SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

05 Disember 2009

Antara Tahajjud Cinta dan Manja

04.12.2009

Owh, hari yang sungguh mencabar, dengan mata yang pedih dan merah membengkak di sebelah kanan (aku tak mengintai Hamidah Wahab ok), keje kene jalan jugak. Nasib baik la last day keje. Tanpa membuang masa tepat 9am aku terus blah, baik balik cepat daripada lepak lama - lama di opis kang ade jer mulut - mulut jahat sok sek itu ini. Plan untuk OT malam karang terpaksa aku cancel disebabkan keadaan diri aku yang dah terlalu letih, duit boleh cari tapi kesihatan aku kene jaga jugak.

Dari semalam aku asyik sangat layan lagu Siti Nurhaliza yang terbaru 'Tahajjud Cinta' Peh insaf jer aku dengar lagu tu, berkali - kali rase tak jemu. Sampai tertido dibuatnye, huhu...



Sampai di rumah aku tengok si Ijai terbongkang kat hall, keletihan la tu semalam kan ada reheasal Anugerah Skrin, sure masuk lambat hari nih. Dan nasib baik jugak aku belikan extra nasi lemak, kalo tak satu hal pulak nak kene masak atau keluar balik beli sarapan buat tambah.

Yang aku utamakan dulu si Manja, nasi putih bergaul ikan tongkol rebus menjadi santapan si Manja setiap pagi dan malam, kan senang cite kalo dia mamah biskut kucing tu jer tak de nye susah payah aku nak merebus ikan then sediakan nasi, hadoi satu hal sungguh.

Tetiba senyap jer, mana tak berbunyi si Manja ni lepas adik aku keluar. Satu rumah aku selongkar entah mana si Manja menyorok, risau weh dah Oloi amanahkan pada aku untuk jaga Manja baik - baik. Nak kata dia terjun ke bawah ikut tingkap nako tak de plak dah aku tutup rapat pun. Sampai putus asa aku mencari. Tak boleh jadi, kene cari jugak, akhirnya aku jumpa si Manja terperosok di celah - celah pakaian lama yang aku simpan dalam kotak di bilik belakang, hadoi kucing sekor nih bikin panas betul.

Malamnye dengan mata terkebil - kebil menahan mengantuk akibat tak boleh tido langsung dari siang hari, melayan la kaku sorang - sorang Anugerah Skrin. Kesimpulan yang boleh aku katakan ialah, satu majlis anugerah yang macam tak perlu jer, macam anugerah syok sendiri. Nasib baik Afdlin Shauki dan Fara Fauzana yang bertindak selaku compere agak menghiburkan. Dan tak sangka drama 'Tersasar Di Jalan Mu' siaran RTM menjadi drama terbaik, aku pernah tengok drama tu yang berkisar tentang kehidupan di lorong belakang, memang satu drama yang ada kualiti walaupun tak ade commercial value. Thumbs up for Erma Fatima.

Anugerah Yasmin Ahmad awarded to Jaclyn Victor, satu lagi award yang macam tak perlu. Banyak sangat kelemahan ASK kali nih, Dato' Farid, please do something. Tema dah bagus tapi ketara kelemahannya yang walaupun kecil tapi mencacatkan majlis jer. Bila tengok ending credit, suprise bila nama Ijai ada, good for him. Part yang aku sedikit enjoy nengok ialah performance Datuk Siti Nurhaliza, superb!




Ape lagi, jom tido la selepas hampir 24 jam tak meniduri diri sendiri, huhu....

1 ulasan:

ezam berkata...

antara manja dan tahjjud cinta.....of koz lah tak pilih datuk K....hhahahah xde kaitan...baideway album nih mmg best..aku sangat suka.......

*tapi xbelilah.donlod jer..hahahahaha*