SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

29 Disember 2009

Bye Bye 2009...Welcome 2010

Hari nih dah 29 Disember pun, lagi 2 hari berakhir la tahun 2009, tahun yang telah mencatatkan bermacam jenis cerita suka duka pahit dan manis dalam hidup aku. Apa yang aku harapkan untuk tahun 2010 nanti cuma satu, kebahagiaan dalam hidup aku.

Januari 2009
Bila direnung - renung balik tahun 2009 nih satu tahun yang boleh dikatakan menguji kesabaran dan kekuatan aku. Dalam bulan Januari jer, malam tahun baru tuh aku keje, orang lain tengah hepi - hepi loncat sana sini cocok langit tapi aku dalam opis tekun kemain buat keje. 3 januari pulak dalam keadaan yang tersangat kering disebabkan meminjamkan pada orang duit tanpa memikirkan aku pun dah nyawa - nyawa ikan jer, boleh pegi enjoy kat Muara Port Klang, nasib baik bebudak opis belanja, aku just drive dorg jer ke sana. Dalam bulan Januari jer kira macam dah rutin untuk aku bercuti panjang, ape lagi balik Gurun la berehat daripada kepenatan bekerja sebagai kuli Media Prima Berhad yang konon hebat. 17 dan 18 Januari pulak pegi menggatal jadi usherette untuk Anugerah Juara Lagu, yang bangangnye pagi esoknye keje, padan la dengan muka kan. 21 dan 22 Januari ade refresher course untuk Resource Center, sesuatu yang aku cukup menyampah ialah plan dorang untuk buat brainstorming, nak - nak ade segmen karaoke pulak kan, aku la jadi mangsa kene arrange sumenye, siut. 31 Januari, wan Vizdaliza, insan baru muncul dalam hidup aku dengan menyewa bilik di rumah sewa aku tu, bertembah kenalan. Tengok orangnya pun ok, harapnya syok la stay dengan dia as housemate.

Februari 2009
Macam biasa, 15 Februari adalah ulangtahun kelahiran arwah ayah aku, tapi dah tak bermakna apa - apa sebab arwah pun tak ade. 21 dan 22 Februari, berlangsunglah sesi brainstorming untuk Resource Center selama 2 hari 1 malam. Tak besh manapun, tak mendatangkan faedah pada aku, penat dapat la dan penghinaan serta rasa tidak dihargai disampaikan secara subtle oleh bos yang sangat sengal. Balik dari Port Dickson singgah rumah Shafruddin, dia menanggung sakit buah pinggang, kurus kemain jadinya kawan. Sampai opis lepas tu terus buat keje sampai ke tengah malam, sial bangsat sume keluar tapi keje kena jalan jugak. Nasib baik la 23 Februari bos bagi aku Book Off, huh...

Mac 2009
Awal - awal pagi lagi di hari pertama bulan Mac nih dah dikejutkan dengan panggilan daripada Hazeqah dan dia bagitau kereta Danisha breakdown kat tasik Kelana Jaya, kononnye pagi tu dorang buat picnic and joging bagai kat situ, apesal time kete rosak baru ingat kat aku? Daripada mengelak nak jumpe dorang semua akhirnye kene jumpe jugak dan terpaksa buat hepi - hepi lepak kat Syed Bistro gelak haha terbahak - bahak padahal dalam hati menyesalnye aku datang. 12 Mac, hari Khamis bos yang sengal dengan berbesar hati belanja semua stafnye nasi beringin yang amat terkenal dari zaman TV3 di Bangsar lagi, kan dia masyuk. Kalo masyuk pun tak kan nasi beringin jer? wah demanding kan hehe. Akupun sebenarnya masyuk time, mana tak nye kan dapat increment pas tuh beberapa hari akan datang bonus pulak masyuk, peh! Mase Earth Hour 28 Mac itu hari aku memang keje tapi tak ada maknanye nak pegi off lampu bagai bergelap satu jam, malas!. 31 Mac ade taklimat khas, aka pengumuman pemberian bonus untuk staf Media Prima Berhad, cakap la straight forward senang. nampak gayanye RM dalam tangan tapi banyak ker?

April 2009
Ingatkan betul - betul April Fool, tapi alhamdulilah company dah bank in bonus untuk tahun 2008, ada la RM daripada tak ada langsung. 2 April pulak negara telah dikejutkan dengan pengumuman oleh Pak Lah yang meletak jawatan, patut - patutlah tu pakcik pegi rest ye. Dan 3 April Najib telah sworn as the 5th Malaysian Prime Minister, the esoknye dia pegi jalan - jalan makan angin kat area KL jumpe rakyat bagai, perlu ke?. 15, 16 dan 17 April kene pegi motivational course kat Lenggeng, hadoi bosan amat. tapi makan best tak hengat, itu la sikap manusia kan (aku jer kot, ahaha...)

Mei 2009
1 Mei, macam tak ada makna apa - apa pun bagi aku walaupun itu adalah hari lahir aku, tapi aku tetap bersyukur kerana dilahirkan ke dunia ini sebagai khalifah Allah. 5 Mei pulak genap la 5 tahun aku keje di Media Prima Berhad, rasa biasa jer tak megah mana pun. 19 sampai 21 Mei ade cataloging course di Concorde Hotel, Shah Alam menggantikan wan Mohd Zullhisyam yang warded caused of dengue. macam best la tapi seperti mana - mana course yang penting makan besh, ahahaha...

Jun 2009
Malam 4 Jun, aku temankan Syafii pegi spa, nak naikkan seri pengantin konon, semacam jer aku tengok spa nye dan ramai lelaki something yang keluar masuk, euwww...6 Jun pulak aku bersama si Yani dan Azni mengadakan rombongan Cik Kiah ke majlis kawen si Syirah dan Mukhriz, uih jauhnye perjalanan, buat pertama kalinya aku melalui dan sampai di tempat - tempat tertentu di Negeri Sembilan Darul Khusus. 12 dan 13 Jun aku menyibukkan diri sebagai pengapit kepada Syafii di majlis perkahwinannya. Agak seronok dan satu pengalaman baru tapi kenapa aku rase seperti tak dialu - alukan? Balik jer dari rumah Syafii aku menangis semahu - mahunya dengan tak ada pasal sebab punca dan akibat. Mungkin aku terasa hati kot pada family Syafii. 20 Jun aku dengan Lanz pegi membuang masa di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang. Konon nak amek angin jer tengok sunset bagai tapi lain jadinye, kitaorang pose tak hengat dan terhasil beberapa photo yang sangat la sengal dan poyo. 26 Jun dunia telah dikejutkan dengan kematian Micheal Jackson yang tetiba jer mampos. Ape lagi kematiannya macam diraikan pulak sana sini dan aku jugak mengambil kesempatan download lagu - lagu 'arwah' yang sangat best. Cume aku kempunan nak belajar menari moonwalk dan dance macam mana dalam videoklip thriller, huhu...

Julai 2009
Buat pertama kalinya selepas berkenalan menerusi TAGGED, akhirnya aku telah berjumpa dan bertentang mata dengan Norashikin Md Noor, seorang wartawan majalah Wanita terbitan Utusan Karya. Hmm, not bad tapi kalo kurus sket bole la aku dokong, hehe... 12 Jun aku menghabiskan masa yang tak habis - habis di tasik Shah Alam dengan Azdril, joging la konon tapi hari tu macam best jer. Dan hari yang sama adalah hari ulangtahun kelahiran Izani, seorang pelajar universiti swasta, MSU di Shah Alam dan menjalani praktikal as a doctor di Hospital Klang, anak tunggal kepada pasangan suami isteri yang telah meninggal dunia dan segala harta bendanya menjadi rebutan saudara - maranya, akhirnya dia tinggal sehelai sepinggang. Lokasi terakhir dia yang diketahui di Johor, terpaksa bekerja sebagai buruh binaan untuk menampung hidup dan lepas tu terus MIA. Dialah orang yang telah datang secara tiba - tiba dalam hidup aku sebagai sahabat di alam virtual yang dikenali di TAGGED sejak setahun lepas tapi dah buat something yang menyengalkan aku. Sakitnya hati Tuhan saja yang tau. Tapi jauh di sudut hati aku tetap ada rasa simpati dan aku berharap persahabatan dengan mamat sengat tuh bukan satu konspirasi dan cuma mimpi di siang hari yang tak punya apa - apa makna. Dah lama dia tak contact aku, agaknya dah meninggal dunia...kerana penyakit kanser otak!! Innalillah...

Ogos 2009
Pada 1 Ogos, Noorzarida Hizam telah melangsungkan perkahwinannya dengan lelaki yang dicintai, Faizal selepas putus bertunang disebabkan masalah peribadi. Alhamdulilah akhirnya diaorang bersama, tapi aku tak dapat pegi majlis diorang sebab aku di Gurun balik bercuti. 2 Ogos aku balik ke Kota Damansara membawa Ijai yang akan buat praktikal di Media Prima, hmm… tak tau le macam mana. 9 Ogos aku attend satu interview sesion dengan Li Shian, wartawan Kosmo yang nak menulis satu artikel pasal fobia, cam bosan jer tapi pose tak hengat macam artis dah gayanye. Disebabkan tv 15 inci aku tu tetiba ter meletop lepas aku tengok Seekers & Ghost Adventure, 15 Ogos aku telah membeli tv 20 inci milik Syafii dengan harga RM200, alhamdulilah dapat juge nengok hindustan, hehe...22 Ogos bermulalah ibadah puasa di bulan Ramadhan, kali ini puasa aku cam suram jer walaupun ada Ijai meneman di rumah. Sedih sebab teringatkan arwah ayah.

September 2009
4 September aku join satu talk pasal kebaikan solat dari sudut sains, bagus jugak talk tu dapat menginsafkan aku yang selalu ponteng solat! 17 Ogos adalah last day bekerja untuk pulang bercuti sempena hari raya aidil fitri dan aku bercuti dari 18 sampai 27 Sempember, tengah harinye sempat amek daging lembu subsidi yang company sponsor. elok - elok jer sampai turn aku amek daging 6 kilo tuh ujan turun, ini rezeki ker atau aku pembawa malang kat orang belakang tak tau le. Lepas bersalaman dan bermaafan dengan semua staf Resource Center termasuklah dengan bos yang sengal tuh aku blah cepat - cepat sebabnye sebelah malam aku dan Ijai bertolak balik ke Gurun. Ade isu sebenarnye cuti raya yang aku dapat nih, patutnye aku keje tapi bos bagi cuti, oklah dapat cuti kan tapi masalahnye ada orang tak puas hati. Bukan aku yang mintak cuti bos yang bagi tapi aku pulak yang jadi mangsa keadaan dan mangsa rasa tak puas hati orang lain.

Oktober 2009
Di bulan Oktober nih yang menariknye ada banyak open house, bermula dengan open house Ikbar pada 10 Oktober. tapi pada malam sebelumnye tetiba jer aku dapat SMS daripada mamat mana entah, kata SMS tu kalao hang berani jawab panggilan!! Ape masalah kau nak warning aku macam tu? Giler sial, semalaman aku tak boleh tido sampai tak jadi dating dengan Ash. Kalo tak silap aku la 10 Oktober jugak le aku mula - mula kenal dengan si Ezamudin aka Achik Ezam, memula tu aku baca blog dia, macam poyo jer mamat nih dengan cerita - ceritanya yang agak sengal, hahaha jangan marah aku beb ko tak sengal la. Rupa - rupanye dia stay kat Blok Siantan 2 jer amat la dekat dengan rumah sewa aku, keciknye dunia disebabkan oleh blog dan FACEBOOK. Pada 17 Oktober pulak open house punye cerita lagi, walaupun aku keje pagi tapi disebabkan aku masuk sesudah subuh so boleh la aku blah awal, destinasi pertama ialah rumah Zaidi Hamad, nasib baik la pegi time lengang kalo awal - awal pegi gamaknye makan pun kene berbaris. Then lepak rumah Hasreen pulak, peh makan memang tak hengat la, meamng sedap siot lontong yang bini dia masak, lama tak jumpa Hasreen yang sekarang nih makin sebok dengan aktiviti seni lukisnye. 18 Oktober pulak adalah satu hari istimewa seorang wanita yang bernama NORASHIKIN. Macam mana kami boleh jadi pasangan kekasih nih aku pun tak sure, cam tak percaya pun ade, tapi aku tak berpeluang nak meraikan hari jadi Ash, sebok punye pasal kan kesian awek aku tuh. 19 Oktober, satu hari di mana Media Prima Berhad mengadakan majlis rumah terbuka. Boleh dikatakan hari makan - makan la, so aku makan la abeh cite. Yang penting aku pakai ala - ala Bollywood, konon 1 Malaysia la. nampak gayanya AMG tak berjaya mengekalkan kejuaraan dalam kategori gerai terchantek!! Masalahnye chantek ker? 25 Oktober, di sebelah malamnya aku lepak dengan Haziq dan Danisha. Masalahnya aku kalo bole tak nak jumpe dorang atau sesiapapun daripada tuuuttt...kalo boleh aku dah tak nak dah bersama - sama dorang, biarlah rugi tapi aku yang rasa merana dan terseksa buat ape? tapi malam tu nak tak nak kene jumpa jugak, dan dorang menyerahkan kad jemputan kawen, aku pelik jugak tak de ribut tak ade banjir topan segala benda dorang nak kawen, ah suka hati korang la. Pelik sungguh aku nih. 31 Oktober, aku menghabiskan masa dengan Ijai di Putrajaya, sepanjang dia praktikal dan aku pun sebok keje jer tak berpeluang aku nak bawak dia jalan - jalan, insyaAllah akan diusahakan sebelum dia abes praktikal bulan 1 nanti.

November 2009
Yang aku rase pelik sangat sepanjang bulan November nih macam tak menda pun berlaku, sebok keje jer sangat - sangat. Apa yang aku ingat la kan pasal raya aji tapi keje, camno tuh? dan malam tu ler kemuncak kepada berakhirnya drama bersiri 26 episod NUR KASIH, kenapa la aku boleh ter'follow' dengan drama tuh, have too la nama pun keje stesen TV kan time drama tu on air sama ada aku kene transfer masuk server tak pun kene buat sinopsis. Yang penting bulan November nih chances aku claim overtime lebih daripada biasa, keje jer memanjang kan so company kene bayar la, ingat keje free ker?

Disember 2009
Owh, akhirnye bulan Disember datang juga. Kisah yang bermula di bulan 12 nih ialah aku mendapat anak angkat yang bernama Manja, seekor kucing betina yang dah berusia setahun lebih berwarna oren sedikit belang - belang dan berbulu tebal tak tebal gitu. Dan sejak aku bela si Manja le aku mula dapat penyakit batuk, sakit mata, selsema dan seterusnya asthma yang belum betul teruk tapi batuk aku memang tak reti - reti kebah. Hadoi seksa sungguh kalo sesak nafas macam nak mati jer rasanya. Macam nak bagi balik jer kat tuan asalnye tak pun aku tolak keluar dari rumah tapi kesian pulak. Aku jer yang cari bala, cari penyakit dan cari susah. Mungkin secara kebetulan jugak tiap - tiap minggu hari Jumaat dalam bulan 12 nih asik cuti PH jer, kebetulan yang tak diduga akan berlaku. Ok lah tu beb dapat jugak aku claim overtime lebih macam bulan 11. Alhamdulilah...Cuma aku tensen la kebelakangan nih, tensen dengan bebudak opis, tensen dengan keje dan tensen dengan diri sendiri. Jangan kata tak bertegur kalo bole tak nak tengok muka terus. Sabtu lepas 26 Disember Ijai secara tak sengaja dan sebenarnya bukan dia punya pasal pun, hard disk laptop aku corrupt. Abeh la semua file dalam tu, nasib baik la ada backup pada drive lain. Ape lagi hangen la aku kat Ijai, semalaman dia tak balik rumah semata - mata nak betulkan balik laptop aku tu. Rasa bersalah pun ade, hadoi. 29 Disember, tadi pagi sampai tengah hari terpaksa untuk memaksakan diri yang dipaksa oleh keadaan yang terpaksa (berapa banyak paksa daa) senang cakap pegi meeting archive unit, ape lagi kalo bos yang sengal tu bercakap kalo boleh satu hari la meeting tu buang masa orang lain nak buat keje. Aku just cakap nak kan variety dalam tugas aku sebagai seorang eksekutif, mana taknye dalam 1 bulan tu contohnye bulan 12 ni lah, aku buat ingest jer, ngadap mesin lebih banyak daripada mengadap Tuhan. mana aci camnih ingat aku tak reti ke buat keje lain? Cakap macam mana sekalipun aku jugak yang kene balik. Aku tak tau la apa kene dengan si Sulaiman Kasim tuh, asal dengan aku jer kalo bole dia nak buat bodo jer, macam aku ni tak wujud di Resource center dan tak menyumbang apapun. Kalo dari awal tak mau aku keje baik terminate jer ini nak sia - siakan tenaga dan jasa yang pernah aku buat untuk naikkan nama dia. Keje bermati - matian tapi orang lain yang dapat nama, bagus sangat kan! Baru tadi berSMS dengan Ash, dia macam merajuk jer dengan aku, entah la aku nih, susah jugak nak jaga hati orang yang aku sayang. Tapi hati aku?

Sebenarnya tersangat banyak benda yang berlaku dalam tahun 2009 nih yang berlaku pada diri aku dan yang ada kena - mengena dengan aku, tapi ada sesetengahnya sangat sulit untuk diceritakan, sesulit anggota sulit, ahaks... Dan kerana adanya beberapa alternatif di zaman yang serba moden ini menyebabkan aku bertemu semula dengan rakan - rakan lama sejak dari zaman sekolah lagi, memang nak berterima kasih pada FACEBOOK dan TAGGED mahupun blog aku nih yang menjadi perantara untuk berhubung dengan sesiapapun sama ada jauh dan dekat. Sebenarnya orang yang mencetuskan minat untuk aku rajin berblog adalah bro Safial Eqbal, lepas jer baca entry - entry beliau dalam blog 'Kurasakan Something' (ko something ke bro?), membuatkan aku menaruh minat yang sama untuk menulis dari hati dan bukan syok sendiri, dan publish di blog dengan tujuan bukan untuk cari glam ker atau nak suka - suka, dan walaupun sebelum nih aku dah punya blog di Multiply tapi tinggal separuh jalan, sebabnya malas nak update. Dan tujuan aku mengetuk blog ni bukan untuk suka - suka ria di hari raya, tapi lebih kepada nak menjadikan blog nih tempat untuk aku meluahkan rasa hati yang sentiasa aku pendam, rasa hati yang suka, duka, pahit manis dan segala jenis macam perasaan yang aku pendam di hati tanpa mahu berkongsi dengan sesiapa, dan sekarang cara terbaik untuk meluahkan perasaan adalah melalui blog nih, biarlah tak ade sesiapapun nak membacanya, aku menulis bukan kerna nama...

Resolusi di tahun baru 2010 nanti :
1. Kawen dengan Norashikin
2. Simpan duit sebanyak yang boleh, biar le mengikat perut asal aku bole menyimpan untuk kawen, hehe...
3. Nak lebih dekat dengan Tuhan
4. Nak beli laptop baru
5. Nak sambung study buat master
6. Cari keje lain
7. Nak simpan rambut panjang? err...Ash boleh tak?
8. Mau keje luar biasa rajin
9. Nak modify kereta Gen2 aku biar gempak
10. Nak slim, nak pakai seluar saiz 36 n baju saiz L, kalo ble nak ketul - ketl di dada dan bahu bukan seketul jer di perut. Nak tinggi boleh tak?

Ape lagi yang akan berlaku? Biarlah masa yang menentukannya. Semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk terus melayari hidup yang penuh cabaran. Amin

1 ulasan:

ezam berkata...

woiwoiwoi cakap aku sengal......cakaplah aku comel macam kucing..kan sweetttt..hahhhahahahaah