SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

10 Oktober 2009

Sayang seorang abang


Aku terpanggil untuk bercerita tentang adik bongsu aku, Zul Afiq Nizar, yang senang dipanggil Ijai. Sekarang ini menjalani latihan praktikal di Engineering Department, Media Prima Berhad. Kebetulan aku pun bekerja di tempat yang sama. Dia di sana sekarang ini (waktu aku menulis jurnal) katanya ada kerja di studio B.

Umur Ijai pada 20 Oktober ni cukuplah 19 tahun, dah besar panjang adik bongsu aku. Tapi pada aku dia tetap adik kecil aku yang selalu aku buli dulu. Memang dia tak senang duduk kalau aku ada di rumah. Ada saja yang mahu aku kenakan untuk membuatkan dia marah. Sampai sekarang pun aku tetap mengusik Ijai, tak pernah sudah sampai dia pun sudah terbiasa dengan taktik usikan aku. Kekadang aku selalu berfikir tentang Ijai, simpati apatah lagi, pada umur 17 tahun sudah melalui saat kehilangan ayah tersayang. Masa arwah ayah pergi aku berumur 27 tahun, usia yang sudah cukup matang untuk menerima hakikat dan redha dengan apa yang sudah tersurat. Tapi bagi adik aku tentu itu satu kesukaran apatah lagi arwah ayah pergi semasa dia bergelumang dengan exam SPM. Aku sudah mula rasa sebak!

Sejak lahir aku jarang sangat berenggang dengan Ijai, malah semasa kelahirannya aku jadi terlalu excited dengan kehadiran adik baru. Pertama kali aku melihat dia di katil bayi perasaan sayang seorang abang datang mencurah - curah, comel sangat adik baru aku. Dari hari ke hari aku membantu mak menguruskan Ijai, masa itu aku di darjah 5, mak membiasakan aku untuk menggantikan dan membasuh lampin kotor Ijai, dan aku melakukan semua itu dengan rasa ikhlas, rasa sayang yang teramat mendalam. Zaman kanak - kanak aku berlalu pergi tanpa aku sedar kerana asyik bersama Ijai.

Teringat lagi semasa Ijai melalui zaman persekolahan, semasa dia di darjah 1 aku yang kerap menemaninya di sekolah, pada hari pertama dia bersekolah tanpa aku sedar aku berdiri hampir 5 jam di luar kelasnya semata - mata untuk memastikan dia berasa 'secure' bersama - sama rakan sebayanya. Pada masa rehat aku akan memastikan makan minumnya terurus. Masa itu aku sedang menunggu result SPM, dan masa yang ada aku isi dengan menguruskan Ijai. Pergi dan balik aku dan Ijai dengan motor EX5 second hand yang arwah ayah beli purposely untuk memudahkan aku menjenguk Ijai di sekolah. Dan kerana motor itu juga aku berjaya dalam pelajaran aku. Tapi adakalanya Ijai refuse untuk memboncengnya, kata Ijai dia malu dengan kawan - kawan, motor tu buruk. Lantas pada hari itu aku berkecil hati dengan dia dan keesokan harinya aku tidak menjalani rutin itu, arwah ayah yang mengambil alih. Mungkin arwah ayah tahu aku orang yang mudah tersinggung walaupun pada hal yang remeh. Tapi aku tidak sanggup menyusahkan arwah ayah yang mengajar di sesi petang, aku mahu arwah berehat saja di rumah bersama mak, apa gunanya aku kalau tak menolong orang tua. Tak perlu aku mengambil hati akan kata - kata Ijai yang belum mengerti apa - apa.


Selepas hari persekolahan kebiasannya aku akan bertanyakan Ijai apa yang dia pelajari di sekolah dan Ijai tidak putus - putus bercerita. Katanya ada kawan baru, cikgu yang baik dan garang, malah ada nyanyian. Sudah memang sikap aku yang suka mengusik, aku memaksa Ijai menyanyikan apa saja lagu yang dia pelajari. Aku cukup geli hati melihat gelagat dia, biasalah pasti ada pelbagai 'action' mengiring nyanyiannya. Sampai sekarang aku tak boleh lupa.

Sebelum dia menjejakkan kaki ke sekolah lagi aku sudah mengasah pengetahuannya dengan abjad dan nombor, walaupun tidak ke tadika tetapi Ijai tak ketinggalan malah mendahului kawan - kawan sekelasnya yang kebanyakannya ke tadika. Ijai sudah mahir dengan ABC pada usia 4 tahun, mudah baginya untuk mengingati jika diiringi dengan nyanyian. Selepas setengah tahun di darjah 1 aku tidak lagi dapat menemai Ijai kerana melanjutkan pelajaran ke form 6. Dan tugas itu diambil alih oleh arwah ayah dan adik - adik kembarku yang berada di darjah 6 di sekolah yang sama. Semasa aku di darjah 1 aku sudah mula berdikari, abang long seakan mengabaikan aku, dan itu sudah cukup mengajar aku erti keberanian dan berpijak pada kaki sendiri. Itulah sebabnya aku lebih selesa dan biasa berseorangan. Seingat aku, Ijai amat jarang aku pukul, cuma sesekali terpaksa meninggikan suara kerana kedegilannya. Cukuplah aku saja yang paling kerap mak pukul, kadang - kala sakit bukan kepalang, aku tak mahu adik - adik aku melalui perkara yang sama. Kerana tangan mak dan arwah aku berjaya, dan aku juga mahu adik - adik berjaya dalam hidup masing - masing, tanpa dipukul.

Apabila berjaya ke UiTM, timbul rasa sayu untuk berpisah dengan Ijai. Seminggu sekali aku menelefon mak dan pastinya suara Ijai akan aku dengar dulu. Aku tak pernah berasa susah kerana dia, walaupun adakalanya berasa kesempitan. Tapi sayang abang pada adik mengatasi segalanya. Biar aku bersusah payah kerana itu tanggungjawab aku untuk memastikan Ijai berjaya dalam hidup. Kini dia belajar di Politeknik Sultan Abdul Halim di Kulim Kedah. Alhamdulilah adik aku yang pertama bertugas di situ, dan tidak timbul sebarang masalah bagi Ijai. Dan sekarang dia tinggal bersama dengan aku dan latihan praktikalnya akan tamat Januari nanti, pastinya aku akan keseorangan lagi dan akan merindui Ijai, adik bongsu yang amat aku sayang. Dan aku tetap sayang pada tiga orang adik yang lain. Cuma pada abang sulung aku, entahlah. Dia tak pernah berubah. Kami berlima seakan orang asing pada matanya. Aku sendiri amat merindui kasih sayang seorang abang. Kerana itu aku mahu menjadi contoh pada adik - adik dan menyayangi mereka berempat selama - lamanya. InsyaAllah.



Tiada ulasan: