SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

23 Januari 2010

Mencari PASAL di KL


Walawei...berabad rasanya aku membiarkan blog aku bersawang di laman sesawang nih tanpa di update macam selalu. Dan sekarang nih aku dah tak tau nak cerita ape, punya la banyak benda berlaku lately dan aku busy dengan keje then balik bercuti di kampung bla bla ding dong kebabo, membuatkan aku terus lupa nak bercakap dan meluahkan rasa hati pada blog yang amat memahami aku. Oh blog, aku mohon maaf sebab membiarkan kau beberapa hari nih. Dan aku kembali untuk kau blog yang aku chentai, huhu....


3 Januari lepas, dapat la aku keluar jenjalan kejap dengan adik aku ke KL dan kawasan yang sewaktu dengannya. Plan asal aku nak keluar lebih awal sebab nak pegi banyak tempat, tapi adik aku tuh tengah hari baru dia bangun. Kan malam sebelumnya ada final Idola Kecil 2 di Shah Alam, entah pukul berapa dia sampai rumah aku dah lama padam lepas menyaksikan kejayaan Dayana menjuarai Idola Kecil, aku dah agak pun dia menang.




Aku dan Ijai gerak ke KL dengan LRt jer ala - ala pelancong, malas pulak aku nak drive, then kalo jam satu hal, nak kene spend parking fee lagi. Dari Kelana Jaya kami terus ke Dang Wangi, turun di sana dan menapak ke Menara KL, memula tu sesat sebab aku sendiri tak tau cemana nak ke situ, nama jer dok di Klang Valley tapi tak tau mana hala. Jauh jugak le nak menapak dari LRT Dang Wangi ke KL Tower, kalo aku tau la jalan tak jam baik aku drive jer, huh.

At last sampai la kami dua beradik di KL Tower, malas punya hal nak menunggu van yang naik ke Tower membuatkan kami menapak jer terus ke atas. Aha, sampai jer di lobi Tower aku terus ke kaunter tiker, dan harga yang perlu aku bayar untuk naik ke TOwer adalah RM76 untuk dua orang termasuk pakej pony ride, F1 zone dan animal zone. Macam mahal la tapi tak kisah la beb janji aku merasa naik ke Tower selepas siap dibina pada tahun 1996.

Ape lagi, sampai jer kat atas tuh dengan perasaan terkesimanye aku melihat keadaan sekeliling dari atas menara, dianggarkan sejauh Selat Melaka boleh dilihat tapi cuaca hari tu menundung pulak, tapi yag aku pelik tokong hindu yang besau di Batu Caves tu boleh kelihatan dari menara, flat umah aku kat KOta Damansara pun boleh nampak, haish nampak sangat menipu, hehe...








Tak lama sangat la aku dan Ijai kat atas tower tuh, lemas la dengan warga asing yang ramai sangat membuatkan aku pun rase macam tourists dari Bangladesh, ahaa...dari KL Tower aku ajak Ijai menapak jer ke KLCC sebab sangat tak jauh. Sesekali aku nak dera jer Ijai tu berjalan, asik ke sana sini dengan motor dan kereta jer, kali ni jalan kaki, amek kau.

Lima minit lepas tu sampai la kami dua beradik di KLCC pulak, entah ini kali ke berapa la aku datang situ, bole bilang dengan jari, faham - faham jer la aku bukan kaki lepak, dan aku memang jenis malas nak bersesak. Dan macam biasa, posing la kami dua beradik kat situ bak pelancong yang baru first time jejak kaki ke KLCC. Aku rasa la kan bangla dan indon yang ada kat situ sure pelik tengok kami dua beradik, sebabnye macam kami dua orang jer orang tempatan lepak kat situ, huhu....








Tetiba jer asik posing bagai, ujan turun, ape lagi running – running child la kami masuk ke dalam KLCC, memandangkan masing - masing dah muke lapar aku ajak Ijai pi pekena KFC jer, tempat ain sume pack dengan orang, macam dah rupe pelahap dah kami dua beradik, memang dari tengah hari sebelum keluar dari rumah belum makan apa - apapun. Burpp kenyang...

Nak ronda - ronda dalam KLCC amende sangat yang ada, ces sangat bagak kan. Aku ajak Ijai ke LRT jer beransur ke tempat lain. Berhenti di Masjid India, plan asal nak shop sket di Sogo tapi hujan pulak. Then aku ajak Ijai lepak di Dataran jer, tak silap ade event ape tak every weekend kat situ, sampai - sampai jer aku yang terkejut...ooo patut la baru lepas New Year kan so lengang la padang tu. Macam tak biasa kan, pose la selagi boleh...hehee











Mase nak blah dari Dataran tu, tetiba Ijai kene ngorat dek nyah, haha gelak besau aku kat dia di situ...hehehe...HAAAAAAAAA

Aku ajak Ijai balik jer, ikutkan nak pegi Garden pulak, dan aku pun dah penat kaki so kita balik....

Moral of the story - kalo rase nak travel KL in one day, fikir la dua tiga kali, satu hari tak cukup beb.

3 ulasan:

eQbalzack berkata...

wahhh...sudah di update...hehe

ezam berkata...

mmg bersawang dh..lenguh aku sapu2...hahahha..giler ah bayor mahal naik key el tower..bek naek jejantas klcc..free je dow...

baideway si ejai tuh ade ciri2 nk membesar bagai johan mcm hang gak..hahahaha..lenkali jgn lupo singgah muzium skalik...

Nazrul Azat berkata...

bro eqbal - sy br teringat yg sy ade blog, bz & cuti2 msia makes me lupe dunia, ihihi..
ezam - tu la pasai aku ingat murah, keluaq masuk sunway lagoon boleh lpas 2 kali, huhu