SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

27 Julai 2010

Roster Raya Dah Keluar, huhu

Roster raya dah keluar!!!

Satu opis dah kecoh dibuatnya, ade yang happy ade yang sedih, masing - masing dengan mood tersendiri bila buka emel yang bos forward beserta attachment roster raya 2010 ke seantero warga Resource Center. Aku sendiri dah agak tahun ni memang turn aku keje seminggu di hari raya. apa nak buat dah nasib, camtu la kalo dah keje di unit yang beroperasi 7 hari dan kekadang 24 jam dalam seminggu termasuk Public Holiday dan tak ade kaum lain yang boleh cover staf Melayu yang cuti raya. Pasrah je la...

Awal - awal lagi aku dah dengar rungutan dan rasa tak puas hati, kata dorang bos tak berlaku adil, ada sorang tu (dorang maksudkan aku) dapat cuti raya direct tiga tahun berturut, sedangkan dorang tak dapat. Jadi, aku dianggap salah padahal bukan aku yang buat roster. Salah sebab aku tak menolak cuti yang diberi bos dan salah aku sebab bos tak memerlukan aku bekerja pada musim raya tahun lepas. Dan tahun ni tak ada sesiapa dapat cuti direct tiga tahun berturut melainkan EIC. Aku mintak maaf kengkawan, kalau diikutkan hati dan kalau la aku bos di situ semua orang akan dapat bercuti. Tapi apakan daya, sedangkan aku sendiri pun nak blah dari situ secepat yang boleh. Rezeki aku masih di situ, insya Allah aku akan pergi kalau ditakdirkan rezeki aku di tempat lain yang tak payah keje di hari raya aidilfitri, aidiladha, chinese new year, deepavali, tadau kaamatan, hari thaipusam, hari wesak, hari krismas, hari pekerja, hari keputraan sultan, hari guru, hari jururawat, hari ibu, hari bapa, hari kanak - kanak sedunia, hari air, hari alam sekitar, hari israk mikraj, hari nuzul Quran, 1 Ramadan, hari kebangsaan, ulangtahun penubuhan Malaysia, hari tentera, hari valentine, awal muharam, hari wilayah, hari jadi, hati tandatangan report card, hari ko-kurikulum, hari sabtu, hari ahad, hari cuti negara – negara lain, pusat pakaian hari – hari, harimau. Senang cakap tiap – tiap hari cuti, tak payah keje, sesuai!

Kepada seluruh umat Islam di Malaysia maupun seluruh dunia yang bekerja di hari raya nanti, so aku tujukan khas lagu ini kat korang, dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHRI DAN BATIN in advance ;-(

Tiada ulasan: