SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

05 Disember 2009

Aidiladha & Nur Kasih episod akhir

27.11.2009

Hari raya Aidiladha, dan aku kene keje!!! uwaaaa...Dengar takbir raya pun cam tak semangat jer huhu..Tak ngape, aku kan big boy dah bukan masanya nak meratap sedih bagai. Datang keje pun dengan sedikit perasaan yang macam tak ade perasaan (camne tuh?). Nampaknye aku sorang jer yang berpakaian raya sedangkan bebudak lain simple dan santai, dengan pantas la aku tukau, nasib baik ade bawa baju salin. Rasa sungguh berterima kasih kepada kawan - kawan office dan aku ingin memberikan kredit kepada mereka di sini - MR RAHIM LLIN, NURUL AINI, NURUL AKMAR RAZEHAN, HANZALAN DAN SAIFUL AZHAR kerana sudi membawa juadah hari raya, peh sedap nye rendang masing - masing, lapar beb, cafe mana bukak raya - raya cani. Sambil buat keje berkali - kali aku call mak tapi tak berjawab, mane mak aku pegi nih? Tolong orang buat qurban ke? Cuak jugak aku mana tau ade terbuat salah ke sampai mak tak nak cakap. Akhirnye mak sendiri yang call, katanye tak dengar fon berbunyi ramai sangat di rumah tu. Leganya hati aku bila dengar suara mak.

Balik dari opis terus jer aku prepare untuk masak, janjinye semalam nak siapkan semua jadi boleh la bawa sikit ke opis, tapi sampai umah jer terus online tak ingat dunia, sedar - sedar dah pagi. Kesiannye kat aku, masak sorang - sorang dan makan pun sorang - sorang. Selesai siap semua tu sempat la melayan FB & TAGGED sambil tengok Nur Kasih episod berapa ni ek yang repeat 725pm dari selasa sampai jumaat tanpa iklan, dan saat yang ditunggu pun tiba, Nur Kasih episod akhir. walaupun dah tengok di opis berapa ratus kali entah tapi tetap jugak nak tengok di tv. Berhantu betul cite tu ye.



Sedikit frust bila menonton episod akhir nih, macam yang aku cakap awal - awal tadi walaupun dah tengok tapi tetap nak tengok lagi. Apa yang paling aku hangen ialah betapa tak dramatik nye cara Nur dan Adam berjumpa semula dalam keretapi. OKOK aku cerita dari mula ye, Aliya masih terus memujuk Aidil untuk memperisterikan Nur dan Aliya rela dimadukan, tapi Aidil menolak dengan baik atas alasan Aliya hanya satu - satunya wanita di hatinya (tapi dalam hati cam nak kan, hehe sempat aku carut). Satu petang tu si Sarah datang menemui Nur, dan scene tu berlangsung di dapur. Entah hangen Nur tak baik kot period ke apa menyebabkan kehadiran Sarah tak berapa dipedulikan, dan Sarah terus menyucuk si Nur dengan mengatakan Aliya tetap ada agenda sendiri untuk menyatukan Nur dan Aidil dan ia menimbulkan kemarahan Nur lalu sarah dihalau pulang akibat sikap buruknya memfitnah Aliya. Sarah pulang dengan perasaan bercampur baur, setibanya di rumah Sarah terus meluru dan melanggar mak nye dan berkurung di dalam bilik. Mak nye terpinga la apesal anak aku tu, dan - dan abang aji balik dan Sarah kene lecture dek bapaknye untuk menyedarkan dirinya yang berhati busuk. Aliya mengajak Nur pegi soping bagai, memula Nur menolak tapi Aliya berjaya gak hasut si Nur (ahahahaha jahatnye aku). Tanpa disedari Sarah mengekori dorang, dan on the way Nur nak keluar dari kedai pakaian wanita muslimah yang terletak kat jalan ape ntah di Tanjung Karang tu si Sarah menyapa Nur, dengan hajat untuk meminta maaf. Tai Nur rasa hangen jer dan menegaskan si Sarah saje jer nak sakitkan hatinye nak tengok dia dan Aliya gaduh dan juga menegaskan yang dia dan Aidil tidak sama sekali akan berkahwin seperti yang ditakuti Sarah. Dan - dan la Sarah blah, tetiba jer depannye ada dua mamat tengak mengusung cermin besar, nasib baik dia ngelak tapi nasib tak menyebelahi dia apabila sebijik moto yang dibonceng mat rempit hampir - hampir melanggar sarah dan nasib si Sarah memang ditakdirkan malang apabila dia terlanggar cermin yang dibawa mamat tu menyebabkan dia dihempap cermin. Apa lagi terkejut beruk la si Nur. Dalam scene yang lain ade flash back cane si Adam ditangkap pengganas yang hijack Hotel Taj Mahal tuh yang sebenarnye terletak di area sini je, pandai betul Khabir Bathia menipu hehe...Adam ditangkap pengganas sebab gagal melarikan diri akibat kakinya yang capik. Itu sebenarnye flash back mamat India yang try to help Adam to escape but he failed huhu...Lepas beberapa bulan si Sarah pun sembuh, kat pangkin rumah dorang si Nur menyuapkan si Sarah. Kerana telah menginsafi perangai yang busuk hati, si Sarah meminta Nur mempertimbangkan permintaan Aliya untuk menyuamikan (hehehe) si Aidil, kerana hanya Nur yang layak buat Aidil sejak NUr berumur 18 tahun lagi. Tiba plak satu scene di mana Adam berada di dalam gua sedang bersolat, dan Adam terus berdoa agar dia selamat daripada marabahaya, tetiba jer dia terdengar bunyi tembakan dan Adam menjadi trauma, dan secara tiba - tiba juga dia terdengar ada orang memanggil dan Adam menyahut, alhamdulilah akhirnya Adam berjaya diselamatkan oleh pasukan keselamatan India. Beralih ke scene yang lain pulak, entah kenduri ape plak kat umah si Nur yang aku tak tau hala tuju dia, tetiba si Adam sampai di laman rumah dan Adam terdengar perbualan dua orang makcik kepoh yang suke jaga tepi kain orang mengatakan Nur akan kawen kot dengan Aidil tapi Adam tak dengar abes, terus dia blah dengan perasaan yang hampa huhu...Nur tiba di stesen keretapi KL dengan abahnye, dan di sana jugak Adam tiba untuk menaiki keretapi jugak ke destinasi yang dia sorang jer tau. Tetiba pak aji melihat kelibat seseorang dari belakang yang mungkin macam dia kenal. Nur pun naik keretapi ke destinasi yang tak dinyatakan. Dalam keretapi tuh Nur terperasan ade sorang mamat yang look alike lakinye Adam. Nur termenung, dan muncul la Adam menyapa Nur lalu bertemu la semula sepasang suami isteri nih dalam gerabak keretapi. Memang aku nak kutuk kaw - kaw scene nih sebab sangat tidak dramatik, kan si Khabir Bathia nih seorang director yang bagus tapi tak kreatif untuk memberi impak pada scene yang ditunggu - tunggu semua penonton. Nur dan Adam pulang ke rumah, dan disambut oleh ahli keluarganye dengan perasaan yang meruntun hiba, aku pun sedih gak part nih. Scene seterusnya ialah keramaian di rumah si Adam, dorang celebrate raya aji kot, kebetulan plak ari nih raya aji, tetiba si Adam keluar dan disedari Aidil, dorang pun berbual di tepi rumah, sambil diperhatikan Nur dari belakang. Adam dan Aidil saling berterima kasih antara satu sama lain. Scene terakhir memaparkan perjalanan dua beradik nih si Aidil dan Adam menemui ayah dorang, tetiba kaki Adam terbenam dalam pasir, dan dengan semangat yang jitu untuk mendapatkan bapak dorang dia gagahkan diri dan bersama - sama Aidil berjalan menemui bapaknye. End of story...

Komen aku untuk drama bersiri 'NUR KASIH' ni, satu cerita yang bagus, kalo tengok ramai - ramai sure standing ovation siap mexican wave lg hehe, jarang ada drama yang macam nih dan punyai followers yang berjuta especially di kalangan makcik - makcik termasuk la mak aku. Tahniah Khabir Bathia and the team, keep it up. Kalo nak buat sambungan pun bagus gak, ada banyak plot cerita yang boleh ditokok tambah sampai aku sendiri dah berfikir dan merangka camne plot cerita seterusnya untuk buat Nur Kasih 2. Tapi kan beb, ade banyak kelemahan yang aku kesan daripada episod awal lagi, biasa la manusia tak sempurna, hanya Allah swt yang maha sempurna. Hope ade lagi drama terbaik macam nih di TV3, tunggu tayangan ALIFF FIRDAUS ye, hanya di TV3...

Tiada ulasan: