SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

10 Oktober 2009

Bengang siot !!


 Aku bengang sangat satu hari nih, apa taknye semalam tiba - tiba aku diganggu dengan panggilan dan SMS berbaur amarah, kata SMS tu "hang jantan kan, jawab fon aku la ni gak!!" Nombor telefon rangkaian DIGI tu dari utara. Ape kes aku nak call kau? Ape aku dah buat? Satu hal betul, lepas dapat SMS tu aku tak boleh tido, ligat berfikir ape kesalahan yang aku dah buat. Ade ke aku kacau awek orang? Bini orang jauh sekali, nak kacau jantan? Nauzubillah ! Tapi aku tetap tak puas hati, kenapa aku ?

Persoalannye :

1. Sape orang tu?
2. Ape masalah dia?
3. Kenapa tiba - tiba tengah malam buta orang tu cuba call & SMS aku?
4. Kenapa dia tak follow up sebelah siang kalau betul dia bengang gile dengan aku?
5. Aku tak kacau hidup sapepun hatta awek, bini atau jantan orang
6. Aku tak berdendam dengan sapepun, tak ade masa
7. Adakah ini rentetan kisah lama yang belum sudah - sudah?
8. Ke orang tu jealous dengan aku yang glam nih ?
9. Adakah itu hanya mainan mimpi?
10. Orang tu silap nombor ke atau dia tiba tiba mengigau?


Nombor telefon aku adalah 'recycle use', bermakna sebelum ni ada yang menggunakannya, pernah aku dapat SMS daripada sorang perempuan yang bagitau nombor yang aku pakai sekarang ni pernah dia gunakan dulu. Dan aku juga terlalu kerap dapat panggilan salah dail. Mungkin ini puncanya.

Yang pasti aku tetap terganggu dengan hal bodoh bin bangang tu, habis plan hari nih nak date dengan Ash tak menjadi akibat memikirkan siapa orang tu dan apa kesalahan yang aku dah buat. Ternyata aku tak tahu. Tak akan sesekali untuk aku call orang tu, buat apa?

Kalau orang tu bace apa yang aku tulis ni datang jumpa aku, kita berdepan, cakap ape yang tak puas hati, aku tak perlu takut dengan ancaman manusia banghal aka keldai yang bertindak mengikut kata hati tanpa menggunakan akal fikiran anugerah Allah swt. Fikir - fikirkan dan renung - renungkan, dan selamat beramal !!

Tiada ulasan: