SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

18 Oktober 2009

Jom buat mee goreng

Disebabkan malam nih aku malas nak turun ke kedai, so dengan kerajinan tahap maksima aku bercadang untuk masak jer apa - apa benda yang ade dalam freeze. Nampak gayanye bahan cukup untuk aku buat mee goreng, so aku sediakan semuanye dalam tempoh tak sampai 5 minit, well...aku kan pro kalau pasal masak memasak nih hehehe...
 
Mungkin korang semua nak tau camne cara aku aku sediakan mee goreng kan ? Ha...korang dah jumpe orang yang betul, mee goreng yang aku sediakan ni lebih bermotifkan VEGETERIAN, aku kureng sikit makan daging maging nih kecuali ayam. Dan kadar kalori untuk satu hidangan mee goreng aku nih adalah di antara 200 sehingga 300 kalori, so lepas aku makan jer terus aku mendayung dengan rowing machine aku tuh untuk burn balik lemak yang dah aku telan.

Ok ok, berbalik pade care - carenye, memule tu korang kene sediakan bahan - bahannye seperti bawang putih, bawang merah, cili merah dan daun sup yang dihiris harus, nak letak daun bawang pun boleh jer cume aku tak beli plak tadi. Then, mee kuning sebungkus, taugeh agak - agak dalam 50 sen cukup kot, cili boh, sos cili sebarang jenama, tomato sebijik dua bergantung pade saiz, telur ayam gred A sebijik dan korang boleh la letak daging ayam, udang, kerang atau sotong ikut kemahuan masing - masing. Kalo nak buat mee goreng mamak lain sket la, itu korang pegi mamak la order wakakakaka....



kemudian, panaskan minyak di dalam kuali, goreng bawang dulu sampai naik bau



Lepas bawang dah agak - agak naik bau boleh le masukkan cili boh dengan sos, bergantung banyak mana sos dan cili boh korang nak taruh kalo suke pedas nak masuk satu botol dengan botol terus pun boleh hehehe...kalo korang nak masukkan sos tiram pun ok jer



Gaul mesrakan cili dengan sos, barang 2 minit boleh masukkan tauhu. Tauhu ni puan - puan (hehehe..,) kalo nak goreng dulu kemudian baru masukkan bawang pun boleh jer. Nak goreng asing then potong kecik - kecik dan dijadikan hiasan pun no hal, ikut selera korang la. Selain tauhu korang boleh gune fish ball dan fish cake. Bercakap pasal tauhu, korang kene berhati - hati le semasa membelinye, disebabkan ada tauhu yang berbau busuk dan ia boleh menjejaskan rasa mee korang plak nanti.
 

 
Agak - agak seminit dua tu boleh la masukkan mee kuning, kalo nak gantikan kuew teow, mee sanggul, bihun atau instant noodle no hal la beb.
 


Lepas tu kacau mee sampai sebati dengan bahan - bahan tadi. Kemudiannye boleh taruk telur ayam barang sebijik dua, biar kan kejap seminit dan kacau bersama semua bahan sampai sebati. 
 


Ok puan - puan, kalo nak gelapkan sedikit mee tu boleh le masukkan kicap. Satu hal pasal kicap nih, aku sarankan korang guna kicap lemak manis, dan aku tak berapa galakkan gune kicap pekat sebabnye kicapkan masin, silap - silap terlebih letak 'toyu' abeh itam dan masin plak mee gorengnya. Nak letak sos tiram pun orait !!
 

 
Haaa...dan nak siap dah nih, time nih kene perlahankan sikit api, dan masukkan sayur - sayuran ikut suke korang la, kalo bole biar le colorful baru nampak attractive untuk dimakan. Masukkan taugeh, cili merah yang dihiris, hirisan tomato, daun sup atau daun bawang dan kalau nak masukkan sotong pun sedap tuh, kalau aku nak taruk sotong aku memang sengaja masukkan kemudian sebab tak mau sotong jadi liat. Sotong kering jangan gune la sebabnye CAP dah laporkan yang ia boleh menyebabkan barah, wallahualam...
 

 
Lepas kacau mesra sebati semua bahan, biarkan sampai sayur - sayuran tu layu. Jangan lupe taburkan secubit dua garam dan kacau.


 
Uih...siap dah mee goreng, kalo korang nak makan panas - panas boleh le belasah terus tapi kalau nak sejukkan sikit biarkan kejap. Aku simple je tak de maknanye nak hias bagai, letak dalam pinggan, capai sudu garpu, letak sos atau kicap atau lada sulah dan....yummmy....
 

 
Peh, sedap seh mee goreng aku. Licin...
 

 
Burp...kenyang. Alhamdulilah.

Sampai sini saje rancangan "Kasi Goreng Sama Dia" bersama Chef Nazrul Azat. Daaaa.....

Tiada ulasan: