SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

27 Julai 2010

Audition

19 Mei lepas aku diundang khas (ces!) untuk diujibakat sebagai Pegawai Penerbitan B41 di RTM. Mase dapat calling letter peh berangan tak hengat, kunun bole la lepas ni aku poyo cam newsreader ke, deejay yang hangit dari biasa ke, tak pun reporter yang gile glam sial hahaha...





Bukan nak kate la tapi disebabkan ke'exicted'an aku untuk attend for the audition menyebabkan 630am aku dah ade kat parking RTM, poyo tak? Itu sebab aku ikut cakap Kat, dia pesan pegi awal dan amek nombor awal, kang lewat alamatnya lewat la gilirannye. Then aku pegi kat waiting area dekat Wisma Radio. Makin lama makin ramai yang datang. Kemudian semua dipanggil berbaris untuk registration, dan kene tunggu di dalam Auditorium kejap sebab ada briefing. Sempat la berkenalan dengan beberapa orang yang kebanyakkannya memang ade broadcast punye background termasuk la dari Astro, RTM sendiri dan ade jugak dari Media Prima, terpaksa la aku cover - cover tertunduk malu, iyo la aku keje kat library jer ada hati jugak nak glam, kang dorang datang kat kaunter kang kecoh - kecoh cakap pasal aku satu opis aku tu tau pecah la lobang huhu...

Later, group 10 orang termasuk aku dipanggil masuk ke dalam bilik lain pulak untuk preparation dan soalan pun diedarkan. Mak aih soalan, biasa buat ni, selalu sangat. Aku pilih untuk buat laporan berita dan juga laporan LIVE dari lokasi, text yang diberi pun agak senang nak diulas, tak amek masa pun nak buat something diferent daripada text yang diberi pasal dah memang selalu kan mengadap text yang semacam tu, (apesal aku bagak sangat ni?) cume aku amek masa sket untuk bacaan text Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, nak kene lontarkan intonasi yang tepat, beberapa hari sebelum datang audition pun aku dah buat homework baca berita, nasib baik la ada I-News, aku just amek mane - mane text Buletin Utama dan Nightline dan baca ala - ala pro huhu...

Sampai la giliran aku, masuk jer ke konti radio tu aku terus capai microphone dan sebut nombor giliran, then duduk mengadap dorang. Peh adakah impian aku untuk bergelar seorang penyampai berita akan berjaya? Dan saatnya pun bermula. Dorang bagi Q untuk aku start, first aku baca text berita Bahasa Melayu dulu, followed by text berita Bahasa Inggeris, dalam hati memang ade taman bahagia huahuahua...Aku confident sangat dengan bacaan aku, tapi tersasul tu ade jugak tak bole nak elak. Kemudian sampai pulak section untuk aku bace text laporan berita yang aku buat sendiri berdasarkan point yang diberi dalam buku soalan tu, berita nye pasal ribut di Baling. So aku buatkan text berita tu ala - ala berita paling gempak untuk tahun 2010, so ayat bombastik la aku gune, nak - nak pulak gaya berita TV3,  dalam ati nak jer aku angkat tangan sesekali ala - ala Karam Singh Walia, baik tak payah, jangan nak mengada.

Last section kene buat laporan lokasi, nasib baik point dalam soalan pun dah cukup banyak so aku cume olah ikut gaya sendiri. Abeh section tu abeh la juge azab untuk hari tu, terus jer aku blah, tak nak lelama sampai bebudak Media Prima yang datang audition perasan kehadiran aku di situ.

Tak lama kemudian, kira - kira sebulan sebulan tu aku checked di SPA, aku lulus audition tu!!! owh lihatlah donia...ngeeee, tapi kene hadap written test next week, kalo lepas tu baru ade interview, kemudian tu baru la bole berangan ok!

Moral of the story - aku rase broadcasting nih memang serasi dengan aku yang gile glam, huhu

2 ulasan:

ezam berkata...

apo ni chek...kojo tv3 apply jd anchor kt rtm.....


heheheheh..nak jugakkkkkkk!!!!!!

Nazrul Azat berkata...

biase la aku kan gile glam, hehe...aku sesaje jer apply B41 tu tibe2 dorg panggil, dah2 ko pegi isi SPA skang gak