SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

27 Julai 2010

Bercanda di Genting Highland

4 Julai lepas aku pegi dating dengan buah hati pengarang jantung intan payung aku cik Norashikin yang senang aku panggil Shi tapi kebiasaanye aku panggil dia empat nama yang berbeza ikut mood dan suka hati aku. Nor, Ash, Shi, Ikin...Peh cam ade empat awek jer rasanye hehehehe

Plan asal aku nak drive sendiri jer tapi disebabkan aku tak biasa bawak kereta ke kawasan tinggi macam tu so lebih baik pegi dengan bas. Pepagi lagi aku tunggu Nor di KL Sentral, patutnya asal sampai jer aku terus beli tiket kat bawah, tengok - tengok tiket 3pm jer yang tinggal, dah putus harap dah. Bile Ash dah sampai agak lewat la pasal lupe kunci jam, aku dan dia terus gerak ke Plaza Putra, aiseh silap plak situ mana ade bas pegi Genting. Terpaksa la kitaorang naik LRT lagi turun di Pekeliling, then terus berbaris beli tiket bas yang memang sepanjang masa ade jual, akhirnye dapat tiket 12pm.

Tepat pada waktunye bas bergerak tapi dalam hujan, kesian aku tengok Shi, kalo pegi dengan kereta tak de la nak bersusah naik bas, sebenarnya aku sengaja nak uji dia, adakah dia sanggguh susah senang bersama aku, naik bas, berhimpit sana sini berpanas berhujan, boleh ke tak dia handle aku yang senang naik angin nih, memang aku sengaja, nak tengok sejauh mana dia boleh bertahan dengan kepayahan yang datang kepada kami berdua. Alhamdulilah aku tengok dia ada daya dan tak merungut.

Sejam kemudian lebih kurang kami sampai di Genting Highland, terus la aku beli tiket dan masuk. Lepas simpan barang di locker, kitaorang bersiar - siar dulu sambil perati ape bende kitaorang nak main, time tu ujan so tak banyak bende yang bole main. Rase excited tu ade la sebab itu la first time aku sampai Genting, kalo tak ade Ikin pun mungkin aku tak sampai - sampai lagi tu pasal aku bukan jenis kaki berjalan.

Aktiviti yang paling kerap dibuat adalah pose, biase la aku kan kaki pose hehe...Aku tengok Nor happy sangat, aku jer yang tak happy pasal camera aku abeh bateri. Amek pix pakai fon tak cantek. Tak banyak games yang bole aku main, pasal aku kan ada darah tinggi, mane bole main benda - benda yang berpusing, padahal dalam hati punye la bercita - cita nak naik solero, inikan pula naik marry go round pun aku dah sawan.



















 
Dalam ati nak jer aku pegang tangan Ash dan peluk dia, tapi kan haram selagi belum kawen tak boleh bersentuhan lelaki perempuan yang bukan muhrim. Aku sedar aku ni kekampungan sikit, tapi apa yang menjadi larangan memang aku follow...

Lewat petang dah nak 7pm baru kitaorang keluar dari theme park, nasib baik la ada tiket bas turun di KL Sentral 8pm, tiket turun di One Utama awal - awal dah abes. Sepanjang perjalanan dalam bas, aku tengok jer Shi, ape yang aku rasa la dia macam tak berapa puas ati, mungkin pasal aku tak layan dia macam mana lelaki lain layan awek dorang, aku kan ala - ala alim sikit, ape yang bole aku buat just suruh dia sandarkan kepala nye ke bahu aku, dalam hati pergh bangganye ade awek, itu la dulu - dulu time study ade orang nak aku tak layan, dah tua - tua baru gatal nak cari awek, huhu

Sampai di OU aku terus amek kereta dan hantar Ikin balik ke Kajang, kesian dia tak gamak aku nak suruh dia balik dengan komuter dari KL Sentral tadi ke Kajang, biar la aku hantar dia balik ke rumah dengan selamat, dia kan bakal isteri aku satu hari nanti, insyaAllah

Sampai umah, sebelum tido aku berangan dulu, bestnye keluar date dengan Norashikin yang amat aku sayang...

Tiada ulasan: