SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

23 September 2009

SELAMAT HARI RAYA



Salam....

Di kesempatan ini bersempena dengan kehadiran Syawal tidak lama lagi, saya Nazrul Azat menyusun 10 jari ingin memohon jutaan keampunan andai kata sepanjang persahabatan kita di TAGGED, FACEBOOK dan di mana - mana pun jua, jika pernah terjadi rasa berkecil hati, marah, tersinggung dan kecewa di hati kalian sama ada disengajakan atau sebaliknya, akan tindak tanduk dan perlakuan malah kata - kata daripada saya yang tidak disenangi, saya hanya insan hina yang tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian yang sudi memberikan comment, messages & TAG berunsurkan hari raya dan mohon maaf jika tidak dapat membalasnya kerana kesibukan tugas, saya amat - amat menghargai ingatan kalian sebagai sahabat di alam virtual ini.

Selamat menyambut hari lebaran dan bergembiralah bersama - sama dengan keluarga, saudara mara, sahabat handai dan kenalan serta sekalian insan walau di mana jua kalian berada. Kepada yang bakal pulang ke kampung halaman masing - masing berhati - hatilah dalam perjalanan kalian dan memandu dengan cermat dan selamat, ingatlah orang yang tersayang. Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin.

Ingatan tulus ikhlas daripada NAZRUL AZAT JAMIL

Tiada ulasan: