SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

24 Januari 2010

Kalaulah masa boleh diundur semula



Mase balik bercuti last two week ago, cuti seminggu aku macam tak cukup jer,ada la hajat di hati nak buat cuti sendiri, ehem ehem...kalo tak mau kene baham dek bos aku buat la. Memang sejak 6 tahun aku keje di Media Prima asal bulan 1 jer aku akan cuti panjang, sebabnya nak menghabiskan baki AL yang ada and bagi chance dulu kat orang lain nak uruskan persekolahan anak - anak ke, pegi kenduri kawen ke, balik kampung ke apa - apa la yang patut. Dan bos pun senang nak approve kan cuti disebabkan staf lain dah bercuti terlebih dulu untuk  abeskan cuti masing - masing, maka bercuti le aku dengan rasa senang hati di aidilfitri, hehe...

Sebelum cuti aku settle kan dulu apa - apa keje yang patut, two weeks before aku cuti sebenarnya ada sedikit konflik dengan officemates. Untuk 1 minggu tu aku handle legacy news together with Wan. So to ease both of us aku ingest awal - awal Buletin Utama's tapes disebabkan tak mau berebut MVTR dengan staf lain. At the beginning there was no problem happened, kan aku dah ingest awal - awal so datang keje tetiap pagi untuk 1 minggu tuh just buat logging jer. But things happened, one day Niza checked what we have done within the week and she detected 3 clips tak di logging. Supposely that 3 clips done by Wan, but I was blame for that incomplete task. Mungkin Wan lupa, puncanya dia ditarik untuk handle current task and I hope he won't forget to complete his part. Bla bla bla tetiba aku jugak yang kene siapkan. Frust sangat - sangat aku, sudah la sesudah subuh aku datang opis, instantly ingest those tapes untuk mudahkan keje masing - masing, but at last siapa yang kene? Aku!!! Memang aku frust sangat dengan Wan, dia tak nampak langsung susah - payah aku, yang dia tau, keje dia mudah and dia boleh balik awal setiap hari. Frust!!...Aku tobat la Wan, next time pandai - pandai la kau ingest sendiri, aku tak mau nak susah - payah dah sebab dah banyak kali kau sewenang - wenangnya tak advantage on me, salah aku jugak, baik sangat dengan orang.

Mujurlah Niza bukan jenis EIC yang dictator, dia bagi masa untuk aku settle kan before aku cuti panjang. Week before aku cuti aku keje petang, so aku ada masa yang panjang untuk aku siapkan sambil buat keje yang rostered for me. Last day aku keje hari jumaat, disebabkan banyak lagi keje kene settle so aku buat la slowly, bayangkan 1 hour news clips jer almost 20 sub-clips kene buat description, itu semua fakta beb, mana boleh memain suka hati jer letak apa yang patut. Akhirnye bermalam aku di opis, elok - elok boleh balik midnight at last subuh baru balik. But then, alhamduliah aku dapat settle kan semua keje, email all reports and update apa yang patut to ease others, tengok, sikit punya baiknye hati aku, ade masa nak fikirkan kesenangan orang lain, tapi hati aku ade sape jaga??

Lately aku memang ada masalah dengan Niza, kenapa aku cukup menyampah dengan dia aku pun tak tau la. Kesian sangat kat cik kak sorang tu. Yang aku nampak sejak dia jadi EIC, makin gila kuasa jadinya. Tapi aku tetap berfikiran positif, yang dia terpaksa jadi macam tu sebab dia pun ditekan dan dia terpaksa. Aku bukan nak buat musuh dengan dia, aku nak sangat - sangat baik dengan Niza macam dulu - dulu, macam enam tahun dulu mase aku mula - mula keje di TV3. Sebelum aku salahkan dia lebih baik aku fikirkan kesalahan aku pada dia dan pada orang lain. Mungkin jugak aku tak cuba ambik peluang untuk memahami keadaan dia. Niza, kalau awak baca blog saya nih, sunguh - sungguh saya mohon maaf atas segala kesalahan saya pada awak, tak ada niat dalam hati nih nak membenci dan bermusuh dengan awak, cuma apa yang saya minta, bersikap adil dan percaya pada saya, itu saja. Aku sebelum nih memang kutuk kaw - kaw punya si Niza nih di FACEBOOK, ada sekali tu aku sengaja letak di status aku something yang menggambarkan diri dia, mungkin masa tu aku dah terpengaruh dengan sikap amarah yang dah tak terkawal lagi. Jumaat pagi lepas aku ada appraisal session dengan Niza dan bos, dan Niza memang ada mengatakan yang dia amat berkecil hati dengan apa yang dah aku katakan di FACEBOOK. Memang aku tak mention her name clearly but obviously aku menggambarkan dia. Betul lah memang salah aku. Kalo tak puas hati ke apa cakap berdepan, tak payah nak lepas geram di tempat lain, dan itu yang akan aku buat selepas nih, settle it professionally. Dan memang dengan beberapa rakan lagi aku selalu mengata Niza di FACEBOOK, cukuplah selepas nih aku tak mau lagi buat macam tu, aku tau aku yang salah. But Niza, saya cuma nak 1 benda jer, kita bekerja bersama - sama, dan jangan buat kami bekerja untuk awak. Aku harap aku dah menjawab soalan yang dikemukakan pada aku oleh encik Leman as he asked me before, 'how to make archive unit happy?' - ape kate tetiap pagi nyanyi lagu Amy Matura 'Happy'...;-D



Sepatutnya 10 Januari aku dah boleh balik ke Gurun, disebabkan Ijai have to stay 1 more day as he need to handed his practical report to encik Muzamil, so lepak jer la di rumah, kebetulan pulak malamnya ada Anugerah Juara Lagu ke-24, malangnya aku tak dapat tiket, 4 keping tiket yang diperuntukkan untuk setiap staf Media Prima rupanya tak cukup, entah mana pegi aku tak tau, konspirasi dan nepotisme la tuh, bagi kat puak - puak sendiri dulu, faham sangat. Tak kisah la tahun lepas aku dah join AJL 23 as usherette. Pengalaman yang tak berapa manis sebenarnya, terpaksa senyum sampai ke telinga walaupun tak dibalas dan berdepan dengan beberapa artis yang sememangnya kekwat, dan artis yang paing aku respect adalah Alif Satar and 1 more artis reality TV OIAM ape ke nama entah aku dah lupa, diaorang yang meluru kat aku dan bersalam bertepuk bertampar macam lama kenal. Artis - artis lain sangat la poyo, sekali lagi...POYO.

Sangkaan aku Yuna akan menang 1st place in AJL 24 ternyata salah, rupe - rupenye kembau aku si Aizat yang menang, ops bukan dia, lagu nyanyian dia yang menang. Tak kisah la sapa pun yang dapat cuma yang aku rase tak patut menang adalah si Faizal Tahir, sudah - sudah la tahun lepas dah menang bagi chance la kat lagu lain, tapi bukan salah dia, salah judges la huhu...cume aku rase kesian kat Shila, entah apa peranan dia appears at the end of the performance just pose chantek jer, kesian sangat. Apa la salahnya bagi dia nyanyi dua tiga baris, sebab dia la lagu tu pegi final. whatever lah...tapi penonton yang paling over sekali and sangat obvious adalah mak ayam, sape? teka sendiri la.



Tapi opening by Siti Nurhaliza and Lan le yang paling malatop kebabow, peh super power betoi la vokal tok ti kita nih, hehe...



Sambil layan AJL aku packing barang - barang, ikutkan banyak nak dibawa balik tapi disebabkan barang yang Ijai nak bawak balik dah tentu banyak so next tim jer la. Barang Ijai la yang paling banyak, enam bulan dulu datang dengan 3 bags jer, ini dah aku belikan barang itu ini untuk dia dan dia pun membeli bagai, hari yang nak baliknye penuh kereta disumbat barang - barang huhu....

11 Januari selepas 4pm lebih baru kitaorang gerak balik ke Gurun, disebabkan Ijai terpaksa tunggu lama untuk dapatkan report daripada encik Muzamil. Kesian jugak kat Ijai, tergesa - gesa kene balik, tak sempat dia nak abeskan masa lagi di KL nih. Tak ape la bila - bila pun boleh datang. Cuma aku frust tak sempat nak bawa dia pekena seafood di Tanjung Harapan Klang dan pegi Zoo Negara (sebenarnya aku yang terhegeh - hegeh nak pegi). 5 jam lebih kemudian dalam 15 minit sebelum 10pm kitaorang sampai di rumah di Gurun, peh lega nya alhamdulilah! Nak - nak pulak mak buatkan tomyam, aku pekena dengan nasi panas dengan telor dadar, peh!! memang favourite wa cakap lu beb, walaaa....

Sepanjang seminggu cuti di Gurun tak ada apa sangat yang aku buat, bermalas - malasan laksana anak raja...lingam, hehe. Mak aku dah tentu faham, aku balik nak tenangkan kepala otak aku yang sangat kusut masai. Layan movie, layan kucing, online, main dengan kucing, makan, tido, verax....ahaha...itu je la kejenye, sangat santai kan, sentap...

Cuma pada 13 Januari, family aku dikejutkan dengan kematian Imran, abang kepada, Su, wife adik aku si Jijul. Memang kami shock gile, macam tak percaya yang dia meninggal. Korang nak tau macam mana dia meninggal? Puncanya disantau, siapa? Ceritanya begini, arwah bekerja di RISDA di Keratong, atas arahan bos dia, arwah terpaksa pecat beberapa pekerja Indonesia, apa sebabnya hanya diaorang yang tau. Dijadikan cerita tetiba dia sakit, demam panas katanya sampai admit ke hospital Kuantan. Masa arwah di wad, dikatakan ada seorang visitors, perempuan yang tak dikenali, datang ziarah arwah, perempuan tuh just berdiri diam melihat arwah then berlalu pegi. Lepas jer perempuan tu blah tetiba arwah jadi lebih terus, mencekik - cekik diri sendiri dan meracau, akhirnya nazak dan meninggal. Yang kesiannya arwah baru kahwin 2 tahun lebih, dan aku sempat la pegi majlis kawen dia di Jeli. Ditinggalkannya isteri, seorang cikgu yang sedang mengandung 8 bulan dan anak perempuan sulung yang baru setahun lebih. Mak aku sampai menangis - nangis bila dapat tau arwah meninggal. Walaupun tak selalu jumpa, arwah memang baik, sangat - sangat baik, dan arwah memang menjadi anak kesayangan keluarganya.

Seawal 4 pagi, 14 Januari, aku, adik dan mak bertolak ke Jeli, mujur la 3 jam lebih jer nak ke sana. Adik aku si Fazrul dan wife bertolak lambat sikit dari Kulim. On the way ke sana, selepas Jeniang kot adik aku yang jadi driver, si Ozair terlanggar ayam jantan yang tidur di tengah jalan, terkojut den, 4 pagi ade ayam tengah jalan, betul ke ayam atau ayam jadian tak tau le gamaknye, bila diberhentikan kereta abeh bulu - bulunya melekat pada bumper depan kereta aku, tetiba datang busuk bau bangkai ayam, huhu...Perjalanan diteruskan dan 7am sampai di Kampung Lawar, Jeli Kelantan. Masuk jer ke rumah Pak Uda dan Umi, jenazah ada di sudut rumah, sebak sangat - sangat aku rasa bila tengok Pak Uda dan Umi menangis. Su lagi la, abang sulung dia, wife arwah pun memang tak boleh nak kawal rasa sedih dia, masa baca yasin pun teresak - esak nangis, sudah la mengandung 8 bulan, pulak tu kematian suami. Kalo aku meraung tak sudah la gamaknya. Pukul 8 pagi jenazah disembahyangkan lagi dan terus dibawa ke tanah perkuburan, masa jenazah dikebumi isteri arwah tenang jer, api dalam hati dia dah tentu hancur luluh. Ramai jugak ornag yag datang ziarah, maklumlah arwah memang orang baik dan kenal dengan semua orang kampung.

Lepas 12 tengah hari kitaorang gerak balik, diam jer kitaorang tak terkata apapun. Semoga arwah Imran ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Al fatihah...




Baki cuti yang ada aku just relax di rumah, malas nak ke mana - mana, dah tak ada kawan - kawan lagi di Gurun sume dah bawa diri ikut haluan masing - masing. Apa yang aku plan semuanya tak menjadi, kononnya nak amek pics pekan Gurun la, pics interesting places di Gurun, nak promote la Gurun kat korang, kalo aku kawen kang senang korang nak datang. Plan nak lepak di Sungai Petani jumpe awek lama pun tak menjadi (oopss...) Dan aku mengambil kesempatan untuk cakapkan something pada mak, akan hajat aku nak...err...hehe malu pulak nak cakap. Mak kata ikut aku la sebab aku yg nak itu kan. Cuma aku nak mak tunaikan dulu haji tahun nih insyaAllah kalau nama mak naik balik selepas tahun sudah mak terpaksa tolak disebabkan belum bersedia dan aku plan nak further study tahun nih, so plan untuk itu aku terpaksa lewatkan sedikit, maaf yer Ash, sebab terpaksa buat awak menunggu lagi.

18 Januari, lebih kurang 1.30pm aku gerak balik ke Kota Damansara, dengan sedikit perasaan sedih. Tak tau bila pulak gamaknya aku nak balik lagi. Berat sangat nak tinggalkan mak. Dan aku sampai di Kota Damansara 15 minit sebelum 7pm. Masuk jer ke rumah, aku jadi bingung, sebak, dan terus menangis, aku jadi sedih kerana terpaksa bersendirian lagi. Selama enam bulan nih Ijai stay dengan aku, dan sekarang, aku sendiri lagi. Rasa rindu sangat kat adik bongsu aku tu. Sekejapnya enam bulan berlalu. Kalaulah masa boleh diundurkan semula...


1 ulasan:

ezam berkata...

byk nk komen nieh....hahaha
1-fesbuk n opismates isuue...hahahaha been there done that..sbb mulot2 puaka aku pon pernah terbabit sama..padahal aku tak join mana2 team..LOL

moral of the story fesbuk tmpt huha2 aje..jgn ungkit2 hal2 tempat keje kt situ hatta bengang ngan sesape pon..bahaya..hoho

2-sebelom tolong orang tolong diri sindri dulu esp kt tmpt keje..tmpt yg tak semuanya ikhlas nk tolong menolong 1 sama lain...tapi ape2 pon terserah anda..kolo betol2 nk tolong dgn ikhlas inshaallah Allah akan tolong balik..

3-jangan sunyi2 dong..have some fun..aku kot dekat n keje terator ok gak bley lepak2 tapi apakan daya..hehehhee..nanti free2 kite lelepak sesama...

4-pehhh dh kompem nk kawen ek..pe kata menikoh sebelom emak g aji..lagi best..sekurang2nya semua dh selamat..

5-siti memang tarbaek!!!!!

6-smoga yg menyantau tuh go to HELL..benci aku dengor!!!!!!

sekian..hahahhhaa