SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

05 Disember 2009

Bape kali keje dan tido daa

03.12.2009

Hadoi, tak boleh tido pun siang tadi. Alamatnye malam karang tido sambil buat keje la gamaknye. Rutin yang sama seperti semalam, keje malam dan balik pagi lalu tido. Cuma bezanya malam nih aku keje sorang, Rahim dah start cuti, Wan yang sepatutnya datang keje malam tapi akibat tak tahu status waktu keje Wan datang pagi, apesal la dia tak tanya aku. Sampai dah keluar emel daripada bos yang tersayang. Pagi tu Oloi datang bawa kucing seperti yang dijanjikan. Sebenarnya dengan perasaan bercampur baur aku menerima anak angkat aku tu daripada Oloi yang tak mampu lagi memberikan komitmen disebabkan mengandung dan mahu menjaga kandungannya. Kucing yang bernama Manja dan berwarna oren aku bawa balik dengan perasaan gembira bercampur risau dan susah hati. Terdesak sangat kah aku nak bela kucing nih?

Singgah Giant dan beli keperluan untuk kucing, sampai rumah jer kucing tu aku dulukan walaupun terpaksa menahan mengantuk. Selepas keadaan agak stabil, aku tido, membiarkan si Manja mengenal keadaan rumah dulu.

Petang bangun, bersihkan diri, masak nasi, pegi beli lauk, online, layan Nur Kasih, cuba lelapkan diri namun usaha ku gagal, bersiap pegi keje dan kerja lah selagi bergelar kuli pade MPB. Teiba mata aku bengkak dan merah sangat, kenapa entah? Tak kan aku allergic dengan kucing, tapi kenyataannya macam tu la. Nasib baik last day pegi keje malam karang.

Tiada ulasan: