SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

05 Disember 2009

Keje di petang sabtu

28.11.2009

Hari nih aku keje tengah hari, jarang aku kene keje time camni, bagus jugak at least boleh berlengah dan settle kan apa yang patut di rumah dulu. Alhamdulilah keje kali ni smooth sangat cuma akan lagi cepat siap kalo aku tak sebok nak online manjang. Sambil makan McD aku layan Idola Kecil 2 di TV9, peh tema dorang minggu nih '70an' so agak kena la dengan aku yang agak retro nih, memang bagus budak - budak nih menyanyi, cuma jangan cepat lupa diri la bila dah glam nanti. Biasa la kalo dah popular, manusia mudah lupa. Ingat ye artis - artis yang terbaca blog aku nih, korang tak ke mana pun kalo nak bagak poyo, korang glam kat Malaysia ni jer tak de nye sampai boleh bawa korang pegi Hollywood melainkan kalo korang ade duit sendiri atau menang Anugerah Skrin.

Ade sorang adik nih nama apa ye, aha..Dayana, dia bawakan lagu 'Tiada Maaf Bagimu', peh memang terpegun aku tengok, tenaga pengajar dia bijak memilih lagu untuk dia. Walaupun dia budak kecik lagi tapi penyampaian memang superb dan sampai ke hati aku.



Rupa pun comel, memang ada package sebagai penghibur satu hari nanti. Contohilah Siti Nurhaliza, dia tak perlukan gosip untuk popular, bakat dia dah menaikkan dan memberikan kejayaan padanya dengan keizinan Allah swt. Chaiyok Siti Nurhaliza !!



Balik umah, lepas mengisi perut yang lapar, aku tido, hmm elok sangat la kan, patut la dah berisi balik.

Tiada ulasan: