SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

05 Disember 2009

Keje malam daa..

29.11.2009

Hari yang agak membosankan, aku tak ada apa - apa aktiviti kecuali lepak di rumah sambil bikin hal sendiri. Malam kan keje, so ape lagi tido la cover masa tido yang hilang dek menghamba abdikan siri pada MPB untuk bekerja di malam hari di saat insan lain sedang sedap dibuai mimpi - mimpi indah.

Malamnye aku keluar awal sikit ke Jalan Duta mengunggu si Ijai sampai dari Kedah dengan bas, aku ni biasa la bukan jenis suka menunggu lama - lama, siap mendengus marah cam kerbau naik angin. Silap la plak kalo masuk opis awal dan buat pape dulu then Ijai sampai Jalan Duta baru pegi ambik. Akibatnye bas yang Ijai naik sampai 130am lebih, nak marah dia pun apa salah Ijai bukan dia yang bawa bas, dah aku sendiri tau highway jam sebab semua orang berpusu - pusu balik last minute. So dengan sepantasnye aku drive hantar Ijai balik ke rumah dan 2am baru aku masuk opis, nasib baik la Rahim yang keje dengan aku kalo orag lain agaknya dah sampai ke telinga si bos kecik.

Nampaknye malam ni aku keje dengan perasaan sungguh mengantuk. Tepat 9am blah balik tapi kesian pulak dengan si Rahim, aku tumpangkan dia dan sebelum balik aku settle kan dulu sewa rumah dan kereta, sarap kat Kayu dan hantar Rahim balik. Sampai rumah aku pengsan dan petang baru bangun, bergegas masak nasi dan beli lauk untuk Ijai.
Malamnya pegi keje lagi. Satu putaran rutin yang aku tak tau sampai bila.

Tiada ulasan: