SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

23 September 2009

menjelangnye hari lebaran

menjelang hari raya...aidilfitri mulia...dan aku sibuk gila...sampai lupa yang aku puasa...hehehe....

Sayang weh nak tinggal puasa minggu akhir nih, maksud aku kat atas tu aku sibuk sampai lupa penat dan dahaga. Lepas sahur aku tak tidur, planning and strategise nak buat apa satu hari ni sampai malam hari. Firasat aku mengatakan raya jatuh hari ahad. 8.30am aku gerak ke Sungai Petani, sampai di Tesco aku terus capai jer apa yang nak dibeli sebabnya banyak lagi benda nak dibuat, malangnya ada benda yang tak ada di Tesco so dengan pantas aku terus gerak ke Giant pulak, nasib baik banyak benda yang aku target untuk beli ada disediakan dan urusan aku di Giant begitu mudah sekali, parking senang, orang pulak tak ramai cuma terpaksa Q untuk pembayaran, kaunter tak banyak buka maybe budak - budak Giant ni ramai yang dah cuti. Settle di Giant aku terus blah balik ikut highway jer lagi cepat memandangkan Giant tu betul - betul di jalan ke highway Sungai Petani Selatan. Sampai jer pekan Gurun aku singgah kedai bunga untuk beli air ros dan bunga untuk ditabur atas kubur arwah ayah di hari raya nanti. 1230pm sampai rumah dan terus mengemas lagi apa yang belum siap.

Menjelang petang hampir 90% kerja siap, dan adik - adik aku bersama isteri dan anak - anak dorang sampai, serta merta rumah aku riuh rendah dengan keletah anak - anak buah aku - Farhana, Husna & Hazim. Iu baru tiga kalau 10 orang entah macam mana la agaknya. Mana la tau aku coming soon ke hehehehe....So, tugas kementerian masak memasak telah bertambah portfolio dengan penyertaan Mas dan Su selaku timbalan menteri dan ketua setiausaha. Nampaknya menteri - menteri kabinet semua sudah berkumpul dan persidangan dewan rakyat menjadi bertambah kecoh dengan gelagat tiga orang menteri kecik yang tak reti berbahasa hehehe...

waktu berbuka puasa peh meriahnye jarang dapat kumpul ramai - ramai macam ni makan bersama, raya je la yang dapat mengumpulkan kitaorang semua. rase kurang sangat sebab arwah ayah tak ada. Saat yang ditunggu dah pun tiba, pengumuman tarikh hari raya menetapkan Ahad adalah 1 Syawal, aku dah agak dah, mak aku terus kelam kabut dengan rendangnya, dan aku sambung tugas kementerian hal ehwal dalam rumah yang terbengkalai. Lepas kerja kontrak aku siap aku kacau daun kerja - kerja kementerian masak - memasak, memandangkan mak lebih suka masak rendang dengan dapur kayu so aku buatkan apinya, nasib menteri luar dah sediakan kayu api. Meteri tanpa portfoli keluar dan balik membawa bekalan mercun dan lemang yang entah mana dia dapat, Menteri luar pulak keluar pergi ambil ketupat daun palas yang diupahnya dengan seorang kawan. Dan malam raya tu dihiasi dengan letupan mercun dan bunga api yang berdentam dentum di langit macam dah rupa perang lagaknya. Entah mana dorang dapat fireworks tu gasak la malas aku nak tau asal rendang mak aku cepat masak.

Malamnya aku tidur agak awal, sebelum 12am sebabnya dah terlalu letih. Esok hari raya, esok hari bahagia...adakah aku benar - benar merasa gembira???

Tiada ulasan: