SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

23 September 2009

satu hari di aidilfitri

Satu hari di hari raya...aku terlambat bangun daaa....

Sebenarnya aku headache, sakit sangat, dari dua hari lepas, cuma mengagahkan diri jer, ikutkan nak telan ubat tido dan pengsan jap selagi boleh. Solat raya ke mana apa ke mana, yang penting sekarang aku kena legakan sakit kepala ni dengan segera supaya dapat beraya bersama keluarga walau di mana jua aku berada huhuhu....

Pagi raya aku mengenakan sepasang baju melayu tanpa sampin sebab rimas. Lepas beraya dan bermaaf - maafan dengan mak dan adik beradik aku, kitaorang lepak - lepak kejap menantikan tengah hari untuk bergerak ke kubuh arwah ayah. Aku sebak sebenarnya kesian tengok mak, katanya dia dah tak ada sesiapa lagi melainkan kami adik beradik...



Sebelum keluar aku makan sekenyang - kenyangnya untuk mengelakkan sakit kepala lagi yang memang berpunca kalau aku tak makan pagi. Tengah hari tu setibanya di kubur arwah ayah aku segera membacakan yasin dan sedekahkan al fatihah pada arwah ayah, sedih tu hanya Allah swt yang tau, hilang seri hari raya sejak arwah tak ada, lagi sedih mengenangkan arwah pergi pada 9 syawal, masih dalam mood raya 9 hari raya tu tapi arwah dah tak ada, entah la tak tergambar rasa sedih, sayangilah ayah korang selagi dia ada.



Kemudian kitaorang menuju ke Sik, dan sampai setengah jam kemudian, tujuannya nak beraya dengan kawan baik arwah ayah - Pak Su Man. Memang best betul suasana di kampung, tambahan pulak dengan juadah ala kampung, peh memang terangkat. Kenapa la aku tak jugak bertemu jodoh dengan perempuan yang asalnya dari kampung?? sebab aku nak merasa hidup di kampung yang memang BEST !!!

Then kitaorang gerak ke rumah saudara adik ipar aku, pun sama jugak, terasa sungguh suasana kampung. Patutnya aku biarkan jer perut aku kosong, asal bertandang ke rumah orang jer pekena lemang, peh rasa boroi jer perut aku ni hehehe....

3pm lebih kitaorang sampai di rumah memandangkan adik aku nak balik ke Jeli Kelantan. Mak aku pergi beraya kejap dengan jiran sebelah rumah. Aku sebenarnya dah letih sangat, nak aje tido. Petang sikit Mak Su Ani datang dengan anak - anaknya, dan lepas tu aku dah agak mamai sebab mabuk ketupat dan lemang. Nak jer tido tapi sayang nak membiarkan hari raya pertama ni berlalu dengan cepat.

Malamnya aku terpaksa mengalah dengan panggilan tidur, terpaksa aku menyerah kalah walaupun tak berperang, ini sebab berperang dalam perut lah ni huhuhu....moral of the story, makan tu berpada - pada, sayangi perut anda setiap hari....hehehehe....

Tiada ulasan: