SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

07 Disember 2009

Ash angau kat aku?

06.12.2009

Hari Ahad kali nie berlangsung dengan betapa tak best nye, plan aku nak nonton movie dengan Ijai tercancel dengan sendirinya akibat penyakit lama datang kembali, dua bijik mata aku yang ayu dan jelita nih merah dan gatal memanjang sehinggakan aku rase cam nak cocok dengan garfu persis si Kasim Selamat, huhuhu....

Cam besh jer aku tengok keramaian yang mengerumuni Stadium Bukit Jalil sempena Jom Heboh, ah aku sendiri bukan jenis yang suka pegi ke tempat yang pack cam tuh, udah la berpanas, bersesak, bergesel sana sini. Kang ramai lak yang cobe mencabul kehormatan aku ahahaha...Last time aku pegi event yang sama ade la dalam 5 tahun lepas dengan bebudak umah, at that time aku baru jer keje dengan Media Prima, cam sangat excited jer bila pegi sana, tapi sekarang tak adanye aku nak buang masa kat tempat camtu, busan...

Disebabkan Ijai ada di rumah ari nih, so aku kene la masak lauk tengah ari, tadi pagi pegi beli sarapan jer malas ah nak masak tak pernahnye abeh. Lauk yang aku sediakan cume kurma ayam dan sayur campur goreng (cume kan, sangat melampau), pekena dengan nasi panas plak, peh sedap tak hengat. Sejurus lepas melantak aku tido tak hengat dunia, itu la keje aku sejak dua tiga menjak nih. Bangun jer tengok diri di cermin, mak aih dah rupa bapak gorila...wakakakaka

Sebelum maghrib aku mandi, tetiba jer aku jadi semput, tak boleh jadi nih apesal aku sesak nafas tetiba jer. Takut jugak aku kalau jalan jer tetiba...Dan - dan aku bersiap pegi klinik, sebenarnya dari hari jumaat lagi aku dah camni. Di klinik doktor just bagi antibiotik dan ubat asthma, ape kejadah aku kene telan ubat asthma plak aku ade penyakit tu ke? Adakah semua ini berpunca daripada Manja?

Dari klinik aku terus gerak ke Kelana Jaya, Haziq nak jumpe ada hal sket. Aku tak le keberatan cume terlepas nak tengok konsert Jom Heboh, nak tengok Datuk Siti Nurhaliza perform.



Setibanya di tempat kejadian, Haziq dan isterinya Danisha dah ade pun kat dalam restoran Syed Bistro. Lupe plak aku nak beli hadiah kawen dorang, udah le majlis kawen dorang aku tak pegi. Ade ape sangat nak borak pun, just nak bagi dana dan dorang seems kepenatan baru sampai dari majlis kawen Nurul Aini di Batu Gajah, Perak. Menyusul kemudian si Azizi dan Asyikin. Dorang semua plan nak konvoi ke Jerantut 26 December nih untuk attend kenduri Kawen Hafiz. Aku nak pegi cemana kan aku koje.

Sampai di rumah aku melantak dulu sambil layan konsert Jom Heboh yang tinggal ending credit jer, kempunan nak tengok Siti nyanyi. Layan Supernatural jap then zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

Jap jap tak abeh lagi, aku agak terkesima dengan SMS daripada Ash. Katanya ape yang dah aku buat sampai Ash angau kat aku sepanjang ari? Adoi, betul ke seperti apa yang diperkatakan? Owh my darling, I SAYANG U....menjadi yek jampi serampah bomoh tu hahahahahaaaa.....nauzubillah !

Tiada ulasan: