SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

27 Julai 2010

Jalang Jalang di Kemamang

8 Julai lepas aku bertolak ke Cukai, Kemaman Terengganu. Tujuannye untuk menghadiri PTD assessment di INTIM. Lepas 930am baru aku gerak, nak elak jam kunun, padahal nak pegi arah sane tak akan jam kecuali mase festive season je.

Jenuh aku browse Google Map, jalan highway Karak dan Lebuhraya Pantai Timur untuk ke sana. Kengkawan cakap jangan risau pasal jalan sangat ok. Bukan jalan yang aku risaukan, pasal aku tak pernah drive sorang - sorang ke sana yang menjadi isu.

Lepas jer tol Gombak, perjalanan jarak jauh aku bermula dengan jarak sejauh 200 kilometer lebih dan mungkin mengambil masa paling cepatpun 2jam setengah ikut kemampuan aku drive. Hmm, sangkaan aku sangat meleset, jalannye sangat ok tak jam tak banyak kereta cume agak sunyi.

Aku berhenti rehat kejap di RNR Bentong dan di RNR Maran, kalo tak silap. Dan aku sampai di Tol Jabur dalam 1pm lebih kot. Then teruskan perjalanan ke Cukai dan akhirnya sampai betul - betul di depan INTIM 2pm. Akhirnye sampai jugak ingatkan payah sangat. Aku terus called mak bagitau aku dah sampai Terengganu dalam masa 2 jam lebih.



Sebab dah jumpe INTIM, aku ke kedai makan berdekatan nak menyantap kejap dan amek kesempatan nak bertanya di mana hotel berdekatan. Lepas lunch dengan lauk yang sangat sedap, aku gerak ke bandar Cukai mencari hotel. Ini la masalahnya tak booking bilk hotel awal - awal, satu azab pulak nak mencari hotelnye padahal banyak jer kat Bandar Cukai nih, malas punye hal aku singgah satu hotel nih, Hotel Homestay. Dengan tak fikir panjang aku gamble jer nak tanye kalau - kalau ada bilik lagi, dan nasib aku baik. Ade la tinggal satu bilik superior twin pada harga RM95 semalam, dan aku nak sewa 4 hari 3 malam, total hampir RM300. Ok la tu memandangan dah petang dan akupun dah penant, angkat jer itu bilik. Masuk jer bilik bernombor 106...








Hmm...not bad, aku terus jer merebahkan diri, pasang aircond dan tido zzzzzzzzzzzzz

Lewat petang aku bangun dan amek barang dalam kereta bawak masuk ke bilik. Then jalan kaki pegi supermarket 'Tunas Manja' yang sangat dekat dengan Hotel Homestay, just beli apa yang patut untuk dinner. Entah kenapa aku rase macam Cukai nih suits sangat dengan aku, macam terus jatuh cinta dan nak stay di situ selama yang boleh.

Malamnya aku tak ke mana - manapun, abang Idris ade SMS bagitau esok petang dia akan datang jumpe aku, nasib baik esok ade gak member nak bawak aku pusing - pusing Kemaman. So aku layan tv jer cite gadis cuci kete lakonan fara fauzana, cam gampangnye cite. Layan National Geographic lagi bagus.

Subuh keesokannya aku bangun dengan perasaan yang sangat best, pergh! Lama gile tak tido senyenyak tu. Memandangkan hari tu Jumaat, aku pekena roti dan Milo jer untuk sarapan, malas nak keluar dari bilik, nak - nak tertidur balik sampai tengah hari huhu...alamatnye terlepas solat Jumaat, tak ngape kot sebab aku musafir di aidilfitri kan.

3pm lebih abang Idris called, dia mintak aku cari dia di areak bandar Cukai pasal dia tak jumpe Hotel Homestay. Akhirnya, selepas hampir 6 tahun kitaorang berjumpa semula. abnag Idris ni dulu coursemate dan housemate masa kitaorang studi di UiTM dulu, memang sahabat baik la abang Idris ni. Dan sekarang dia keje kat Universiti Malaysia Terengganu as a librarian. Memandangkan dia asal dari Trolak, dan loghat yang digunakan ialah loghat utara, so kitaorang pun loghat utara la di bumi Terengganu hehehe

Abang Idris ajak aku pekena satar kat satu kedai yang agak famous di Kuala Kemamang, Kedai Aziz Satar. Buat pertama kalinya jugak aku pekena satar, pergh! Sedap wa cakap lu bro. Nasi goreng seafood yang aku order pun mak aih sedap gile, ape dorang letak aku tak tau la, bantai je la beb, dan orang pun makin ramai datang makan di kedai tu. Kitaorang banyak borak hal - hal yang lepas, termasuk la pasal kengkawan lama, ngumpat pun ade gak hehehe

Then kitaorang gerak ke arah jeti Kuala Kemaman, just amek angin dan aku pun dah lama tak tengok laut China Selatan, selalu dok tengok laut Selat Melaka jer, pergh gile cantik view kat laut. Abang Idris ajak aku singgah kedai keropok, ape lagi aku borong ape yang patut, ikutkan satu kedai aku nak borong terus.

Dari situ kitaorang gerak ke INTIM, sampai situ nampak la beberapa group tengah buat speech ke hape, confirm la orang - orang yang join PAC, sebab dorang pakai nombor besar gedabak.

Dari itu abang Idris ajak lepak minum lagi kat bandar Cukai, kat satu kedai makan tu yang datang amek order kitaorang adalah awek yang pergh gile comel. Aku pekena ABC, pergh lagi, sedap!

Abang Idris hantar aku balik ke hotel 6pm lebih, aku harap sangat dia bole stay semalam di bilik temankan aku bole la sambung borak, tapi dia kene balik Kuala Terengganu cepat, tak tau lagi bila bole jumpe pulak.

Aku tak terus masuk bilik, then masuk ke kereta dan ambik peluang nak ronda - ronda Bandar Cukai, aku singgah kejap dekat kawasan Sungai Kemaman, sebak pulak aku rase lepak sorang - sorang.




Malamnya aku tido awal, esok ade assessment di INTIM. Entah apa la yang bakal berlaku, redah jer...

2 ulasan:

dELL | mrs.zaimi berkata...

saye pn pegi PAC dkt INTIM jgk..stakat ni 2x gi sane utk PAC..mmg best dok sane..xtau nape..nk kate bdr or pekan tu best, xla sgt..mybe aman n tenang je rase kan..smpai hubby sy pn suke je lagi nk pegi sane..;)
and hotel tu pun mmg fevret sy la..murah n slesa sgt2..;)

Nazrul Azat berkata...

really? itu la xsempat kenal kt situ kan hehe, sy rase cam nk stay sane terus,ujong taun nk jln2 sane lagi, miss chukai so much, ;-D