SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

08 Mei 2010

Oh Aloq Staq...

Ari tu aku pegi temankan emak berurusan dengan Jabatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan destinasinya adalah di Wisma Negeri. Kitaorang sampai dari Sungai Petani dalam 1230pm dan tergesa - gesa masuk ke Unit Geran, lagi 2 minit jer pun time rehat dorang 1245pm aku berurusan dengan sorang Puan Seri di kaunter, then dia cakap tak boleh nak buat apa sebab dah nak tutup untuk rehat. Mak aih lagi dua minit jer pun nak berkira, cakap la malas!!! Camtu ke kakitangan kerajaan keje???

Nak tak nak kami blah, pegi lunch kat Jalan Pegawai, ade satu gerai nasi campur kat situ. Dulu arwah ayah selalu bawa kitaorang makan kat situ. Biasanye kalo balik Kedah jer lauk yang aku cari kerabu la, so lauk luch ari tu kerabu taugeh dengan hati goreng kicap. Makan tiga orang baru 12 hengget, kalo kat Key Ell sane mau la 20 hengget atau lebih tiga orang makan!!! Alangkah bertuahnya aku menjadi orang Kedah!!
Lepas solat zohor kat Masjid Zahir, then masih terlalu awal nak tunggu 2pm aku sempat la snap beberapa pix landmark di Bandaraya Aloq Staq nih.













Lagi 5 minit 2pm kami masuk balik ke Unit Geran tu, tengok ade jer Puan Seri tu kat kaunter dia. Tepat 2pm aku terus serah dokumen tu kat dia, bla bla ting tong kebabo...2 minit jer dia amek masa siapkan dokumen tu. ^%#^$@W^%$^% betul kalo la dia siapkan sebelum rehat kitaorang dah sampai Gurun dah sebelum 2pm, memang &^$%$@^$# !!!

Tiada ulasan: