SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

27 Disember 2009

Bersalah, tersalah dan menyalahkan

On the way balik dari Shah Alam petang tadi, aku menangis semahu - mahunya dalam kereta. Aku pun tak tau kenapa setiap kali balik dari Shah Alam aku akan menangis, cukuplah aku mengadap tasik tadi pun menangis tanpa ada rasa malu pada orang sekeliling, masa drive pun tersedu sedan lagi. Macam -macam perasaan dalam fikiran aku sekarang.

Perasaan bersalah memang tengah berperang dalam hati, tergamak aku bercakap macam itu sekali pada Ijai. Puncanya cuma kerosakan pada hard disk laptop aku dan semua dokumen penting dalam hard disk hilang tanpa ada backup. Dalam penghujung SMS aku pada Ijai aku mengatakan yang dia menyusahkan aku sungguh - sungguh!! Agaknya macam manalah perasaan dia masa membaca SMS aku. Masa mendapat SMS Ijai yang mengatakan hard disk corrupt, aku tengah sibuk dengan kerja, teramat - amat sibuk dan tak
mahu apa - apa gangguan sekalipun. Tiba - tiba Ijai SMS semacam itu mana aku tak meradang. Rasa bersalah serta - merta datang, aku memang macam ni kalau dah naik angin, kalau boleh nak bertempik sekuat hati. SMS Ash pun aku tak layan, tiba - tiba nak merajuk bagai sebab aku lupa nak SMS dia, tak tau ke aku sibuk??

Ijai SMS lagi untuk menyakinkan aku semua dokumen dalam hard disk dapat diselamatkan. Aku berharap sangat - sangat apa yang dia cakap tu betul, perasaan geram dan rasa bersalah bercampur baur, sudah la dengan lelah bersarang di dada, tambah pulak dengan problem lain, hadoi...Bermacam - macam perasaan menyucuk - nyucuk hati untuk membuatkan aku benci pada Ijai dan mengambil kesempatan meluahkan pada mak apa yag aku rasa menanggung Ijai yang tak memberikan apa - apa keuntungan pada aku, tapi aku tak sampai hati.

Tapi perasaan bersalah aku pada Ijai tetap tak sudah - sudah, sampai hati jugak aku cakap begitu pada dia. Ijai bukan orang lain, adik bongsu aku sendiri. Adik yang pernah aku jaga bagai menatang minyak yang penuh. Pada umur 17 tahun dia dah kehilangan ayah, tambah - tambah lagi ayah pergi masa Ijai berdepan dengan SPM. Inilah sebabnya masa di tasik Shah Alam tadi sunguh - sungguh aku menangis untuk meluahkan rasa hati pada alam yang tidak mengerti apa - apa.

Semalaman Ijai tak balik, aku pun pelik apa yang dia buat di rumah Abang Jai semalaman, takkan merajuk dengan aku? Langsung aku tak boleh tidur memikirkan dia. Padahal rumah aku ni dengan rumah Abang Jai lebih kurang 600 meter saja jaraknya. Boleh jadi Ijai merajuk, walaupun dia memberikan alasan nak membetulkan jugak hard disk yang dah lingkup. Bersalahnya aku rasa Ya Allah.

Sebelum subuh aku terlelap sekejap, tak pasal - pasal aku mimpikan mak yang secara tiba - tiba masuk ke bilik dan melutut pada aku meminta maaf. Dan aku hanya menjawab pada mak yang aku amat - amat tertekan. Aku terjaga dari mimpi apabila secara tiba - tiba kaki kanan aku kejang dan beberapa minit kemudian azan subuh bergema. Terus aku capai handphone dan SMS Ijai
bertanyakan kenapa dia tak balik, dan Ijai membalas akan balik 8 pagi nanti. Kenapalah aku tak berfiir panjang sebelum bertindak? Dan yang menjadi mangsa adalah Ijai yang ternyata tidak bersalah sama sekali.

8 pagi lebih Ijai sampai di rumah semasa aku tengah sibuk di dapur menggoreng nasi, dan aku harap dengan menyediakan nasi goreng akan menyejukkan hati Ijai yang mungkin merajuk pada aku. Ijai duduk di kerusi dengan mimik muka yang sedih. Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, aku hanya meminta Ijai bersarapan dulu. Aku cuba memupuk suasana yang biasa antara kami berdua, Ijai bersuara dan mengatakan yang dokumen aku semuanya selamat. Sebenarnya bukan semua dokumen itu aku pentingkan, apa yang aku tuntut pada Ijai hanya rasa bertanggungjawab terhadap apa yang menjadi milik orang lain dan menjaganya sebaik mungkin.

Ini baru hal antara aku dan Ijai, belum lagi apa yang aku rasa selama dua ke tiga minggu kebelakangan ini, perasaan perit bekerja di samping ornag - orang yang menyakitkan hati. Kenapa aku terlalu bersabar pada mereka dan kenapa aku biarkan manusia - manusia sedemikian memijak kepala aku dan memperkotak - katikkan aku sewenang - wenangnya? Apa salah aku yang terlalu jujur pada orang lain tapi tidak pada diri sendiri? Ya Tuhan, aku dah tak mampu lagi menipu diri sendiri...Sampai bila????

1 ulasan:

ezam berkata...

giler depress ko ni weih.....kerja kuat sangat kot...rilek2 lah sket..bawak2 pi jenjalan.....