SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

27 Julai 2010

ENCIK 68


7am lebih aku dah sampai kat INTIM, itu sebab dah tau jalannye. OTW ke situ lalu tepi laut, peh...air laut tu macam berkaca - kaca bak kristal dipancar sinaran matahari pagi (eww tak payah la bermadah sangat kan). Lepak parking kereta aku terus gerak ke lobi INTIM tu, kebetulan ada mamat sorang datang, kitaorang berkenalan dan nama dia Johan, asal dari Penang tapi at the moment keje di Shah Alam. Bila dah jumpa geng sebelah utara, cakap utara la kan ngeheheee. Then tak lama kemudian datang lagi beberapa orang yang lain, berkenalan, sembang apa yang patut, lama - lama lobi tu makin penuh dengan bakal - bakal penyandang jawatan PTD. 8am lebih semua dah start berbaris untuk registration. dan aku diberikan nombor 68, maka sepanjang hari aku akan dipanggil sebagai Encik 68. Kenape la bukan 69 kan, baru la nampak ala - ala desperate housewife hahahaaaa...

Sepanjang registration semua peserta PAC akan diukur ketinggian, berat dan diambil gambar. Pasal nak posing memang serah kat aku la cume tak bole nak pose berangan jer pasal empat peserta lain berbaris sekali dengan aku macam nak buat kawad cam dan diambil gambar serentak. Lepas serahkan dokumen kat last punye tempat registration semua terus masuk dewan, tapi masa serahkan dokumen encik sorang tu sempat interview aku, katanye nak berubah angin ye, aku just ckap insyaallah, harap - harap itu jawapan yang terbaik yang keluar daripada mulut aku dek silau melihat kepalanye yang licin dan berkilat ahaks...

Time dalam dewan tu sempat bertegur sapa dgn beberapa peserta lain, memang kebanyakannye dari Klang Valley. Tak lama lepas tu encik dan puan ape ke nama entah start bagi briefing. Abes briefing kitaorang disuruh refer senarai grouping untuk sesi pertama yang ditampal pada dinding. Aku dalam group 6, terus la gerak pegi bilik yang diarahkan. Sampai jer dalam bilik tu dah ade yang lelainnye. So kat dalam bilik tu aku berkenalan lagi dengan lain - lain peserta. Untuk sesi pertama ni kitaorang diberi dua tajuk untuk dibincangkan tapi cuma satu tajuk jer yang akan dipilih oleh penilai. Sebelum sesi bermula semua peserta perkenalkan diri dulu, nak - nak ade plak sorang peserta perempuan dari Kota Damansara jugak. Lepas semua peserta dah dapat tajuk, kitaorang diberikan juga soalan seterusnya untuk dibincangkan secara berkumpulan.

Kat luar bilik kitaorang ramai - ramai discuss itu soalan, encik penilai yang bernama Nazri tu mintak kitaorang sediakan model berbentuk robot basikal. Kitaorang semua tertanya - tanya model ke lakaran atas kertas mahjong tu? Lepas dah tau apa kene buat sambil sorang - sorang masuk ke bilik tu untuk berucap depan penilai, kitaorang bincang la model robot basikal yang macam mana. Setiap orang dibahagikan unit masing - masing so pandai - pandai sendiri nak cakap ape, nak - nak aku dapat unit sales & marketing so memang banyak benda bole cakap, partner plak dengan awek yang sesama dari Kota Damansara hehee...

Sampai la turn aku mengadap penilai dalam bilik tu, dan aku ditanya soalan tentang nak upgrading sistem pendidikan di negara ni. Ape lagi aku belasah jer asal tak lebih lima minit. Muke penilai tu cam tak puas ati jer dengan apa yang aku cakap, lantak la asal azab aku dah lepas. Bile dah keluar balik aku fokus pada discussion tu. Tak lama kemudian kitaorang semua kene masuk ke bilik tu dan bahaskan apa yang dah kitaorang semua discuss pasal robot basikal tu. Memang macam - macam la keluar tambah - tambah kat part aku sampai Karam Singh Walia pun disebut. Hasilnya penilai tu tak mau pun beli robot basikal kitaorang, huhu...

Sebelum sesi tu habis kitaorang diberi satu form dan nilai sendiri prestasi setiap peserta dalam group tu, so aku ranking je sesapa yang dalam group tu berdasarkan penglibatan dorang dalam discussion tadi. Ikutkan nak bagi sama adil jer tapi dah T&C dah tetapkan macam tu, maaf la pada korang yang aku letak pada ranking kurang baik, maaf yer.

Time lunch aku lepak jer kat lobi tadi dengan beberapa peserta yang lain. Dorang semua heran dengan aku, keje dah okay kat MPB tapi masih nak mengharap keje gomen, hmm...kalau la korang tau cemana koje aku selama ni dan cemana situasi dalaman kat opis aku tu, tak ke orang pun sebok gak cari keje lain macam aku kan. Lepas pekena lunch aku ikut dorang lepak di surau, dari first session tadi aku dengan sorang mamat nih yang aku tak ingat nama dia tapi dia sangat friendly macam kitaorang berdua dah kenal lama. Dia keje di Shah Alam dan asal dari Penang. Kalo kau ade la terbaca blog aku ni tolong contact aku yer.

Dalam masa yang same aku memikirkan bebudak opis aku musti tengah bergumbira kat Sunway Lagoon disebabkan pada hari yang sama jugak ade Media Prima Family Day, hampes kempes budapes betoi Family day kali nih aku tak bole join, musti majlis tu tak happening dengan ketiadaan aku hahahaa...

Sesi seterusnya start lepas 2pm lebih, peserta pn dah dibahagikan ikut group yang berlainan ahli pulak dan aktiviti kali ni di luar. Sesi ni adalah penyelesaian masalah. Setiap group diberi satu game dan kene selesaikan dalam masa yang ditetapkan. Game ni aku terpaksa ikut jer dorang yang tau pasal aku memang tak tau langsung game tu. Tapi mulut kene bising la mengarah itu ini tak bole senyap.

Pas abeh game yang tak bape happening tapi pening tuh kitaorang kene berumpul di padang. Nah! Bermule la larian 2.4 kilometer yang ditunggu - tunggu. Sebelum bermule nya maraton beramai - ramai tu kene la buat senaman ringan sikit. Kemudian maraton pun bermula dengan tiupan wisel, aku sengaja jer tak berada dalam kelompok bebudak yang aku kenal pasal aku tau aku memang tak bole lari punye huhu...

10 minit kemudian larian aku tamat dengan mendapat kad berwarna kuning, itu la sape suh malas sangat p jogging kan dah semput. Tak lama kemudian bermula pulak public speaking, mujur la aku dapat tajuk pasal "signage', kalo dapat topik pasal World Cup abeh la. Ape lagi aku goreng la secukup rase, penat berlari pun tak abeh lagi. Entah la mungkin dah give up kot.

Lepas abeh public speaking tu semua peserta berkumpul, ade short briefing dan nombor masing - masing diambil semula, then acara pun tamat. Aku pun tak dan - dan dah nak blah dari situ sebab kepala aku dah mule berdenyut - denyut sakit. Memang tak sempat nak amek contact number member yang kenal di situ. Dalam hati memang kuat mengatakan aku memang fail assessment nih dan tak layak untuk menjadi seorang PTD, assessment ni pun aku tak boleh buat yang terbaik apetah lagi kalo dapat nanti, 3 tahun tempoh percubaan mungkin satu cabaran besar, bermakna aku kene mulakan karier aku dari bawah balik sedangkan kerjaya aku sekarang pun dah agak stabil, kedatangan aku ke PAC ni pun sekadar memenuhi syarat dan tak mau kene blacklist.

Lepas menyantap makanan yang aku tapau kat gerai dekat - dekat INTIM tu aku hentam tido, kepala dah sakit sangat, cume masih terbayang - bayang apa yang aku lalui sepanjang satu hari di INTIM, adakah ia satu penyeksaan atau peluang keemasan? Tapi next year aku nak try lagi seat for the Grade 41 exam dan try lagi untuk lepas ke PAC, insyaAllah.



ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ...

Tiada ulasan: