SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

26 Oktober 2009

jom buat bubur kacang

Kisah benar yang bukan rekaan aka fiction nie adalah rentetan daripada kisah aku mengemas almari pakaian, ape kaitan bubur kacang dengan almari hanya aku jer yang tau. Entah macam mane tetiba teringat dah tengah hari kan, tapi perut masih kenyang sebab breakfast lewat sangat pekena coti canai dua keping pulak tu, so untuk lunch aku just masak yang simple. Apa menunye?? Haaa...ini la nak kabarkan pade korang...dengan bangganye aku telah menyediakan bubur kacang!! Ces, bubur kacang hijau, macam gempak je...


Pade sape - sape yang terase nak buat sendiri tapi tak tau cara penyediannya, so boleh la try sendiri buat bubur kacang ala Chef Nazrul Azat, yang sesuai dimakan sebagai pencuci mulut mahupun pembuka selera pada petang hari ataupun sesudah subuh. Senang seh dan tak sesuah nak masak air, hehehe...Memula tu aku nak buat bubur pulut hitam, tapi mase pegi kedai pagi tadi tak ade pulak dijual. Tengok pisang ada hati nak buat bubur pisang tapi aku tak boleh makan pisang sangat. Keladi dan labu pun ade tapi aku malas nak mengupas. Senang - senang capai jer kacang hijau. Abeh cite.


Ok puan - puan, nak buat bubur kacang hijau ni senang jer dan kos tersangat la murah, tak sampai 7 hengget pun tapi 10 orang boleh makan. Bahan - bahannye ialah kacang hijau 1 paket, sagu pun 1 paket tapi mase nak rendam nanti jangan la masukkan semua kang kembang plak dalam periuk mase dimasak nanti. Jangan lupe santan, nak senang beli yang dalam kotak, kalau nak guna santan fresh lagi bagus. Gula melaka jangan lupa ok, beli seketul dah cukup. Daun pandan mintak la kat akak jiran sebelah punye kat dalam pasu tu sehelai dua cukup dah untuk menyedapkan aroma bubur kacang nanti. Itu jer bahan - bahannya, senang tak?



Ini cara aku masak ok, memang very the express and instant, kalau cara mak korang lain kot. Cara aku nak memudahkan keadaan jer, janji sedap. Mule - mule, rendamkan dulu kacang hijau dan sagu di dalam mangkuk bersama air supaya cepat lembut. Agak - agak lepas setengah jam tu boleh la kacang hijau tu dimasak di dalam periuk bersama air dalam 4 gelas gitu sehingga lembut. Nak tau camne kacang hijau dikatakan masak? Kalau dah nampak isi keluar so dah masak la beb.


Lepas tu masukkan gula melaka yang dah dihancurkan menjadi ketulan kecil ke dalam periuk rebusan kacang hijau tadi. Nak guna gula perang yang dimasak berasingan pun no hal la beb tapi kene pandai agak la banyak mana, kang terlebih manis tak pun tawar pulak bubur kacang korang. Kacau hingga sebati.




Step seterusnya ialah masukkan sagu. Disebabkan sagu pun memang dah manis so pandai - pandai korang la control penggunaan gula melaka dan sagu, kang kencing manis pulak jangan korang salahkan aku, huhu...



Nak masukkan daun pandan awal - awal semasa merebus kacang hijau tadi pun boleh sangat. Bersihkan dulu daun pandan tu kang ade ulat kang makan ulat daun pandan pulak korang. Suka hati korang la nak simpul macam mane daun pandan tu jangan simpulan bahasa sudah.



Jangan lupe kacau ye beb, kang berkerak pulak kat dasar periuk tu. Dalam 5 minit kemudian boleh la masukkan santan. Satu kotak tu cukup la, kang berlebih santan boleh menambahkan lemak jer di sekitar tubuh badan korang huhu..



Aaaa...kan dah siap pun bubur kacang. Sape kata keje masak memasak ni susah?? Jangan lupa kacau dengan kerap, kang berkerak pulak. Inilah hasil bubur kacang hijau yang dah siap dimasak, nampak sedapkan, tapi jangan la belasah panas - panas, biar sejuk sikit. Kadar kalori untuk sehidang bubur kacang agak - agak dalam 400 ke 600 kalori, banyak tu beb. So rajin - rajin la bersenam lepas makan.





Selamat mencuba....

Tiada ulasan: