SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

08 Mei 2010

Sepetang Di Kuala Perelih


Lame tak datang Kuala Perelih nih, bile sampai jer peh best gile rasanya melihatkan air laut yang berkilau bak kristal dan angin bayu yang bertiup bak tangan mulus sang bidadari mengalu - alukan kehadiranku di daerah itu (sangat sastera kan).

Lepaih mak borong mempelam kat depan jeti feri Kuala Perelih tu aku ajak mak, adik dan ijai pekena ABc & laksa. Maka singgah la kami empat beranak kat satu deretan restoran kat tepi laut tu. Apsal lengang aku tau ambek pot la lagi bagus tak ade orang aku kan selebriti kang ramai la plak nak mintak amik gambaq aahahaha...



Sambil borak - borak aku sempat menatap betapa indahnya ciptaan Allah swt - lautan yang terbentang luas. Tenangnye, rase macam di syurga (walawei). tetiba...



Datang la ABC+D setinggi KLCC, tergamam la kami empat beranak, jenuh pikiaq cemana nak habiskan. Sikit demi sikit ia mencair, nak tak nak kene la sedut cepat - cepat. Rupe jer gempak tapi rase tak sedap pun, lagi sedap ABC yang aku makan kat Seksyen 2 Shah Alam.



Tetiba angin laut makin bertiup kuat, dan langit makin gelap. Kami cepat - cepat gerak sebab nak singgah tempat lain. InsyaAllah kalau ada kelapangan kami berempat akan ke Langkawi bila ada kelapangan nanti.

Tiada ulasan: