SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

19 Februari 2010

Petua untuk tidur lena, terbukti berkesan!! ahaks

Disebabkan tak boleh tido di siang hari akibat koje di malam harinya, maka dengan usaha penuh tekun aku surf di internet apa jer petua untuk memudahkan aku beradu dengan sangat lena sampai lebam ibarat sleeping beauty. Ape nak buat aku spesis susah tido tak macam orang lain asal letak kepala jer terus tido tak hengat. Cari punya cari dapat la satu kaedahnye. Banyak banget petua untuk memudahkan tido, tapi aku bole memenatkan diri dengan bersenam, cuma dengan kemalasan tahap ape ntah menyebabkan rowing machine aku tuh just jadi display kat bilik tido. Yang lelain tuh suh minum susu dan makan coklat, err aku tak bole minum susu, nanti ceret veret, huhu...

Entah makcik mane la tuan punya idea dan pemilik idea petua yang nan satu itu. Kaedahnye begini - engko pegi kedai, lantak kome le kedai apapun tapi tak kan nak beli yogurt kat kedai motor plak kan...hahahaha. Hah dah sebut pun tadi, beli la 1 cup yogurt asli yang xcampor coklat ke strawberry flavour, then hambek
bawang besau, cincang halus dan mulus lalu digaul mesra bersama yogurt tadi.




Bile dan sebati, ape lagi, makan je la. So dengan rasa macam terpaksa jer aku menyuapkan yogurt tuh ker mulutku yang mungil. Err...rasanye susah sangat nak cakap cemana. Tiada kata untuk menggambarkannya. Demi untuk tido lena rasa masam bercampur 'pedaq' (rasa payau, kot) maka yogurt itu aku santap dengan tak ada perasaan ;- |




Haish...dan - dan aku rasa meloya. Nak muntah sangat - sangat tapi demi mendapatkan tido yang syiok, aku berjaya abehkan separuh cup yogurt tuh, dah tak bole pegi dah. Tunggu punya tunggu sambil layan tv, dalam tempoh 10 minit aku dah rasa tersangatnye mengantuk ibarat tak tido berhari - hari lamanya. Jadi, bantal - bantal busukku diusap, dipeluk, dirangkul dan dicium dengan penuh ghairah meraih baunya yang sungguh menaikkan mood untuk tido...tiba - tiba....ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Malamnye aku bangun untuk pegi keje dengan perasaan belum puas akibat penangan petua yang sangat aneh itu dengan mulut berbau bawang...adoyai

Moral of the story - jangan makan yogurt dengan bawang, sangat tak taste. Haha... ;-D

2 ulasan:

ezam berkata...

apakah benar seperti yang di kata nih azat weiiiiii

seram plak aku nk coba...hahahahaa

Nazrul Azat berkata...

uih, bukan jer seram, 18PA, 18PG, 18SX sume ada hahahaha...

Agak mjadi la cume jgn letak byk sgt bawang, letak ala2 manja jer,

tapi aku kalo kurang tido lg rasa sehat, cume letih jer la

koje ke malam nih?

aku dh nk beradu, heee