepaih abeh qeja pukui 6 tepat nak teruih gerak tapi ada hal lain nak kena pi settle dulu. On the way kat highway aku dan la singgah 4 perhentian, cam cerita 7 Perhentian tu la pulak.

Mula - mula aku berenti kat hentian sebelah Behrang, adoi la aku mengantuk sungguh, nak tidoq tak boleh lelap just rehat sat 15 minit then gerak. Tak lama lepaih tu aku berenti lagi kat R&R Simpang Pulai, tu pun berenti untuk lalu saja pasai silap masuk parking lori, malaih la nak u-turn camna aku teruih pederaih kereta, dalam pada tu dok layan muzik la tak mau bagi mengantuk. Sampai la kat R&R Tapah, kat situ la aku berenti rehat lama dalam sejam ada kot, aku pi mandi dulu, solat & tidoq sat, sebelum tu aku sms mak bagitau tok sah dok tunggu sebab aku pun tak tau nak sampai rumah pukui berapa, tiba - tiba terjaga sebab Hana call, layan punya layan nurse tu hilang mengantuk aku, dan - dan perut lapaq pi pekena bihun sup kat situ, hampeh tak sedap pun, tak pa la buat alaih perut. Tak tunggu lama aku pun gerak, tu pun elok - elok nampak signboard R&R Sungai Perak aku berenti pulak, adoi mengantuk tak tau nak habaq la. Dan aku pun tidoq...zzzzz...



Terasa macam orang dok keliling aku, jaga - jaga ja patut la 1 family mai mana tau dok gebang tak ingat kat depan kereta aku, awat depan kereta aku jadi tempat sembang depa aku tak tau la dah sah - sah nampak aku dok tidoq dalam tu pi la ke lain, tu la orang Melayu, kata prihatin tapi sibok kot lain. Depa perasan aku buat muka dalam kereta dan - dan depa belah, ada ka patut dah nampak orang tidoq pi buat bising kat situ. Mau ja aku hon kuat - kuat. Dah hilang rasa mengantuk aku pi basuh muka, gerak la teruih dok sakit ati ja tunggu situ. Dalam 2 pagi lebih kot aku sampai pulak kat R&R Bukit Merah, dan tidoq...zzz...

Sedaq - sedaq ja dah subuh, sejuk sungguh la sampai tegang segala benda hehe...Pi solat subuh & pekena breakfast nasik lemak & milo, pergh terangkat jugak la nasik lemak Bukit Merah ni secantik awek yang juai, memang cantik betui la awek tu dengan loghat utara dia, kulit muka putih melepak tak dak jerawat langsung, gigi putih cantik tersusun, mata besaq, jari runcing macam sayuq bendi, bibiaq dia merah mereqah macam buah delima, peh awek idaman tuh. Memang sepanjang perjalanan aku dok perasan perubahan dialek tu berlaku, masa di Tapah cakap dialek biasa, lepaih tu kat Sungai Perak dah dialek Perak, sampai kat Bukit Merah pulak dah dialek utara. Pukui 7 pagi aku gerak, tu pun dok ngantuk lagi dan angau kat awek R&R Bukit Merah, sebab jalan di area Butterworth confirm akan jam time orang masuk qeja plak tu so aku speed sikit, dalam pada tu dan la main cilok - cilok dengan kereta lain nasib baik la tak dak Mat Bond.

Akhirnya, aku sampai jugak kat Gurun tepat 8 pagi kat exit Gurun tu mengambil masa perjalanan selama 12 jam yang sepatutnya 5 jam saja dah boleh sampai, segaq sungguh la udara kat Gurun ni memang tak dak pencemaran. Lama jugak la tak balik rasanya 3 bulan lepaih kot, aku pi singgah gerai makanan beli sarapan untuk family aku sebab mak tak sihat. Sampai rumah aku tak kisah apa dah sebab mak aku keluaq la pulak pi pasaq dengan adik, nampak ja katil aku tu teruih terbongkang dan zzzzz......Sedaq ja lepaih tengah ari kot bau durian & pulut, dan - dan aku bangun pekena sepinggan, lepaih tu padam balik.

Moral of the story, jangan memandu dalam keadaan mengantuk & letih, dapatkan rehat yang cukup dan rancang perjalanan anda. Ingatilah orang yang tersayang.

err...hangpa paham ka aku cerita apa nih?

Tiada ulasan: