SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

26 Julai 2010

sesi pecah otak

Akhirnye hari yang aku paling nak mengelak sangat datang juga, nak tak nak kene la pegi jugak. Ape alasan aku nak bagi untuk mengelakkan diri daripada join, kang kene DL plak!


Program yang aku maksudkan adalah RESOURCE CENTER BRAINSTORMING 2010. Kali ini diadakan dekat Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Dah tiga tahun berturut buat di Negeri Sembilan, nape la tak buat kat Bintulu Sarawak ke, Manila Filipina ke, tak pun alang - alang buat kat Shanghai China. Hadiah plak hamper, sangat tak kelas bai, kan ke aku ni selebriti terkemuka seantero dunia, haish...



Sebenarnye aku lapar sangat, tengok la pix tuh, cam skema jer kan konon maintain ayu padahal dalam hati betapa bencinye mengadap orang yang aku tak suke. Tapi terpaksa buat - buat jer suke ria di hari raya. Nyampah!



Aiza nih bole plak pose bagai masa bahagi - bahagikan ikan kerapu masak tiga rasa tu, company tak cukup bajet ke ape sampai lauk pun kene bedak - bedak sorang sikit. Apa yag ada depan mata aku santap jer le kata lapar kan.



Lepas 3pm kitaorang mula masuk ke dewan, bagi memulakan program yang macam gempak bagai. Masuk jer kan ape tau aku tengok???



Hmm..ejaan Brainstorming pun salah...BRANINSTROMING, membuatkan aku bertambah hangen!



Inilah persidangan parlimen Resource Center yang bakal berlangsung selama dua hari 1 malam yang disertai oleh seorang manager dan 13 orang eksekutif



Tetibe, tengah rancak si pakcik Leman bagi speech, tetibe gak Pakcik Leman tunjukkan slide pix si Ayim, apakah??? tetibe lagi dorang bawa masuk kek birthday. Sebenarnye 27 Mac adalah birthday si Ayim, kitaorang memang dah plan nak buat birthday suprise kat dia. Hmm..katekan la hari yang sama jugak birthday orang tuh musti punye sambutan palng meriah siap kek 7 tingkat agaknye...(sedap kan aku mengata orang)



Disebabkan agak lapau puncanye masa lunch tadi aku terpaksa cover makan dengan sangat ayu, time minum petang aku melantak secukupnya. Peduli la asal aku kenyang, burpp...




Sebelum program tamat dan disambung semula malam kang, ade pemberian cenderamata untuk semua eksekutif. Thanks ye pade Media Prima yang sudi menaja souvenir untuk Brainstorming kali ini.



Senjakala di Tiara Beach Resort, sayangnya masa tak mengizinkan untuk aku menjunamkan diri ke dalam kolam tu, ape nak buat semua nak cepat!



Malam nye ade presentation untuk setiap group / unit. Memandangkan Archive Unit ramai sangat so terpaksa pecah dua. Soalan yang kitaorang dapat untuk di 'Brainstorming' kan adalah cemana nak habiskan semua program untuk di ingest sebelum akhir tahun nih dan target untuk habiskan ingest news sebelum 2011. Pada awalnya bos dah jamin 100% group aku akan kalah teruk, ada ke patut seorang bos cakap macam tu? Menjatuhkan hukum sebelum berlangsung agendanya, tak patut tak patut...









Maka bermulalah presentation kitaorang, sebenarnya aku agak gugup, so aku just cakap macam biasa jer padahal aku cukup suke buat presentation nih. Yang penting audience paham ape yang aku cuba terangkan.



Akhirnya tiba pengumuman siapa pemenang untuk presentation, sebenarnya aku pun tak sangka group kami akan menang tapi alhamdulilah syukur pada Allah swt kami dapat menepis tanggapan sinis pakcik Leman tu. Dalam hati aku sangat - sangat berterima kasih pada Aiza dan Sophia, sebab dorang yang banyak menolong. Korang memang kawan yang best.

Lepas tu berlangsunglah acara RC IDOL yang dipertanggungjawabkan pada aku. Kalo korang semua nak tau la punye pening aku nak mencari lagu karaoke untuk dorang semua (kecuali bos sebab dia cari sendiri & duet dengan staf kesayangan dia). At last aku dapat download dari YOUTUBE. FYI entah cemana aku kene ban tau daripada download apapun kat YOUTUBE, memang banyak pun aku download lebih dari 100 videoclips, takut plak kene saman huhu...

Aku dan ijan sengaja jer amek turn paling last, kitaorang lanyak lagu ISABELLA. Keputusannya...




Kitaorang dapat 3rd place, dan aku mencipta hatrik sebab maintain 3rd place tiga tahun berturut - turut. Ces, pegi karaoke selalupun bole kalah, hampagas betoi...

Hari kedua di sana, lepas pok pek dek orang tu, kitaorang sambil - sambil pose la, aku yakin brainstorming kali ini yang terakhir sebab tahun depan aku dah keje kat tempat lain, dah tak hadap semua - semua tu, munafik sangat!!






Sampai time game plak, kali ini game buat voice over berdasarkan scene di screen. Group aku kene buat scene senario yang Mazlan Pet Pet jadi alien tu.






Kitaorang menang second place, tak sangke plak rase macam memain jer pun

Akhirnye tamatlah sudah program RC BRAINSTORMING di Tiara Beach Resort. Akupun dah tak tau nak kata ape cume agak kecewa, puncanya 27 haribulan tu aku ade test untuk pengambilan staf di UiTM, frust gile - gile punya tak bole pegi buat test tu, ape nak buat bukan rezeki aku. Apepun, life must go on...bye bye Tiara Beach Resort



Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Abdul Rahim Hamud dengan kesemua gambar di atas, jasa anda amat dikenang (sebab aku tak bawa camera, huhu)

Tiada ulasan: