SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

29 September 2009

selasa VS selesa

Hari ini, Selasa, 29 September 2009 bersamaan dengan 10 Syawal 1430 Hijrah, hari kedua aku bekerja semula selepas bercuti panjang sempena Aidilfitri. Mood raya masih berlegar sana sini even 'branch' aku tadi pun nasi lemak berlaukkan rendang ayam, tapi tak boleh lawan rendang mak aku la. Huuu...

Kerja berjalan dengan agak slow hari ni, tak macam semalam, semua mesin MVTR aku bolot, har har har aku la raja bilik ingest semalam, tapi hari ni cume dapat guna dua mesin jer dan dah berkurang kepada satu untuk bagi jalan pade Aiza & Sabariah, nampak gayanye ingestion process tak dapat hasilkan kuantiti macam semalam. Akukan seorang yang sentiasa berasa tak serba cukup, sentiasa nak lebih dalam apa hal especially kerja. (macam poyo siot).

Dah dua hari tak dapat update jurnal (di TAGGED & blog ni) padahal banyak nak diperkatakan tapi macam mane nak update, masuk keje jer terus busy tak hengat sampai nak mengetuk jurnal pun tak ada mase, yang ini pun curi - curi masa sementara mesin tengah jalan. Mengingatkan semula betapa penatnye aku drive dari Gurun ke Kota Damansara, ade hati nak pakai driver jer wakakakaka....Bertolak dari rumah jam 1.15pm, sebak pulak rasanye meninggalkan mak, adik dan kenangan yang terpahat pada rumah tu, mak macam biasa la, sedih jer bila aku nak balik, sama la aku pun dan sama la jugak adik bongsu aku. Aku tau adik aku tu pun menangis dalam diam, aku cume dapat menangis dalam hati.

Perjalanan melalui highway nampak gayanya lancar, walaupun kenderaan kelihatan agak banyak tak banyak. Aku mengharapkan dan berdoa pada Allah swt moga selamat sampai. Sesekali fikiran aku melayang entah ke mana, mungkin mengikut genre muzik yang dimainkan di radio. Mungkin memikirkan seseorang agaknya. Ade juga kelihatan dua kemalangan, satu nye motorsikal dan satu lagi kereta, entah ape kabar dengan mangsanye, harap - harap dorang ok. Kalau KO, innalillah....

Hanya dua tempat jadi persinggahan - Hentian Gunung Semanggol dan Tapah, sebabnye banyak sangat kereta dan tak ade tempat parking. maka perjalanan diteruskan dan akhirnya sampai di Kota Damansara jam 620pm. Alhamdulilah selamat. Lepas bawa naik barang - barang dari dalam kereta ke rumah, cepat - cepat aku sediakan dinner daripada bekalan yang mak siapkan, peh sedap giler nasi tomato mak aku nih berlaukkan ayam masak merah, peh enak seh, makan memang tak hengat. Lepas tu terbongkang...zzzzzz

Sebenarnya aku tak boleh tidur, mungkin tidur - tidur ayam. Macam ni la aku, kalau dah penat drive jauh - jauh akibatnya tak boleh lelapkan mata yang rasanya segar macam tak penat langsung. Dah sampai saat untuk bangun dan bersiap pegi keje, macam biasa la kene redah jam, jarak ke office yang cuma 7 km mengambil masa hampir 45 minit untuk sampai. sampai di office jer terus ambil tapes, QC dan bawa ke ingest room, dan kerja bermula agak lewat tapi disebabkan aku dapat gune semua 4 mesin MVTR, so kerja cepat habis dan aku balik on time sebab nak tido....

Dan hari ni, aku berasa amat malas, sebab dapat kerusi baru warna merah untuk bermalas - malas, wakakakaka

Tak abeh lagi, semalam Li Shian si wartawan tu sms & bagitau artikel pasal aku dah terpampang di akhbar tabloid tu, diikuti Ash yang turut mengkhabarkan hal yang sama, tak lama kemudian aku dapat panggilan daripada Mukhriz yang buat - buat suprise. Tetiba plak aku glam, hahahahaha...aku just tengok online copy, malu seh, sebenarnye itu semua cerita rekaan, tak payah percaya ok. nasib baik mak aku tak tau, kalau tidak malu cek tak tau nak habaq lagu mana. Ces, ni sume angkara Ash, siap la awak saye dush karang. Hiyak....

Tiada ulasan: