SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

27 November 2009

22.11.2009

22.11.2009 – Ahad


Hadoi…lelah rasanye lepas settle kan keje surirumah tangga nih. Melipat kain, mengemas rumah, pakaian yang disidai di luar belum kering, banyak tuh nak dilipat, minggu depan la sambung, ahaks. Sambil melipat kain tadi aku layan lagu – lagu ala menusuk jiwa & raga aka jiwang. Lagu yang berkumandang sekarang ‘Curiga’ sung by Ning Baizura. Tadi lagu ‘Janji Palsu’ sung by Wan Hardiah, tadi – tadi lagi ‘Ramalanku Benar Belaka’ by Umbrella, tadi – tadi – tadi lagu Samson entah ape title tak ingat. Apesal jiwang karat sangat hari nih tak tau le gamaknya.

Sebelum semua – semua tu tadi aku layan Indonesian songs, daripada zaman Broery Marantika sampai la ke zaman Matta. Nak karaoke kang tak pepasal ribut topan walaupun tak dinafikan suara aku boleh tahan tapi baik tak payah, kang ada jer yang tak puas ati sama – sama memekakkan suasana hari ahad nih lalu menyebabkan hujan melanda dengan selebat – lebatnya, ahahaha.




Aku sensorang jer di umah nih, adik aku si Ijai tu pegi Seri Pentas 2 kat Plaza Alam Sentral ade keje setting up equipment, kan malam nie live My Starz LG yang tak berape happening tu, pening ade la. Tak habeh – habeh program singing competition. Lantak la, masalah nye melibatkan archive jugak. Program tu live pukul 2230pm, nak tak nak sape – sape on duty shift M kene la tunggu untuk record masuk ke server. Kalo esoknye tak keje ke or bole masuk lewat tak ngape, ini kene masuk 9am jugak, tak ke kesian sape – sape yang stay jauh macam si Ain tuh. Kang terlepas rekod CVTR pun lupe nak rekod mane nak cari back up copy?? Lu pikir la sendiri.

Aku tak ade apa – apa agenda untuk hari ahad yang sangat berbahagia nih. Kat luar tuh mendung tak bererti hujan. Rest jerk at home dah esok keje bagai nak gila. Rase siok tengok umah bersih berseri, orang cam aku ni la patut dibuat laki, rajin buat keje umah, ehehehe…masuk lif tekan sendiri daa…suke aa, sebok jer.

Karang nak pegi kedai beli barang – barang untuk dimasak buat dinner nanti, ape pun dah tak ada di dapur tuh, paham jer la dah ujung bulan nih poket pun cam surut jer, jimat la setakat mana yang boleh. Lagipun aku kene banyak menyimpan, kan tawon depan cam dah sampai seru jer untuk jadi laki orang. Laki sape? Laki Ash la tak kan jadi laki Hamidah Wahab kot…

Ash baru SMS, katanye demam. Hmm…kalo dekat mau jer aku pegi Kajang & buat ape yang patut. Demam sebab injection ari tu le gamaknya. Dah semalam plak dia dengan 3 jantan pegi tour de Melaka. Aku risau jugak, nama pun orang yang aku loving like crazy. Harap – harap dia ok la udah end of this week adik dia kawen. Aku plak tak free, tak dapat le join majlis tu dengan angan – angan nak tunjuk rajin depan bakal mertua, huhu…

Aku harap minggu ke-47 bermula esok akan berlangsung dengan baik tanpa ada sebarang masalah. Dah nak abeh pun tahun 2009 nih,macam – macam hal berlaku. Timbul idea nak ketuk jurnal pasal rangkuman kisah sepanjang tahun nih, karang la sebab banyak benda yang jadi. Buat carta terhangat pun ok jugak. Ada lima minggu lagi, 2010..tunggu…aku cabar kau!!!!

Tiada ulasan: