SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

27 November 2009

23.11.2009

23.11.2009 - Isnin


Dah masuk ke minggu ke 47, hari Isnin, dan aku dah mula rasa macam bangsat, kelam - kabut pagi - pagi lagi kerana tuntutan kerja. Tapi pernah kah aku kelam kabut untuk mengingati Tuhan??

Semalaman aku menanggung sakit perut entah apa punca, at last dapat jugak tido entah jam berapa. Lepas Ijai balik 1 pagi lebih kurang aku terus mengular atas katil, konon nak lelap tapi perut makin memulas. Agaknye kari mamak tu punye pasal. Sampai sekarang masih rasa pedih. Ini pun belum sarap lagi, karang dah makan kalau sakit lagi maka bertapa la aku dalam bilik kecik tu.

Kene buat ingest legacy sepanjang minggu ni, nak kata siok ke benci tahap gaban ke nak tak nak kene la buat. Aku kan kuli batak jer, kena la sedar diri. Berebut 3 orang buat legacy, mesin ada 4, sesuatu yang aku cukup menyampah ialah berebut buat keje. Tak aman rasanya kepala otak, kan bagus kalo keje malam, tak pening kepala nak kisahkan orang lain. Pukul 2 petang karang ada IBS pulak, hadoi tak abeh - abeh. Aku guna MVTR3 pulak, sakit la.




Aku tetap mendoakan hari Isnin nih akan berlangsung dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Bukan nak temberang, kalo Isnin nih ok jadi sepanjang minggu ni ok la mood aku. Susah jugak keje ikut mood, ape nak buat dah aku macam tu. Lega dapat keluar awal datang keje, jalam smooth jer tak banyak kete, may be sebab cuti sekolah dah mula. Untung jugak Ijai masuk lambat ari nih. mungkin esok pun aku nk suruh dia naik motor jer, aku kene cepat datang opis settle kan keje then bole blah awal, malam esok kene hantar dia ke Jalan duta. bas 1230 am pulak tuh, 25 aribulan keje pagi, belasah jer la kan ramai dah cuti raja aji rabu nih. Kesian kat aku, dah bape kali raje aji tak balik, huhuhu...

Skang baru pukul 1208pm, aku sakit kepala pulak. Banyak keje lagi kene settle, ingest pun kene pulun, kang 2pm dah kene naik ke IBS training room, tak sudah - sudah la menatang tu pun. Mase datang awal - awal pagi tadi aku terus buka email yahoo, then on YM, ade la orang tuh kan activate his YM on the phone. Tak lama lepas tuh aku tengok balik, mamat tuh dah offline. Cam la aku gian sangat nak kacau, tak hengen la. Ingat aku sesuatu macam ko ke?? Blah la weh.

Merana sungguh la aku menahan sakit kepala time tengah training IBS, hadoi rase nak muntah ijau pun ade. Nasib baik sempat pi klinik telan SYNFLEX sampai overdose. 6pm sharp aku blah, nasib baik la aku tak lupa nak off lampu kete kalo tak abeh la kene jumper lagi.

Dinner aku pekena nasi kukus yang aku tapau kat seksyen 6, peh sedap seh cam tak cukup plak sebungkus. Then layan National Geographic kat RTM1, pasal kucing. Comelnye kucing - kucing tu cam nak jer bela sekor tapi tak bape sesuai la bela kat umah penthouse nih, buat seksa binatang jer.

Lepas Isyak aku terus padam, dah tak tahan sangat menanggung sakit kepala nih. ZZZZZZZZZZZZZZZZ...

Tiada ulasan: