SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

23 September 2009

kisah nak balik raya














Hari yang ditunggu - tunggu akhirnya menjelang tiba, malam nanti aku balik kampung di Taman Gurun Jaya...YEEHHAAAAAAA!!!! balik kampung...woooo balik kampung....
Kerja kerja lah...buat kerja dulu. Aku sedaya upaya siapkan ingest Buletin Utama 2006 & logging Buletin Utama 1996, peh mencabar siot bermain dengan kata -
kata untuk buat descriptive news nih dah la mengantuk. Tiba - tiba SERC bagi tugasan lain, kena keluarkan semua TX tapes untuk 6 hari dari 19 - 24 September,
ini memang dah tradisi asal nak raya jer semua TX tapes for all channels kene dikumpul dan diletakkan setempat untuk standby, mana la tau server collapse ke
or clip hilang ke. Tak kisah aku lagi suke sebabnya boleh bergerak untuk hilangkan mengantuk daripada duduk mengadap PC.



Sedar tak sedar dah 1pm, dah sampai masa untuk pergi ambil daging. Keluar je ke perkarangan Sri Pentas mak aih panjangnya Q, tak fikir panjang aku terus amik
kopun dan Q jugak kalau tunggu kang lagi panjang barisan dah la nak ujan nih. Penat jugak la berbaris akhirnya sampai giliran aku, 4 kg untuk aku dan 4 kg lagi untuk Lan. Daging lembu nih FYI, setengah di-subsidi oleh company dan setengah lagi bayar sendiri melalui pemotongan gaji bulan Oktober sebanyak RM32.

Elok - elok jer aku amik ujan terus turun, memang aku bernasib baik atau aku pembawa hujan kat orang lain yang tengah Q kat belakang tu tak tau la.

Masuk office aku terus sambung kerja yang terbengkalai. Banyak lagi TX tapes yang tak ade nih, means kat CVTR la dorang QC & ingest. Mane yang jumpa jer aku letak kat rak yang dan disediakan. Then sambung balik buat logging sampai 430pm, sebenarnya rase nak buat keje dah hilang, mood raya tu mencanak naik. Orang lain pun sama jer masing - masing dah malas kecuali yang kene kerja raya nanti, muka dorang sayu jer, sedih pulak aku tengok. Sebenarnya ramai yang bengang dengan aku, entah kenapa aku boleh dapat cuti raya tiga tahun berturut. Dorang tak boleh salahkan aku la bukan aku yang buat roster, aku dah standby untuk kerja masa raya tahun ni tetiba pulak bos bagi cuti, tak kan aku nak tolak.

Tepat 5pm aku amek kesempatan untuk berhari raya dengan semua staf Resourse Center, Airtime Management Group, Media Prima Berhad, kalau boleh satu bangunan Seri Pentas ni aku nak beraya. Daripada Boss sampai la ke clerks aku beraya, iye la kalau pun aku tak buat salah apa - apa kat dorang tak salah untuk aku bermaaf - maafan, yang penting aku ikhlas. Mana la tau umur tak panjang, apa yang penting....KERJASAMA!!! tiba - tiba la pulak Wonderpets.



Balik ke rumah (sebelum tu singgah bazar ramadan beli juadah sebab malas dah nak masak) kami dua beradik sibuk packing apa yang patut nak berangkat balik malam karang. Banyak jugak yang aku nak bawa balik tapi terpaksa kurangkan apa yang patut kang berat pulak kereta kang. Dan masa berbuka puasa aku tak boleh makan dengan banyak untuk mengelakkan rasa mengantuk mase drive nanti. Tetiba sayu pulak rasanya nak tinggalkan rumah sewa aku nih walaupun seminggu. Kan bagus kalau rumah nih aku boleh angkut sekali bawa balik, hehehehe....

Lepas berbuka hujan turun agak lebat, camne nak balik nih??

Tiada ulasan: