SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

26 Oktober 2009

Pendedahan berani...

Inilah pendedahan paling berani pernah aku buat! Ni untuk bacaan orang dewasa jer...

Sabtu lepas aku terase seperti seorang bibik di rumah sendiri. Rumah yang dah sekian lama tak dikemaskan dan selerak cam tongkang pecah membuatkan aku menjadi rajin secara automatik dan fantastik!! Lepas mengemas di dapur (kat dapur tu ade kisah lain, tunggu ye aku khabarkan nanti) dan living room, aku lipat pakaian kering, banyak siut, jari - jari ku sakit semua kerana melipat pakaian ini, huhu...Satu masalah telah timbul, mane aku nak sumbat pakaian aku tu?? Ape kate korang tengok almari aku, jangan terkejut ok


So, what do you think?? So you think you can dance?? hahahaha...Ini la 'gobok' pakaian aku yang dah pack macam ape ntah. Macam mane aku nak masukkan pakaian yang dah aku lipat tu ke dalam almari yang dah penuh?? Patut la kerap sangat siaran ulangan, main capai jer mana yang paling atas kan, huhu...Termenung kejap aku menjangkau ke luar jendela...nak flash back nih. (background song - Caravansary by Kitaro) hahaha...



Almari tu aku beli semasa aku menyewa di sebuah rumah teres dua tingkat di seksyen 24 Shah Alam. Masa tu aku di rumah lain tapi barang - barang dah di rumah lain, saje nak stay untuk habiskan deposit rumah yang tuan tanah tak mo kasi balik. Dan aku pindah pun sebab dah dapat rumah yang lebih selesa. Petang tu Azhar call aku di office bagitau almari aku dimakan anai - anai. Gile siut baru jer beli dah nak jadi santapan serangga kurang asam tu. Balik jer dari office terus aku ke rumah tu dan tengok keadaan almari sambil mendengus macam lembu laga, sah memang anai - anai tengah menikmati kesedapan kayu almari tu. Dan - dan la aku pegi serang kedai perabot tempat aku beli almari tu di Seksyen 17 Shah Alam, kedai yang bertuankan seorang Singh. Aku speaking dengan dia nape hantar almari yang dimakan anai - anai ?? Dia menafikan la, siap bawak aku round satu kedai tapi aku bermati - matian nak tukar. Petang tu jugak babu dia hantar yang baru selepas mati kata dengan aku yang memang terrorist dalam hal berdebat nih. Dan sementara tu aku tunggu la di rumah, tengok punye tengok rupa - rupanya anai - anai tu memang dah berkubu di rumah tu. Hadoi, rasa bersalah siut, bersalah sangat - sangat kat Bai tu. Dorang tak bagi tau yang rumah tu sarang anai - anai, patut la bawah rumah tu kosong jer dan aku letakkan dulu almari di bawah sebelum bawa naik ke bilik. Aku bengang betul dengan diri sendiri, dan terasa nak hiyak dush - dush kapow... Sampai jer babu tu aku suh dia balik jer, aku bagitau yang aku bersalah, tak usul periksa dulu. Terpaksa la aku kutuk kaw - kaw Seksyen 24, sarang anai - anai. patutnye diberi nama Kota Sarang Anai - Anai jer, macam kat tempat aku ade tempat bernama Kota Sarang Semut, huhu...

Walaupun dah 5 tahun berlalu, almari ni tetap kuat, cume ada la holder yang tertanggal dek keganasan aku sendiri hehehe...Dan di rumah yang sekarang ni mau jer beli almari besar sikit tapi bile memikirkan yang aku stay di 'penthouse' dan tak ade lif pulak tu, maka satu penyeksaan la kalo nak pindah ke apa. Nak tak nak terpaksa le aku keluarkan mana - mana pakaian yang tak mau dipakai lagi dan masuk ke dalam kotak. Banyak jugak pakaian aku, bukan tak boleh pakai cume dah tak trendy, hehe...Dan disebabkan aku yang senang kembang dan kempis nih membuatkan aku kena selalu membeli pakaian baru. Camne nak maintain, asal problem jer melantak tak hengat, bile dah senang hati dan busy keje makan pun kurang dan berat badan turun, adoi, tak stabil la aku ni.



Dan daripada almari yang dah dikosongkan aku sumbat balik dengan pakaian yang nak digunakan saja, yang tak perlu masuk kotak dan simpan di tempat lain.

Tadaaa....


Kemas tak almari aku?? Lepas ni kalau full lagi tak tau la nak habaq lagu mana. Nak jer suruh Ash kemaskan, hehe...

Tiada ulasan: