SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

15 Oktober 2009

Semalam sejarah idup gua la beb

SEMALAM SEJARAH IDUP GUA CAKAP LU BEB!!!

Semalam bertarikh 14 Oktober 2009 bersamaan 25 Syawal 1430, hadoi...kusangkakan semalam hari yang indah bagai di syurga rupanya ke'sangap'an datang menimpa! Uwaaa...kenapa la nasib aku malang sangat.

Awal pagi lagi adik aku dah keluar, dijemput abang Jai, seminggu ni memang masanya habis di PWTC jer untuk preparation persidangan UMNO. Kesian betul budak tu, bukannye dapat elaun tapi terpaksa keje bagai tak cukup tangan macam orang bergaji. Tapi tak ape la sebab katanya makan memang tak hengat kat sana. Aku ade suruh dia usha ape - ape barang kalau boleh dibeli nanti. Aku pun tak tau ape yang dijual suka ati dia la nak beli ape. baju UMNO pun ok pe, hihihi...

Semalam aku keluar pegi keje macam biasa, 8am gerak. Nampak gayanye ujan turun sejak malam lagi, dah reda pagi tu cume renyai - renyai jer, apsal la tak hujan cats & dogs jer syiok jugak kereta aku mandi free hahaha...Tapi jam semalam memang lahanat sungguh la, mana pun hari Rabu, hujan pulak, mana tak merangkak jer semua kereta. Bayangkan aku keluar dari rumah tepat 8am tapi sampai sejam kemudian padahal jarak dari rumah ke office cume 7km jer. Lahanat siut!!




Sampai office terus aku buat keje, nasib baik news tapes dah QC dan - dan la aku henjut masuk MVTR. Nasib baik la keje smooth jer walaupun stress nak buat logging untuk Buletin Utama, perah otak meh nak discribe satu - satu clip. Ibaratnye aku dengan Wan macam dah di dunia lain, khayal jer. Tak pekena estacy pun high lebih pade high wa cakap lu beb, haha lalok seh.

Semalam birthday Emi, so ade la suprise party untuk dia. Kesian Emi, dah keje 6 tahun di RC baru itu kali la birthday beliau disambut. (ces beliau seh) Aku pernah la sekali dorang buat tapi awal sebabnye 1 mei kan cuti, at least dorang hengat jugak kat aku ni kan. Thanks la kengkawan semua.

Ni la klimaks jurnal aku nih nak habaq mai. Aku dah sampai ke kereta dengan bebudak lain tuh, terus hidupkan enjin, nak - nak tak mau hidup pulak kan. Pehal la pulak kereta aku nih? Nah hambek hang Azat, bateri kereta kong!! Nasib baik Lanz ade lagi, sempat la aku mintak tolong, terus kitaorang pegi petrol station angkut jumper. Then charge kan daripade bateri kereta Lan ke bateri kereta aku. Memula tu tak tau cane nak guna jumper tu, nasib baik le ada bro kereta Waja kaler ijau pucuk pisang tu lalu dan - dan lanz panggil. Dia la yang tunjuk cane nak pasang. Aku pasal kereta nih memang tahap piawaian bangang la, pengakuan berani beb. Alhamdulilah idup jugak akhirnye kereta aku, tapi kene la ke kedai cari bateri baru sebabnye itu bateri kering, alang - alang tukau terus kan dah lama gile aku tak bikin ape - ape pada bateri tu sejak beli. Patut la sesekali tu ada la tanda - tanda bateri weak. Rupanye riwayat idupnye nak abes semalam. Thanks la pada semua yang membantu, sungguh - sungguh dihargai.




Then, nak dijadikan cerita aku follow belakang kereta Lan kalau - kalau kejadian tak diingini berlaku, misal kate kereta aku mati tengah jalan uwaaaa tobat aku tak tau nak buat ape. Nak jer aku baring tengah jalan buat - buat pengsan, ahaks...

On the way, tetiba aku dengar ade suara perempuan ala - ala big size shouting at me, cam familiar jer suara tu, tengok - tengok sebelah kiri jalan rupa - rupanya si Mijun. Nak ke mana entah pompuan sihat tu, lama jugak le tak jumpa dia. Mujun mijun....

sampai kedai servis kereta tu dengan pantas aku tanye tokei kedai berapa gamaknye harga set bateri baru, katanya rm 200 lebih, aku mintak kurang la gile weh mahal siut harganya, boleh aku gune buat beli hadiah birthday Ash. Dapat kurang ke RM200 jer, have to la tak kan nak pegi kedai lain pulak. Nak tak nak pasang je lah. Lepas settle aku balik rumah, baut apa yang patut dan sempat aku buat nasi goreng, malas gile nak pergi kedai beli lauk. Peh sedap pulak nasi gorengan aku nak jer aku abeskan semua, pelahap sunggup. Tapi kesedapan nasi goreng aku tu memang world!!

Lepas online kejap di Facebook, Tagged dan check email, dah mule rasa mengantuk. Sempat la aku upload video suprise birthday party Emi yang aku capture. Adik aku sampai di rumah, nampak sangat letih. Terus aku suruh dia makan dan sambil tu aku tanyakan apa yang dia bikit kat PWTC sana. Dia cakap kat sana makan memang tak hengat. Sentap !!

Ngantuk jer rasanye bijik mata aku yg chantek nih, terus aku melingkar atas katil, sempat la sms si Ash dan Bro Abadee. Tetiba teringat yang lewat malam kang ade Sundel Bolong. Nak tengok di office tak sempat terpaksa le layan di tv jer. Tapi mata aku dan ngatuk tahap gaban, adalah lebih aku tido, zzz...

Sure korang tertanya - tanya kan apsal bateri kereta aku kong, sebabnye....aku tak tutup lampu kereta meh. Kan awal pagi mase aku keluar ke office ujan, kononnya utk safety bagai lampu aku nyalakan, nak - nak sampai parking aku lupa tutup. Padan muka kau Nazrul Azat, weeekk.. Sebab dah lewat aku fikirkan nak jage reputation aku yang tak pernah lambat sampai office tapi hal lain aku tak amek kisah. Moral of the story, sebelum keluar dari kereta, sila pastikan lampu, radio, aircond dan sebagainya dah ditutup. sekian berita untuk kali ini, terima kasih.

Tiada ulasan: