SELAMAT DATANG...

Semua paparan di dalam blog ini adalah berdasarkan maklumat daripada pelayaran di enjin pencarian dan kebanyakannya adalah penulisan sendiri yang bersifat peribadi. Paparan berbentuk gambar ataupun video yang ada di blog ini adalah dari pelbagai sumber lain dan hak cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber lain tersebut. Jika ada paparan yang melibatkan artikel, gambar ataupun video yang merupakan hak cipta anda ataupun tidak diizinkan untuk disiarkan di dalam blog ini, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Anda dialu-alukan untuk memberi komen dengan bahasa yang sopan dan menjauhi isu-isu berbaur negatif. Terima kasih...

27 Julai 2010

Treasure Hunt 'Demam Bola'

 Julai yang lepas aku yang bernama Nazrul Azat selaku pemandu arah, SERC kitaorang encik Abdul Rahim Llin selaku pilot, dan dua orang kepercayaan kitaorang Denny Herry dan Mohd Bazil telah menyertai treasure hunt 'demam bola' anjuran Media Prima dan Exice Event, itu pun sehari sebelum cek Rahim tanye aku nak join ke tak treasure hunt padahal aku dah janji nak date dengan Ash kat Genting, so aku terima jer dan aku pi date dengan Shi keesokan harinya.

Penyertaan kitaorang pun tak ade la mengharap sangat grand prize, cek Rahim jer yang selalu join even camtu melainkan aku, Denny dan Bazil yang memasing first time. So dengan menggunakan kereta aku yang bernombor 46, kitaorang memulakan acara lewat sikit pasal Bazil baru bangun, grrrr....





Kawasan lingkungan treasure hunt nye bermula di area Bandar Utama, mencari la kitaorang nama - nama kedai berdasarkan soalan yang diberi, then terus bergerak ke Dataran Sunway Kota Damansara pasal soalan - soalan berikut mempunyai jawapan di kawasan berkenaan.

Tak lama menunggu, kitaorang gerak ke Damansara Jaya pulak, sambil mencari jawapan pada soalan, aku pelik jer menengokkan sorang mamat yang mengusung DSLR dia dan amek pic tiga orang awek yag satu group dengan dia. dalam hati memang aku kutuk kaw - kaw la dorang berempat, nak join treasure hunt ke nak pose chantek? Nak - nak plak sorang awek tu pakai seluar fit warna cerah sampai nampak bentuk 'tuuuut' yang tak patut ditunjuk, pergh!

Dari Damansara Jaya kitaorang moved to Section 13 Shah Alam, kat situ pun ade jawapan pada soalan yang diberi. Soalan memang macam gampang sial tapi masuk akal, nanti last of this entry aku bagitau. Dah abeh cari klu di kawasan kedai di Section 13 tu kitaorang gerak balik ke Bandar Utama nak mencari balik apa yang tertinggal. Denny dan Bazil aku harapkan untuk jawab soalan pasal World Cup 2010 pasal dorang expert, dan cek Rahim jawab soalan trivia yang menuntut pembelian beberapa jenis barang bukti sebagai menyokong jawapan. Dan aku lebih tumpu kepada soalan treasure hunt.

Kat kedai makan makan di Bandar Utama kitaorang memrah otak memikirkan jawapan pada setiap soalan, dan mengisi kemas - kemas jawapan. Terserah la nak menang apapun asal gained some experience, mana tau lepas ni bole join lagi treasure hunt.

Kitaorang sampai paling awal di Sri Pentas, terpaksa la tunggu waktu yang sepatutnya untuk serah jawapan. Sambil - sambil tu, hmmm...paham - paham la hehe






Lepas hantar jawapan, kiatorang pi pekena nasi ayam yang disediakan untuk peserta di Cafe. Balik ke opis Rozi dan Ijan merintih tak tau nak makan ape, so aku temankan Ijan pegi tapau lauk di Sambal Hijau di Sungai Penchala. Sampai situ, mak aih lauk! Rambang mata aku, nasib baik la dah makan kalo tidak mau jer aku tapau buat makan tengah hari, petang, malam, lewat malam, sarapan pagi, tengah ari...huhu

Ni nak mengumpat lagi nih, mase aku lepak kat foyer lobi Sri Pentas, aku terlihat la aksi budak lelaki poyo dengan 3 awek perasan chantek pose bagai nak gile sebaik dorang berjalan masuk ke Sri Pentas. Gile poyo aku mengek seko - seko punye peel, tambah - tambah awek yang pakai seluar yang tak macam seluar tu. Macam - macam!

Time dorang berkumpul dalam Theaterate, aku tak masuk pasal aku pening dan tak ade mood. Aku just temankan Ijan dan Rozi makan di Cafe sambil mengumpat orangyang memang patut digosip kaw - kaw. Then masuk opis balik cek Rahim bagitau kitaorang menang 9th place daripada puluhan group, ok la tu daripada tak menang langsungkan.



Jadi la hamper kecik dengan baucer McDonald RM10 buat makan mase sesak kang huhu.



Sambil - sambil tu cek Rahim buat post mortem dengan aku, memang bangsat sial, gampang punye soalan. Jawapan memang ada pada soalan, cume kene main - main kan perkataan yang ada pada soalan jer. Contoh satu soalan, tak ingat eactly la soalannya tapi lebih kurang camni - barang kawalan, kalo sorok kene sita. Korang nak tau apa jawapnnye? Soalan ni ade jawapannye di Dataran Sunway Kota Damansara, jelas terpampang! GULATIS. Barang kawalan = gula, kalo disorok = sita. Jadi la GULATIS yang jelas terpampang papan iklannye pada bangunan di situ, huhu...Main pusing - pusing ayat dalam soalan jer. Sangat bijak tahap gaban betoi la orang yang buat soalan. Memang putaq alam!



Thanks pada Ijan yang jadi tukang cari info untuk soalan World Cup.



Dan Akma yang suke peace!



Dan aku, hanya mampu termenung kecewa pasal tak menang 1st prize, huhu...

Tiada ulasan: