SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

22 September 2009

laporan - part 1

part 1 - vt opening montage

Demam...satu anugerah daripada Allah swt dan aku terima. Apapun aku syukur Doctor Izham yang checked aku tadi bagitau aku tak mengidap A H1N1. Setiap apa yang datang pada aku dah tentu ada punca dan akibat. Hari sabtu lepas la aku dah mule demam dan selsema, puncanye aku buat additional audit untuk syndicated programs yang dah abeh contract, so Boss tugaskan aku untuk check availability. Aku sendiripun cari penyakit, dah tau bilik syndicated tu dah rupe bilik mayat sejuk nak mampos aku tak pakai baju tebal dah tu turun naik panjat dari rak ke rak dah rupe monyet hehe...After that aku flu sebab sejuk sangat. Lengan aku lenguh sebab mengampu laptop dan paha aku rase sakit puncanye kejap berdiri kejap bertinggung dah macam buat exercise dah. May be sebab tu aku demam, flu dan lenguh sebadan. Tahun ni jer kerap betul aku demam, sebelum ni susah sangat yang selalupun headache jer yang memang membuatkan aku MC setiap bulan!! Aku redha kalau dah penyakit datang tu means aku kene beringat - ingat. Ingat ape? Ko pikir la sendiri hehe..

Hi guys !! dah lama rasanye aku tak mengetuk story, agak busy dan aku sendiri tak tau apa yang nak diceritakan. Sepanjang minggu lepas memang agak busy dengan keje dan preparation for my presentation. Ahad dua minggu lepas just lepak dengan Lanz di Giant, entah la ape kejadah kitaorang berdua buang masa kat situ satu hal pulak bole melantak ice cream tengah hujan lebat!! Sambil - sambil tu sempat la cuci mata hehe...Hasilnye, aku dapat beli jam tangan baru, walaupun 10 hengget jer tapi chantek...tak kisah la aku bukan jenis pakai barang branded kang hilang jer memanjang tak reti jage. Cemerkap betul NAZRUL AZAT nih huhu...memang tak bole buat laki, kot - kot bini pun boleh tertukar or hilang, hep...belum coba belum tau, dah kene angau hehe...



Dari berminggu - minggu sudah aku nak siapkan slide for my presentation, bukan nak buat yang meletup kebabo pun just cakap pasal Electronic Cataloguing, the problem is bende alah tu tak applicable kat tempat keje aku kalau kat library lain iye la kot, nak tak nak kene la buat. Aku nak kene explain apa itu MARC, korang tau ke? sape - sape yang belajar information studies tau le. Nasib baik la aku dapat banyak slides daripada internet so aku pun modify jer senang cite.



At last malam sebelum presentation aku siapkan semua dengan menokok tambah effect segala macam. Patutnye Niza jer yang handle tapi dia tatau pasal MARC so aku le kena memikul tanggungjawab maha berat tu huhu...Tapi kalau pasal presentation or giving talk memang aku suka la sebabnye aku suka membebel hehe...



Luckily dari zaman sekolah lagi aku dah terdedah dengan public speaking so tak ade la takut sangat nak berdepan dan bercakap depan orang ramai walaupun pada dasarnye aku ni seorang yang pendiam. Diam diam ubi berisi ok bukan diam diam besi berkarat. Alhamdulilah presentation aku berjalan dengan lancar dan boss sempat puji (ikhlas ke tak aku tak tau le).

Tiada ulasan: