SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

22 September 2009

lepak di Tanjung Harapan

WARGH!! ITS SUNDAY AGAIN...

Ari nih memang aku terlajak tido, kunun awal pagi tadi nak pegi Jacob Walk of Life di Taman Metropolitan Kepong. Last minute Adzril cancel nak pegi event tuh so aku pun turut memalaskan diri la. Entah apa kejadah aku tido lewat malam tadi apesal, tak ade la pulak layan TAGGED, aku busy download lagu ade la wakakaka...Macam biasa agenda aku di tengah ari terus lunch kat mamak, tengok - tengokkan kereta & motor aku, bace online news, & banyak lagi bende yang kene settle kan ari ni gak especially melipat pakaian bersih yang dah kering, 1 aktiviti yang aku kurang gemar.



Actually semalam aku angkut Lanz lepak di Tanjung Harapan, Klang untuk aku lepaskan stress dengan mengadap laut lepas. Konon nak pegi Pulau Indah bak kat pepatah sambil menyelam sambil minum air nak pegi makan kat restoran bro Fahrin, entah tersilap jalan kat NKVE terus menghala ke Port Klang then masuk ke Tanjung Harapan, tak kisah la asal aku bole lepak di luar asal tak terperuk di umah.



Agenda biasa aku bile outing ape lagi pose chantek la hahaha...tak banyak pun snap sebab camera digital biasa nih menghadkan kreativiti aku kalo ade DSLR tu rasenye macam - macam pic bole amek. Konon nak lepas stress la kan tapi relax la juge sebab rase tenang melihatkan laut yang terbentang luas saujana mata memandang. Memang dah tau dari awal sunset view kat Tanjung Harapan nih tak cantik so tak kisah sangat kalo jadi plan awal nak lepak di PD yang tak la jauh sangat pun nak pegi sure la dapat tengok panoramic view of sunset yang betul - betul cantik. Tak kisah la asal bole cuci mata hahaha...



Luaran memang aku nampak happy tapi dalam hati Tuhan jer yang tau betapa sedihnya aku rase. Well, today (21 June 2009) kan father's day, mane aku tak feeling. Dari jumaat lagi aku dah mule rase camtu nak - nak pagi jumaat tu dalam MHI ade discussion antara host & callers pasal father's day so aku yang mendengarnye pun meleleh jer air mate nih. Aku rindu sangat kat arwah ayah, arwah la hero aku sampai bila - bilapun. Ikutkan panjang sangat cerita pasal arwah ayah, ade kisahnye kat awalan blog ni. Apa yang aku mampu buat hanya berdoa pada Allah swt untuk kesejahteraan arwah di sana. Menangis air mata darah sekalipun arwah tak akan balik lagi, cume yang aku kesal tak sempat nak balas jasa arwah, just bagi duit tak akan dapat membalas jasa - jasa arwah yang tak terkira banyaknya. So pade sesiapa yang masih ade ayah tu, sayangi la ayah korang sebab korang tak tau sampai bila korang akan bersama ayah disebabkan kesibukan diri masing - masing. Cube luangkan masa untuk orang tua, itu je yang dorang nak daripada anak - anak.

Kejap lagi aku kene sudahkan slides untuk presentation aku jumaat nih, uwaaa...nak kene bagi talk la plak pasal MARC. Ok guys, macam biasa aku hanya lelaki biasa yang tak sempurna, maafkan aku jika turut kata & perbuatan melukakan perasaan kalian, cuma hati aku ini tak mungkin ada sesiapa dapat memahami...

Tiada ulasan: