SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

05 Mei 2010

6 tahun di Media Prima, cukuplah...

Hari nih 5 Mei 2010, dah 6 tahun dah rupenye aku koje dengan RESOURCE CENTER, AIRTIME MANAGEMENT GROUP, MEDIA PRIMA BERHAD!!!

Hmm...tak rasa apa - apapun, walaupun tetiap tahun dapat bonus yang boleh tahan, plus increment menyebabkan gaji dah mahal dah sekarang nih mengakibatkan makin susah aku nak dapat keje lain, tapi hati aku tetap tak puas, tak sampai klimaks, tak puas...ah..ah..ah..TIDAK!!!!

Aku masih ingat lagi, tengah hari tu aku ade di Hotel Continental Aloq Staq, ade baca dalam paper hotel tu nak amek staf baru. So sementara belum dapat koje tetap baik la aku koje pape la dulu, tengah Q tu lepas isi form untuk interview, tetiba TELEFON BERBUNYI RING RING RING!!! KU ANGKAT KU TANYA SIAPA???

Owh, aku tak expect langsung beb, senyum nih dah sampai ke telinga wa cakap lu,  MAK!! AJAT DAPAT KEJA KAT MEDIA PRIMA!!!

Dan - dan la aku angkat kaki dari hotel tu dan balik ke rumah dengan perasaan yang sangat berbunga - bunga chenta hehe...

Balik umah jer aku terus cakap kat mak yang aku dapat keje tu, rupa - rupanye mak aku lagi awal dapat tahu sebab orang HR tu call rumah dan mak aku jawab. Agaknya mak aku yang suruh orang tu call handphone aku. Aku tengok muka mak, macam sayu jer, tak kan la mak sedih sebab aku nak berjauhan lagi daripada dia, huhu...

Seminggu kemudian aku melaporkan diri, lepas berurusan dengan HR, aku dibawa tour satu bangunan then baru la dibawa ke office tempat aku bakal bekerja, Resource Center. Lepas diperkenalkan dengan semua staf, aku diberi pelepasan untuk settle kan medical check-up di Damansara Specialist. Entah macam mana dalam masa yang sama aku sepatutnya kene attend interview untuk program Master di UiTM Puncak Perdana. Adoyai, nampaknya aku tak dapat pegi interview tu padahal aku yang beria - ia sangat nak sambung study.

Sebenarnya aku nih special case hired, keje di News & Current Affairs Department dan gaji dibayar Airtime Management Group. Lepas sebulan aku training di Resource Center, aku ditempatkan di office aku yang sebenar di News. Memula tuh memang aku sangat excited keje di News, dapat kenal newsreaders especially Pengiran Bini Azrinaz Mazhar, Karam Singh Walia dan beberapa well-known faces, dapat tengok dari dekat cara orang News keje dan yang paling best, aku incharge tape room kat situ, jadi bos beb hehe...tapi semua tu hanya sementara, rupanya ada orang tak senang dengan adanya aku kat situ, ada orang sangat jealous sebab aku dapat upgrade tape room tuh dan dapat pujian daripada GM HRD, aku sebenarnya malas dah nak ingat, mungkin jugak satu kesilapan aku keje kat situ. Aku tak mau nak menyalahkan sesiapa, aku tetap menyalahkan diri sendiri, kerana tak tegas!!! Genap setahun aku di News, contract aku tak disambung atas alasan tiada keperluan untuk meneruskan khidmat aku, tanpa sebarang surat tunjuk sebab!! Mujurlah, cek Leman sudi amek aku keje di RC, sebenarnya aku lebih berhutang budi dengan cek Rahim Llin...

Enam tahun kemudian...

Minggu nih aku kene buat A5, meaning aku kene buat description untuk clip Buletin Utama, patutnya aku dah tak buat keje – keje macam tu, keje aku just mengarah orang, tapi...entah susah nak cakap, dalam hati aku dah makin menyampah nak keje di RC, dah muak dah segala macam akibat penindasan, penganiayaan, double-standard, pilih bulu, ampu menyampu kipas mengipas, tapi aku tak salahkan orang lain, aku menyalahkan diri sendiri kerana tindakan 5 Mei enam tahun lepas...

Tiada ulasan: