SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

30 April 2010

HA HA HA...HASHIM!!!!

Al kisahnye ari tuh Permata Hijrah ade buat promotion di lobi Sri Pentas, memula tuh tak berapa nak kisah sangat tapi melihatkan makin ramai staf Media Prima dan officemate aku yang dah try free service untuk rawatan mata, lalu mendatangkan rasa minat untuk mencuba. Who knows kalo sesuai dengan aku boleh la angkat produknye, kan kan kan...

Atas ajakan Johan, aku try la rawatan mata yang memerlukan kita memakai sejenis alat ala - ala google tu tapi fungsinya untuk eye massage. Sebelum pakai benda alah tu awek cun staf Permata Hijrah tu spray kan dulu sejenis cecair, dan - dan la mata aku pedih tahap gabanoid. Then pakai la aku eye massage tu. Pergh best tuh ade benda mengurut area mata rase ilang jer stress mata nih ngadap monitor PC sepanjang hari. Ini kalo buat sun glasses then jenjalan kat tepi pantai bole jadi trend setter nih, haish...Lepas tiga minit kurang lebih, mata aku rasa segar sangat macam baru lepas menangis.


credit to PERMATA HIJRAH

Aku borak - borak la dengan awek staf Permata Hijrah tu pasal produk - produk keluarannye, ok jugak la, mata pun perlukan penjagaan jugak hape, ingat rambut aku jer ke kene jaga nak bagi chantek laksana Fouziah Gous. Melihatkan ada beberapa orang tengah buat rawatan resdung, aku pun cakap la kat awek tu nak try. Dia kate kene charge RM30 sekali rawatan, aku pun ape lagi jom try la.

Memula tuh mamat yang nak merawat aku bagi dua cotton bud untuk dimasukkan ke lobang telinga, dan - dan la bila dijolok masuk rase macam tak dengar ape pun, sungguh tak dengar. Nak kate aku tak korek telinga tak pulak, agaknye benda yang dia titiskan pada cotton bud tu bersihkan telinga aku, tu pasal aku rasa macam berbuih jer dalam telinga, then dia bagi pulak sehelai dua tisu, kemudian dia mintak aku sedut sejenis serbuk dari sudu plastik. HA HA HA...HASHIM!!!! Sekali bersin daa...(nama HASHIM juga yang naik). Bukan sekali tu jer bersinnya, berkali - kali sampai berpeluh dan berair mata. Hidung pun dan - dan la berair. Bro tu pesan biarkan hingus tu jatuh ke dalam tong, sambil tu dia picit - picit hidung aku yang bak pelepah
kelapa nak kasi keluar itu hingus. Dalam hati aku cakap, kan bagus kalo tetiap ari dia picit batang idong aku baru la mancung wakakaka).

Lepas dah kurang hingus, bro tu jolok masuk cotton bud yang dah dia sapu sejenis cecair, punya la dalam dia jolok sampai ke dasar lobang idong dah rasanya. Pas tu dia biarkan kejap dan aku kene hembus keluar sekali dengan hingus. Lepas tu sekali lagi dia hulurkan sudu plastik berisi serbuk entah ape tu untuk aku sedut. HA HA HA HASHIM!!!

Adoi la macam nak pecah idung aku bila bersin, lagi dua tiga orang kat sebelah menyebelah pun boleh tahan la kekuatan ke'bersin'an masing - masing kalau diukur dengan desimel, supersonik ke bagai.

Tak lama lepas tu lepas dua kali ulang benda yang sama maka abeh dah rawatan resdung itu, mak aih sakitnya lobang idong haku menahan jolokan bro tuh ditambah pulak dengan bersih yang jarang - jarang sekuat tuh sampai bersahut - sahutan bersin beberapa orang di lobi Sri Pentas. Dalam sekelip mata jer aku rasa lobang idong aku sangat bersih ibarat filter kete yang baru aku tukau ditambah pulak dengan mata yang bersinar macam Ayu Raudah dan kulit muka aku sangat blushing ala - ala Faridah aka Ferra.

Terima kasih Permata Hijrah !!!

Tiada ulasan: