SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

03 Oktober 2009

Plan - pelan

Sambil menunggu adik aku balik, sempat la aku mengetuk sambil layan Doraemon. Dah tak tau nak buat ape sebenarnye, nak sms Ash kot - kot dia otw pegi tapau bihun tomyam yang dia ketagihkan sangat tu, online di Tagged pun macam bosan, entah la nak buat ape. Rase nak tido awal lagi le pulak. Tadi aku ade belek - belek magazine lame, tetiba terpandang pada Maskulin edisi Oktober 2008, ade tajuk yang menarik untuk dibaca : PERSIAPAN PERKAHWINAN. Magazine tu macam tau - tau jer aku tengah memikirkan hal nikah kawen ni. Memang banyak benda aku kene fikirkan, bajet yang merangkumi mas kawin, wang hantaran, belanja itu ini gedebak gedebuk ting tong kebabo.... Uwaaaa....mampukah aku menghadapi semua itu???

Cume sekarang ni aku kene cari masa yang sesuai untuk bagitau mak. Kenapa la masa cuti hari raya tu aku tak ambil peluang untuk cakap pada mak akan niat suci murni aku tu? Lagipun mak tengah pening memikirkan banyak hal lain, nanti aku cari masa yang sesuai dan yang pasti masa itu sudah dekat. Akan aku pastikan 10 Oktober 2010 menjadi realiti. Come on Azat, u can do it !!!!

Tiada ulasan: