SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

23 September 2009

perjuangan belum bermula

Beberapa jam sebelum aku balik kampung, dapat la perkhabaran yang sedikit melegakan hati, AKU CUTI PADA HARI RAYA NANTI !!! Sebenarnya perasaan tu bercampur baur antara suka dan tidak. Suka sebab dapat cuti dan beraya dengan keluarga dan tidak suka sebab ada 'udang di sebalik mee' yang bos aku sedang rancangkan & ada yang tarik muka sebab aku dapat cuti. Well, aku memang tak kisah pun kene keje sebabnye kalau ikutkan giliran memang sampai turn aku pun keje, apa pun aku tetap bersyukur pada Allah swt. Dan yang pasti tahun depan pun aku tidak akan berkerja pada hari raya, apa sebabnya?? tunggu...

Hari yang sama juga sebelum aku balik kampung, aku SMS Wan dengan sedikit perasaan berat dan bersalah tapi 'suka', meminta dia & Zul mencari rumah lain untuk disewa mulai 2 Ogos atau sebelum aku balik semula ke KD, meaning aku dah balik nanti dorang dan tak ade di rumah tu. Terus terang aku katakan aku semakin tak selesa menyewa dengan diaorang, rasa macam aku plak yang menumpang di rumah tu. Lagipun dalam kontrak aku dengan tuan rumah, aku hanya menyewa seorang diri, ketahuan dek tuan rumah mampus plak aku kene halau tak pun kena saman. So, adalah lebih baik diaorang keluar sebelum apa - apa berlaku. Memang aku yang bersalah dalam hal ni, after this memang dah tak ada orang lain akan menyewa bersama dengan aku melainkan aku keluar dari rumah tu dan menyewa dengan orang lain ataupun aku dah dapat rumah sendiri.

Aku balik bercuti ni pun bersebab, nak amek adik aku bawak ke KD & stay dengan aku sebabnye dia akan praktikal di Engineering Dept, MPH selama 6 bulan, means dari 10 Ogos 2009 sampai 7 Januari 2010, adalah jugak orang yang menemani aku lepas diaorang berdua keluar, pasal adik aku ni memang kena bagitau tuan rumah awal - awal, at least aku kene berlaku jujur dengan dia sebagaimana dia percayakan aku. Setahu aku orang Cina memang agak particular tentang janji, sekali diorang dikhianati sampai bila pun diaorang tak akan percayakan kita lagi.

Cuti aku selama 5 hari di kampung halaman macam biasa jer, aku lebih banyak rehat di rumah daripada nak keluar, dah tak ada sesiapa pun yang boleh aku temui sama ada di Gurun ataupun di Sungai Petani, kebanyakkan diaorang dah stay di tempat lain, ada yang dah meninggal dunia dan ada yang MIA. Tak kisah la asalkan aku dapat luangkan masa dengan family. Mak aku pun selalu jer tak sihat kebelakangan ni, nak dibawa ke klinik macam - macam la alasan dia, aku tau sebenarnya anak - anak jer boleh merawat kesakitan dia, dah faham sangat. Sama jer macam arwah ayah aku, asal aku balik jer memang dia happy. Rase nak menangis pulak cakap pasal ni.

Satu hal pulak le pulak bila adik aku praktikal di sana nanti, sah - sah la mak aku akan selalu teringatkan dia, anak bongsu pulak tu. Di rumah pun siapa jer yang ada, cuma adik aku yang nombor 5 tu dengan mak, abang aku pun tak selalu di rumah, sibuk dengan keje dia & kegilaan berbasikal, dua orang adik lagi yang dah ada family sendiri dah tentu la busy dengan hal sendiri, kesian mak aku, bila kami adik beradik dah besar semua dah ikut halauan sendiri. Ikutkan nak jer aku berhenti keje & cari jer keje di Kedah, stay dengan mak, tapi dah rezeki aku di KL, redha saja dengan ketentuan Allah swt. InsyaAllah, aku akan kembali, tapi sebelum tu ada perjuangan yang belum bermula...

Kejap lagi dah nak balik KD, doakan aku selamat sampai ye...

Tiada ulasan: