SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

03 Oktober 2009

kisah open house MPB & awek poyo

Hari ni Jumaat, bertarikh 2 Oktober 2009 bersamaan 13 Syawal 1430. Cepatnye masa berlalu dah pertengahan Syawal pun, entah sempat ke tidak aku ambik peluang untuk puase 6 Syawal. Sana sini asik open house jer. Pagi tadi aku wakilkan SERC attend meeting untuk Media Prima Open House 2009 pada 19 Oktober nanti dan department aku akan membuka gerai makanan yang bakal menghidangkan Pulut Kuning Nur Kasih dan tema open house tahun ini ialah 1 Malaysia. Department lain pun macam - macam menu dan pelbagai nama sempena program di channel Media Prima. Tahun lepas tema kitaorang 'GLAM' dan gerai kitaorang (Airtime Management Group) tampil dengan menu pulut kuning, lupe pulak aku apa nama drama TV3 yang AMG pilih, haa baru teringat, Ku Milikmu dan kitaorang menang 1st prize dan RM3k. Aku pun tak sempat nak merasa pulut kuning SERC tu yang dikatakan sedap hingga menjilat jari wa cakap lu beb, & on that day memang aku makan tak bape hengat dan posing ala - ala menang title Miss Universe, hihi...

Berbalik pade cerita open house tahun nie, hmm...aku sebenarnye tak ade idea dan tak berapa berminat nak beridea pada benda yang tak mendatangkan faedah pada aku, macam serik rasanya memikirkan kisah serupa kisah tahun lepas, penat bertungkus lumus tapi hasil dan nama dapat pade orang lain. Bukan aku jeles, at least penat lelah orang lain pun ambik kire jugak la. Tapi tahun ni kebarangkalian untuk AMG mempertahankan kejuaraan adalah tak mungkin, sebabnye pengadilan akan dilakukan dengan telus dan kali ni pulak NCA yang hosted the event, sah - sah la dorang ada chances untuk menang. Err...perlu ke aku kisahkan semua ni??

Lantak la malas aku nak fikir, yang penting sekarang aku nak cari jalan supaye aku keje malam on that day & tak payah terlibat dengan agenda macam tu. But how?? Macam mane dan what excuse aku nak bagi kat Encik Sulaiman Kasim selaku manager di Resource Center, Media Prima Berhad??? Korang boleh tolong aku tak???

Sambil buat keje la sambil aku mengetuk story ni. makin rajin pulak aku mengetuk sejak dua menjak aktif berblog, entah la mana datang kerajinan yang tak ade faedah ni tapi aku menulis bukan kerna nama....tetiba plak melagu. Aku just menjadikan TAGGED & blog aku sebagai tempat meluahkan isi hati, mengadu susah senang, menangis dan ketawa, ini la tempatnye tapi bukan aku kisah sangat sape nak baca, cuma kalau ade sesiapa yang sudi bace tu thanks sangat - sangat. Ash ade assignment kat KL, lately sejak dua menjak ni aku makin rajin mengayat dia. Harap - harap apa yang aku harapkan pada dia menjadi kenyataan, insyaAllah. Dan semoga aku tetap pendirian!!

Mase berjalan ke kereta untuk pegi solat jumaat tadi aku terpandang la notis saman pada setiap kereta yang parking kat tepi jalan depan Sri Pentas ni, memang setiap kereta kene saman tapi yang itu MBPJ punye saman bukan polis trafik. Aku pun tak tau la ape dorang ni tak makan saman ke ape main suke ati perut jantung hempedu dorang parking kat tepi jalan tu ape kaya sangat ker nak membayar saman? Entah kenapa aku jadi pemikir pade masalah orang pulak nih, biar la dorang asal tak kene kat aku sudah. Cume mengingatkan petang semalam mase nak balik ade satu adegan sorang awek yang ala - ala chantek di mana mase dia dan kawannye menuju ke kereta, dan - dan dia capai notis saman yang terselit kat wiper dan angkat setinggi - tingginya macam nak bagi semua orang tengok dan dia ramas kertas sekeping tu dengan rasa penuh bangga macam kertas tu ibarat daun kering yang gugur atas kereta dia. Peh berlagak siot aku tengok awek tu, rase sakit ati plak tengok dia buat macam tu, awat la dia lagu tu tak tau la nak habaq. Itu baru melanggar peraturan dunia nih, tak tau la pulak kalau - kalau dia rasa bangga diri melanggar peraturan yang Allah swt tetapkan. Terserah pada korang untuk menilainya...

Tiada ulasan: