SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

07 Oktober 2009

adoi..sakit kepala

Sementara menunggu daging ayam lembut untuk aku masak kurma buat makan malam nanti, aku ambik kesempatan untuk mengetuk dan bermadah di sini. Sebenarnye kepala aku masih rase biol, berdenyut - denyut. Semalam lagi la teruk, rase macam nak pecah jer kepala aku ni, takut juga memula tu, tiba - tiba aku rase macam darah berkumpul di kawasan ubun - ubun. Seram jer rasanye, kalau - kalau aku terkena strok !! Banyak mana pun ubat aku telan dan berbotol minyak angin & balm aku sapu tak mampu melegakan sakit yang kali ini menyebabkan semua isi perut aku keluar balik, aduh....kawen jer ubat yang mujarab untuk penyakit aku ni hehehehe...

Malam tadi aku tak pegi keje, dah tak tahan sangat, dah puas aku fikirkan yang positif jer untuk mengelakkan sejenis hormon yang akan keluar bila rasa stress tu terus mengacau - bilau kan kepala aku. Puncanye aku tak cukup tido dan skip makan, itu jer formula yang akan menyebabkan aku headache. Nak tak nak terpaksa le ponteng keje, walaupun niat di hati nak mengekalkan rekod untuk tidak MC sejak bulan Jun tapi rekod dah lebur, apa yang penting aku kene jaga kesihatan, keje tu macam mana sekalipun aku buat tak akan habis. Disebabkan susah nak tido aku terpaksa la layan MP3 & baca novel yang tak pernah jemu untuk aku baca dari form 1 lagi.

Nak pegi masak kejap, kesian pulak adik aku balik nanti kelaparan sebab aku belum siap masak untuk dia, huhuhu...akukan abang yang bertanggungjawab. Jumpa lagi di lain masa, bye....

Tiada ulasan: